Assalamualaikum wbt.
Dalam kehidupan setiap insan pasti ada kenangan. Memori indah memberi seribu satu rasa dalam diri. Namun akan ada memori pahit yang ingin dilupakan terus dari diari kehidupan. Sebagai manusia yang tidak sempurna, bertatih, berjalan, berlari, jatuh dan bangun semula adalah adat dalam menempuh cabaran yang datang. Terpulang kepada setiap individu bagaimana mahu menangani setiap rintangan yang tiba.
Saya juga tidak terkecuali. Benarlah sebagaimana yang diperkatakan, manusia takkan mengenal Tuhannya selagi tidak diuji dengan kesusahan. Selama ini saya alpa dengan dunia. Hanya mengerjakan ibadat wajib tanpa ada usaha untuk mengubah diri. Hidup terlalu bergantung dengan manusia sering membuatkan saya merasa kecewa. Hanya sungutan dan keluhan yang menemani hari-hari saya. Begitu lemahnya saya dalam menghadapi ujian Allah.
Sehingga pada suatu hari apabila sudah jatuh dan tiada tempat untuk mengadu, saya mula mengenal Tuhan. Perlahan-lahan mula kembali kepada fitrah. Dan sesungguhnya keyakinan dan kebergantungan yang tidak berbelah bagi kepadaNya memberi kegembiraan hakiki. Kasih sayang Allah itu tiada tolok bandingnya. Sungguhlah, Dia Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
Setelah mendapat semangat baru, saya mula merancang untuk mengubah diri. Saya mula berfikir bagaimana untuk menjadi lebih berani. Saya meluaskan pengetahuan melalui pembacaan. Semua bahan bacaan yang mampu memberi inspirasi saya khatamkan. Saya memang betul-betul dahagakan ilmu. Saya perlu mencari jalan untuk mengubah nasib diri demi anakanda tercinta. Saya harus keluar dari zon selesa saya.
Setelah 'mengembara' dari satu buku ke satu buku, dari satu blog ke satu blog, akhirnya satu terjumpa buku Jana Wang Dari Rumah tulisan Pn. Masayu Ahmad. Malangnya, buku tersebut kehabisan stok. Saya cuba mencari di kedai buku juga hampa. Tapi Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, rupanya Pn. Masayu juga menulis eBook Jana Wang Dari Rumah yang boleh didapati di http://www.janawangdirumah.com.
Melalui eBook ini saya memulakan langkah pertama saya. Syukur pada Allah kerana menemukan saya dengan apa yang saya cari selama ini. Dalam eBook ini saya belajar sesuatu yang baru. Maklumat lanjut anda boleh layari sendiri melalui link diatas.
Dan pengembaraan mengubah diri pun bermula..
Akan bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan