Assalamualaikum wbt.
Semalam, tanggal 7 Jun 2014 saya dan keluarga ke Air Terjun Sekayu, Hulu Terengganu. Bercuti sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong. Sekali-sekala berkumpul satu keluarga. Kebetulan rakan-rakan pejabat Abah dan Kak Long yang ajak, kami pun ikut serta (Abah dan Kak Long satu pejabat).
Abah menyewa dua buah chalet. Nama chalet tempat kami menginap, sangat unik. Akar Seratus dan Batu Jin. Melihat sahaja perkataan Batu Jin memang kami terkejut. Pertama kali dengar. Kata Abah, nama tu diambil sempena nama pokok herba. Tapi saya tak pasti sangat. Agak ramai jugak orang yang mengunjungi tempat ni. Maklum sajalah, cuti umum.
Dah nama pun air terjun, jadi aktiviti yang ada dah tentulah main air. Tapi si kecil Ilham takut air. Jadi saya hanya duduk ditepi sajalah menemani Ilham main air yang dalamnya setakat pangkal kaki je. Lagipun saya sendiri agak fobia dengan tempat seperti itu. Pernah ada pengalaman pahit tergelincir atas batu licin. Akibatnya seminggu tak boleh duduk.
Sebelah malamnya pula, Abah, Kak long dan rakan-rakan mereka buat barbeku. Nasib baik tak hujan lebat. Sebab dua hari sebelumnya, hujan memang lebat beserta dengan ribut petir di kawasan Hulu Terengganu. Saya berada di Ajil tempat saya bertugas ketika itu. Bimbang juga jika hujan berterusan. Alhamdulillah, nasib menyebelahi kami. Hujan masih turun tapi tidak selebat hari sebelumnya dan cuma seketika. Jadi aktiviti barbeku berjalan lancar.
Kami bertolak balik keesokkan harinya. Kesimpulan yang boleh saya beri, saya gembira dapat berkumpul satu keluarga. Dan bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke tempat ini, anda datang dan buatlah penilaian sendiri kerana setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan