Selasa, 19 Ogos 2014

Lamanya menyepi...

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Syawal masih belum berakhir. Sana sini majlis rumah terbuka masih lagi rancak diadakan. Termasuklah jabatn tempat saya bekerja. Tak sah kalau tak buat rumah terbuka. Rumah terbuka kami diadakan pada hari Ahad, 17 Ogos 2014 iaitu dua hari yang lepas. 

Pagi tu, giliran team saya untuk bertugas shif pagi. Jadi kami satu team dikecualikan dari tugas persediaan untuk majlis rumah terbuka berkenaan. Nasib baik, atau tak? Memang tak la. Kenapa tak? Sebab tugas orang lain yang terlibat dengan majlis, kami kena ambil alih. Eh, macam tak ekhlass je. Hehe. Astaghfirullahhaladzim. Tak baik sungguh kan. Dah kerja tu laksanakan tugas sebaik mungkin. Nama pun makan gaji, ikut je la arahan yang diberi. Dah adat kerja macam saya ni, datanglah ribut taufan, angin puting beliung segala, kerja tetap kerja. 

Lama saya menyepi dari blog ni. Nak kata sibuk, tak lah sangat. Saya sebenarnya hilang momentum. Bukan apa pun, tapi bila " i'm not myself" rasa macam hipokrit je kalau saya tulis sesuatu yang sebenarnya saya sendiri payah nak buat. Emosi kita turut mempengaruhi apa yang kita tulis. Bila emosi tak stabil, apa yang kita tulis mungkin maksudnya tak akan sampai kepada orang yang membacanya. Dan lebih teruk lagi kalau orang menyampah dengan apa yang kita tulis (maafkan kekasaran bahasa saya). Jadi saya ambil masa untuk cool down dan relaks. Saya cuba untuk selesaikan setiap masalah sebaik mungkin agar tidak mengganggu usaha saya untuk menjadi penulis blog yang berjaya, hehe.

Satu perkara yang masih membelenggu saya adalah masa. Agak sukar sebenarnya nak mengatur jadual harian saya. Kepenatan mengatasi segalanya. Nak kata kerja berat tak juga. Tapi otak banyak bekerja. Waktu tidur yang tidak menentu juga mempengaruhi. Bila otak kita penat secara otomatik badan juga akan penat. Saya masih lagi mencari momentum yang sesuai dengan cara hidup saya agar jadual lebih teratur. Harapan saya semoga saya akan dapat jalan penyelesaiannya tak lama lagi.

Walaupun jarang update blog, saya masih aktif dengan aktiviti wajib saya iaitu membaca. Dan sekarang ni saya bukan saja membaca tapi juga saya buat research. Research mengenai apa? Macam-macam ada. Hehe. Saya buat kajian tentang strategi marketing, motivasi untuk keluar dari zon selesa, amalan harian dalam hidup seorang muslim dan banyak lagi. Bila difikirkan, hal-hal ini sebenarnya berhubungkait antara satu sama lain. Senang cerita, boleh dipendekkan dalam tiga perkataan, " Usaha, Doa, Tawakal". Masih kelam kabut lagi sebenarnya ni. Banyak sangat input yang masuk ke otak. Hehe. Ni pun kena susun satu-satu dan memerlukan banyak 'trial and error'. Kalau tak habis hilang semua maklumat. InshaaAllah kalau usaha saya berjaya, saya akan kongsikan di sini. Kata orang, "sharing is caring".

Namun, dalam kekalutan menyusun jadual hidup (bunyi macam sibuk sungguh), saya mendapat sesuatu yang saya tak pernah duga. A BUSINESS PARTNER. Siapa sangka rakan sekerja saya akan jadi rakan kongsi saya. Kami mempunyai minat dan cita-cita yang sama. Ingin bergelar WAHM. Anak-anak lah yang menjadi pemangkin semangat kami untuk mencari ruang dan peluang agar masa bersama 'our precious one' dapat kami nikmati sebaik mungkin. Inilah naluri seseorang yang bergelar ibu. Kami banyak berkongsi info di fb dan kadangkala apa-apa info yang saya baca melalui buku, ebook atau blog, saya akan kongsikan dengan dia. Dan yang paling menarik kami saling menyokong antara satu sama lain.

Semuanya bermula apabila saya menolongnya menjual tudung kepada Kak Long dan rakan-rakan pejabatnya. Lalu tercetus idea untuk buat partnership dalam bisnes dan kami mula berbincang tentang bisnes yang sesuai. Semuanya berlaku secara spontan. Walaupun masih di peringkat awal, namun kami sangat teruja apabila bercakap mengenainya. Doakan usaha kami berjaya ye. InshaaAllah, saya akan update lagi proses "From Zero To Hero" kami ni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan