Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Hari ni hari terakhir di bulan Rejab untuk tahun 1435 Hijrah. InshaaAllah, esok kita akan bertemu dengan Syaaban pada hari jumaat penghulu segala hari. Tidak sabar rasanya untuk menunggu kedatangan Ramadhan. Bulan penuh keberkatan. Semoga kita semua dipanjangkan umur sehingga bertemu Ramadhan sekali lagi tahun ini. InshaaAllah.
Semalam, semasa dalam perjalanan dari Pasir Puteh ke Ajil, saya terdengar satu ceramah agama sempena Israk Mikraj di sebuah stesen radio (saya kurang pasti stesen radio mana). Saya jarang mendengar ceramah agama semasa memandu tetapi semalam secara tidak sengaja saya terdengar semasa sedang mencari stesen radio lain, he he. Apa yang menarik perhatian saya apabila penceramah memperkatakan tentang puasa sunat. Kata beliau umat Islam disarankan untuk berpuasa pada hari yang panas terik. Hal ini adalah untuk melatih umat Islam supaya menjadi lasak. Umat Islam tidak boleh lagi bermanja-manja dan bersikap malas serta lemah kerana kita mempunyai tanggungjawab yang besar iaitu menaikkan kembali nama Islam di mata dunia.
Terkesan dengan kata-kata penceramah itu, saya terfikir keadaan saya sehari sebelum. Saya puasa, tapi mata sangatlah berat walaupun dah tidur (lebih dari hari tak puasa). Kebetulan pula saya off hari tu. Memang tak lasak langsung. Lepas ni, saya kena lebih kuat melawan segala godaan dan cabaran. Tambah lagi sebagai persediaan untuk menyambut Ramadhan yang sangat dirindui oleh semua umat Islam.
Jom, muhasabah diri. Ada sebulan lagi nak masuk bulan puasa. Kerja, kerja juga. Bisnes, bisnes jugak. Saham akhirat pun kena tambah juga.
Selamat berpuasa kepada sesiapa yang berpuasa hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan