Teks: Norafiza Abdul Aziz
Sumber:
1. Pamphlet Kenali Penyakit Tibi dan Cara-cara Mengeluarkan kahak yang Betul (terbitan Jabatan Kesihatan negeri Terengganu)
2. Pamphlet Penyakit Tibi: Dapatkan Pengesanan Awal (terbitan Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Institut Perubatan Respitori)
Assalamualaikum wbt.
Pada 10 November 2014 yang lalu, saya telah menghadiri Kursus Kesedaran Tibi anjuran Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (Tibi/ Kusta) Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu. Ceramah disampaikan oleh Dr. Hasnan bin Arwit@Hassan, Pegawai Kesihatan Tibi/Kusta, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Jabatan saya telah dijemput untuk menghadiri kursus ini kerana tempat saya bertugas merupakan salah satu tempat yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit tibi ini. Jadi, kursus ini amat berguna untuk kami bagi menangani serangan penyakit berjangkit ini.
Sebelum menghadiri kursus saya berpendapat bahawa penyakit tibi ini dibawa oleh warga asing masuk ke negara kita. Setelah menghadiri kursus barulah saya sedar bahawa penyakit ini memang ada di negara kita malah seluruh dunia dan statistik di Malaysia terutama di Negeri Terengganu (saya bertugas di Terengganu, jadi saya hanya tahu statistik di Terengganu secara khususnya) menunjukkan bahawa 98% pesakit datangnya dari penduduk tempatan dan yang selebihnya dari warga asing kecuali Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur kerana di negeri-negeri berkenaan terdapat ramai warga asing. Statistik ini agak mengejutkan kerana menyangkakan bahawa kita tidak akan terkena penyakit ini sekiranya tiada kontek dengan pesakit tibi yang disangkakan datangnya dari warga asing. Ternyata apa saya fikirkan adakah salah!
Oleh itu, saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengetahuan yang saya dapat tentang penyakit tibi ini dengan para pembaca sekalian.
Apa itu penyakit Tibi?
lebih dikenali dengan penyakit batuk kering. Merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman Tubercle Bacili. Kuman Tibi ini boleh mengjangkiti paru-paru, otak, tulang, kelenjar, kulit dan buah pinggang. Penyakit ini merebak melalui udara bila pesakit Tibi Paru-paru batuk, bersin atau bercakap.
Tanda dan Gejala Tibi
Apa itu penyakit Tibi?
lebih dikenali dengan penyakit batuk kering. Merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman Tubercle Bacili. Kuman Tibi ini boleh mengjangkiti paru-paru, otak, tulang, kelenjar, kulit dan buah pinggang. Penyakit ini merebak melalui udara bila pesakit Tibi Paru-paru batuk, bersin atau bercakap.
Tanda dan Gejala Tibi
- batuk berterusan lebih dari 2 minggu
- kahak yang mengandungi darah
- demam dan berpeluh lazimnya di sebalah petang dan malam
- susut berat badan dan hilang selera makan
- sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
- bengkak pada kelenjar terutama pada bahagian leher
- mudah letih
Cara Mengesan Tibi
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas anda haruslah menjalani pemeriksaan atau ujian seperti berikut
- ujian kahak
- x-ray dada
- ujian tuberkulin (suntikan pada kulit)
- ujian darah/tisu badan
Cara Merawat Tibi
1. Rawatan DOTS ( Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus) yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
- pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan tanpa henti
- 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih
- pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik
2. Sekiranya pesakit menghentikan rawatan ini sebelum tempoh 6 bulan, pesakit perlu membuat rawatan ulangan dan rawatan ini memakan masa yang lebih lama iaitu 2 TAHUN. Sama juga bagi kes yang berulang.
3. Rawatan awal menyelamatkan nyawa. Penyakit Tibi boleh membawa MAUT sekiranya tidak dirawat.
Langkah Pencegahan
- Suntikan BCG untuk bayi baru lahir
- Mendapatkan pemeriksaan segera jika batuk berterusan selama 2 minggu dan lebih
- Kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit Tibi perlu membuat pemeriksaan bagi memastikan mereka bebas dari jangkitan dan juga rawtan segera sekiranya mereka dijangkiti.
- Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh diperolehi secara percuma di klinik dan hospital kerajaan.
Antara nasihat yang diberikan oleh doktor bagi mengelak daripada penyakit ini adalah dengan memastikan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi. Di samping itu kita juga perlu memastikan rumah kita mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka tingkap dan pintu. Selain itu, kita juga dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup yang sihat serta makan makanan yang seimbang. HIDUP SIHAT, MASYARAKAT SEJAHTERA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan