Khamis, 5 Jun 2014

Ulasan e-Book Super WAHM Super Mom

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, baru sahaja selesai membaca e-book Super WAHM Super Mom tulisan pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) Pn. Masayu Ahmad.

Usai membaca e-book ini, saya menyedari bahawa setiap wanita terutama yang bergelar ibu mempunyai perasaan yang sama. Ingin sentiasa bersama-sama dengan anak-anak, menjaga, melayan kerenah dan mendidik mereka sendiri.

Zaman semakin moden, lelaki dan wanita tiada bezanya. Isu wang menjadi satu keutamaan dalam hidup. Nak duit, kena kerja. Justeru semua orang berlumba-lumba mencari kerja diluar untuk mencari rezeki serta menampung kehidupan yang segala-galanya berpaksikan wang. Sehinggakan sekiranya seseorang wanita itu tidak bekerja, secara otomatik masyarakat akan melabel mereka tidak berpelajaran tinggi.

Apabila sudah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata, masalah akan muncul. Ibubapa tiada masa untuk menjaga dan membesarkan sendiri anak-anak. Kalau adapun, masa yang sangat terhad dan akibatnya momen-momen penting dalam hidup anak-anak akan berlalu begitu sahaja. Senyuman pertama, langkah pertama, perkataan pertama dan banyak lagi.

Hati seorang wanita, pasti sedih apabila mereka terlepas saat-saat indah dalam hidup anak-anak. Ingin berhenti kerja dan duduk di rumah menjaga anak, banyak yang perlu difikirkan. Ekonomi keluarga, hutang pinjaman pelajaran, hutang pinjaman peribadi, harapan ibubapa malah pandangan  masyarakat sekeliling menambahkan lagi kebuntuan fikiran. Dan saya adalah diantara wanita-wanita itu.

Namun, apabila membaca e-book ini, saya sangat teruja apabila mengetahui bahawa untuk berhenti kerja tetapi tetap dapat membantu ekonomi keluarga hanya dari rumah adalah tidak mustahil untuk dilakukan. Dan sudah ramai wanita yang berjaya melakukannya,. Mereka inilah yang digelar WAHM (Working At Home Mom). Mereka surirumah sepenuh masa dalam masa yang sama tetap bekerja mencari pendapatan menambah ekonomi keluarga.

Meskipun bekerja sendiri dari rumah, cabarannya tetap ada. Disiplin diri yang tinggi sangat penting. pengurusan masa yang bijak sangat perlu. Usaha dan kerja keras perlu 200 peratus lebih daripada bekerja makan gaji. Disinilah pentingnya mendapat sokongan yang kuat dari orang-orang tersayang untuk kekal positif dalam menghadapi cabaran untuk bergelar WAHM.

Dalam e-book ini terdapat banyak tip-tip yang berguna untuk dijadikan panduan bagi mereka yang bercita-cita untuk bergelar WAHM. Juga terdapat kisah-kisah inspirasi dari wanita-wanita yang sudahpun berjaya menjadi seorang WAHM. 

Dalam hidup setiap orang, ada masalah dan cabaran yang berbeza. Namun, dengan tekad yang kuat, semangat yang tidak pernah luntur, InshaaAllah impian akan jadi kenyataan. Tapi mestilah disertai dengan usaha yang jitu, doa yang tidak pernah putus dan seterusnya bertawakal kepada Yang Maha Esa. Dan inilah juga impian saya. Semoga akan terlaksana tidak lama lagi. Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba-Mu ini. Amin.

*Sekiranya ada yang berminat dengan e-book Super WAHM, super Mom ini, boleh hubungi saya ya.
     Email : norafizaabdulaziz@gmail.com
     SMS/Whatsapp : 019-9464062 / 011-17933520
     atau boleh pm di fb saya : https://www.facebook.com/fiza.aziz.12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan