Assalamualaikum wbt.
Kenapa saya menulis blog? Emm, panjang ceritanya. Hehe. Semasa mula-mula blog diperkenalkan, saya sendiri tidak tahu apa itu blog. Pertama kali saya dengar tentang blog ketika sedang mendengar radio. Penyampai- penyampai radio sibuk mempromosi supaya para pendengar mengunjungi blog mereka. Saya terfikir, apa yang menariknya tentang blog ni? Tapi persoalan itu hanya tergantung di situ untuk sekian lama dan saya pun terus lupa tentangnya untuk beberapa ketika.
Masa berlalu, zaman berubah, dulu single sekarang " i'm a proud mother of two". Semasa mengandungkan anak kedua, saya ingin mencari info tentang penyusuan susu ibu. Jadi sambil-sambil kerja, saya google tentang breastfeeding ni. Akhirnya saya terjumpa satu blog yang menceritakan tentang bagaimana beliau menyusukan bayinya secara eksklusif ( maksudnya tak bercampur dengan susu formula langsung) walaupun beliau seorang wanita berkerjaya. Banyak maklumat yang boleh saya dapat dari blog beliau.
Saya mula membuat "blog walking" dari satu blog ke satu blog. Dari hanya mencari info saya akhirnya menjadi pembaca setia kepada beberapa blog dan mengikuti setiap perkembangan mereka. Tapi saya hanya menjadi "silent reader" sahaja. Seronok sebenarnya membaca kisah-kisah yang dikongsi. Ada yang lucu, sedih, haru-biru, huru-hara, dan banyak lagi.
Ada satu blog yang saya baca menceritakan tentang anak beliau yang "istimewa" sejak dari lahir. Beliau bersalin di luar negara kerana mengikut suaminya yang menyambung pelajaran pada ketika itu. Semuanya beliau kongsikan dalam blog beliau. Betapa tabahnya beliau dan suami menerima perkhabaran buruk tentang anakandanya yang doktor andaikan hanya mampu bertahan tak sampai setahun. Tapi, Alhamdulillah saya mengikuti perkembangan adik Mawaddah sehingga berumur tiga tahun. Tapi sudah lama saya tak mengikuti perkembangannya. Mungkin ibunya sibuk kerana balik ke Malaysia, dia sudah mula bekerja kembali. Apa yang terkesan di hati saya, kekuatan dan ketabahan hati seorang ibu telah menyuntik semangat saya untuk kuat menghadapi ujian Allah. Saya juga mempunyai anak yang mengidap Epilepsy. Dari cerita beliau tentang Mawaddah, sangat terkesan dihati saya. Sesungguhnya anak-anak yang istimewa adalah anugerah yang paling berharga untuk kita kerana mereka adalah ahli syurga. Maaf, saya masih belum bersedia untuk berkongsi tentang anakanda saya, Iman. Saya tak sekuat ibu Mawaddah. Banjir laptop saya nanti.
Dari situ timbul keiginan untuk menulis blog sendiri. Kononnya nak juga berkongsi kisah saya. Selain itu, saya juga berangan nak tulis novel. Hehe. Tapi, masalahnya saya tak tahu macam mana nak bina sebuah blog. Puas saya bertanya pada beberapa orang yang rapat dengan saya termasuklah adik saya sendiri tapi jawapannya memang mengecewakan. Akhirnya, hasrat nak jadi penulis blog terkubur untuk beberapa lama. Sehinggalah...
#kita sambung lagi di entri lain ye
#kan dah cakap cerita ni panjang, hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan