Khamis, 15 Mei 2014

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum wbt,
Hari baru,permulaan baru..

Bukan mudah nak senang.. Perlukan usaha yang tak berbelah bagi untuk mencapai sebuah kejayaan.

Hari saya meneruskan tugasan saya sebagai pelajar baru ABDR. Belajar benda baru. Berdikit-dikit menimba ilmu. Namun syukur masih ada ruang dan waktu untuk itu.

Setelah sekian lama berada dalam zon selesa, agak sukar untuk menukar rutin hidup secara tiba-tiba. Apatah lagi untuk seorang ibu mempunyai si kecil yang sedang mengenal dunia. Bangun tidur je dah sibuk cari tablet. Dah bagi tablet, bila tengok kita sibuk dengan laptop datanglah dia nak berebut mouse kat tangan. Hai lah adik, memang dengki tengok mummy buat kerja.

Apapun, usaha tetap kena teruskan. Tugasan tetap perlu disiapkan. Kata nak capai impian setinggi bintang dilangit. Setiap cabaran perlu diatasi.

Usaha Tangga Kejayaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan