Selasa, 20 Januari 2015

Cukupkah 24/7 dalam hidup anda


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Setiap orang ada 24 jam sehari. Tak lebih sesaat,tak juga kurang sesaat.

Kenapa saya cerita tentang masa? Sebab saya sendiri gagal mengurus masa dengan baik yang akhirnya menyebabkan saya 'stress'. Waaa.

Kenapa ye,jadi macam tu?

Selidik punya selidik, kaji punya kaji jumpalah jawapannya. Kerana sikap sendiri. Tak berdisiplin dan mudah putus asa.

Cukup je sebenarnya 24 jam tu. Yang penting kena pandai buat perancangan. Termasuk 'pelan kecemasan'. Tak adalah kelam kabut nak uruskan semua benda.

Sedang sibuk berfikir, sempat juga tangan menyelak buku 'Hidup Penuh Erti' hasil kolaborasi Hilal Asyraf dan Aiman Azlan. Dua orang pemuda yang saya kagumi semangatnya.

Tangan terus menyelak ke halaman yang bertanda. Kebetulan tajuk babnya adalah mengenai mahasiswa dan masa lapang. Walaupun saya bukan mahasiswa universiti tapi saya tetap seorang mahasiswa di Akademi Kehidupan. Proses pembelajaran yang tak akan pernah terhenti.

Daripada bab ini dapat disimpulkan pengurusan masa secara berjadual amat perlu. Perlu tahu perkara mana yang perlu diberi perhatian dahulu,yang mana kemudian. Kena susun satu-satu agar mudah untuk kita laksanakan. Perkara ini jugalah yang sering ditekankan oleh Pengasas ABDR,Pn. Masayu Ahmad.

Semua dah ada depan mata. Tinggal lagi nak melaksanakan je. InshaaAllah semoga selepas ini saya akan menjadi seorang yang lebih berdisiplin dalam pengurusan masa.


Syukur Allah masih sayang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan