Sabtu, 2 Ogos 2014

Salam Aidilfitri 1435H

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Hari ini, 6 Syawal 1435H. Harapnya masih belum terlambat untuk ucapan hari raya. Raya kan sebulan!
(Amaran: Entri ini mungkin tidak akan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Harap maklum)

Sedih rasa hati ingin berpisah dengan Ramadhan yang penuh berkah. Namun kedatangan Syawal harus dirai kerana itu adalah hadiah kepada kita daripada Yang Maha Penyayang.

Tahun ini, giliran kampung suami, En.Ayie. Dek kerana cuti agak pendek kami hanya bertolak pulang ke kampung di Kuala Nerang, Kedah selepas zohor sehari sebelum raya. Namun nasib menyebelahi kami, perjalanan agak lancar kerana ramai orang pulang beraya agak awal. Jadi, minit-minit terakhir sebelum raya ni, orang dah tak ramai. Semuanya dah selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Sambutan raya tahun ni, sederhana saja. Mungkin kemeriahan kurang terasa kerana adik-beradik En. Ayie ada yang tak balik kerana terpaksa bertugas pada hari raya. Saya dan dua adik En.Ayie berkongsi profesion yang sama, cuma berbeza tempat bertugas. Saya je yang bernasib baik dapat cuti raya tahun ni. Hari raya ketiga saya sudahpun bertolak balik ke Kelantan. Dan seperti mana ramai yang maklum, raya-raya ni negeri paling sesak sekali, negeri ambo la. Memang beraya tengah jalan la jawabnya. Alhamdulillah, walaupun jalan sesak, saya akhirnya selamat sampai di rumah.

Saya sedikit terkilan sebenarnya. Saya tak sempat nak dengar takbir raya. Dalam perjalanan, tak pasang radio, sampai kampung terus tertidur. Esoknya, baru sibuk nak seterika baju, tak pasang pun tv, pergi masjid pun dah lewat, orang dah mula sembahyang. Sedih je rasa. Hilang semangat sekejap nak sambut raya. Bercerita tentang takbir raya ni, akan mengingatkan saya kepada arwah Che' (datuk sebelah Abah). Arwah seorang yang agak alim. Masa kecil dulu, kalau balik kampung Abah malam raya, mesti saya adik-beradik akan duduk mengelilingi Che' untuk dengar Che' bertakbir. Arwah seorang yang sangat pendiam tapi dia akan melayani setiap cucunya dengan cara tersendiri. Setiap kali dengar takbir raya, mesti ingat Che'. Sesekali teringat, memang rindu masa 'itu'. Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin.

Dikesempatan ini saya dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf kepada insan- insan yang dekat di hati saya.

En Ayie..terima kasih kerana sentiasa sabar melayani kerenah isterimu yang selalu pasang surut ni. Maafkanlah segala kesilapan masa lalu. Kosong-kosong ye..

ImanIlham..maafkan mummy sayang. You're always in my heart.

AbahMama..Orang mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kalaupun orang mungkin tak dapat membahagiakan abahmama didunia ni, orang harap orang dapat menggembirakan abahmama disyurga.

Along, Iwe, Ija, Ichu...sayang korang selalu.

Sahabat-sahabat terdekat..thank you for always being there. Enough said.

Yang teristimewa..Pn.Masayu Ahmad, Pn. Anys Idayu Zakaria dan seluruh jemaah ABDR, terima kasih atas ukhuwah ini. Saya mungkin belum mendapat apa yang saya nak, tapi along the way, i've got something more special with ABDR. Maafkan saya andai ada tersilap kata, terkasar bahasa. Tegurlah saya jika ada kekhilafan dimana-mana. Lumrah manusia tiada yang yang sempurna.

Akhir kata, Salam Aidilfitri 1435H. Semoga panjang umur, dapat kita bertemu Ramadhan lagi tahun depan.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan