Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi memberi peluang kepada hambaNya ini untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan. Satu lagi tahun Masihi sudahpun berlalu meninggalkan pelbagai kesan di hati ini. Misi dan visi diteruskan lagi sementara menunggu hari bertemu dengan Sang Pencipta.
Selamat Tinggal 2014
Tragedi banjir besar yang diumpamakan seperti Tsunami baru-baru ini menutup tahun 2014 dengan pelbagai rasa. Sedih, simpati, sayu bercampur baur. Sesungguhnya musibah yang berlaku meninggalkan seribu cerita buat mangsa khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Pandangan peribadi saya, apa yang berlaku merupakan satu peringatan. Bahawasanya kita hanya hamba yang tidak punya apa-apa. Hamba yang lemah. Hanya Dia Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Melalui cerita disebalik cerita, jauh di sudut hati merasakan, Allah sebenarnya ingin menunjukkan sesuatu kepada kita. Tentang sikap sebenar makhluk yang bernama 'manusia'. Benarlah, hati tu Allah yang pegang. Hidayah juga, Allah yang bagi. Syukurlah di atas peringatan ini. Semoga kita semua mendapat iktibar daripada peristiwa ini.
Begitu juga dengan tragedi-tragedi lain yang menyentap hati kita. MH370 yang tiada khabar berita, MH17 yang ditembak dan yang terbaru QZ8501 yang terhempas.Sungguh diluar dugaan. Sedih dan menyayat hati.
Namun, 2014 juga merupakan tahun yang banyak memberi kegembiraan kepada saya. Akhirnya, saya berani untuk memulakan langkah pertama untuk proses 'tranformasi' diri saya. Saya akhirnya berjaya membina blog saya sendiri yang sudah lama saya idamkan. Banyak perkara baru yang saya belajar, sahabat-sahabat maya yang mempunyai misi yang sama iaitu untuk kembali kepada fitrah bekerja di rumah, belajar bisnes online dan banyak lagi. Mungkin bagi orang lain, ia bukanlah apa-apa, tapi bagi saya ia adalah kejayaan terbesar saya sepanjang 2014.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah banyak membantu, mengajar, memberi dorongan dan sokongan disetiap jatuh bangun saya sepanjang tahun 2014.
- Terima Kasih Allah. Tanpa izin-Mu Ya Rahman, tidak mungkin semua ini dapat kugapai.
- En. Ayie. Dengan izin, restu dan sokonganmu sayang, yang terus-menerus menyuntik semangat dalam diri ini, memberi harapan dan keyakinan.
- ImanIlham. Kerana kalianlah, mummy terus kuat.
- Abah Mama. Terima kasih di atas setiap pertolongan. Memang pengorbanan Abah Mama tidak terbalas.
- Pn Masayu Ahmad dan Pn Anys Idayu Zakaria. Terima kasih atas semua curahan ilmu, tanpa jemu memberi semangat walau kita hanya bertemu di alam maya. Mohon dihalalkan semua ya.
- Zu dan Netty. Yang sentiasa ada di sisi menceriakan hari.
- Sahabat-sahabat ABDR dan juga follower blog. Walaupun rupa kalian tidak ku kenal, tetapi salam persahabatan dari kalian tetap menjadi sesuatu yang manis dihati ini.
- Last but not least, my Silent Reader. Kerana kamu semualah, page view saya bertambah setiap hari seterusnya memberi semangat untuk saya terus menulis dan berkongsi di blog ini.
GRACIAS. XIE XIE. KHAMSAHAMIDA. ARIGATO. SALAMAT. SYUKRAN. THANK YOU. SYUKRIYA. TERIMA KASIH.
Harapan 2015
Berjaya mencapai semua impian. Hehe. Doakan saya ye.
SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2015.
Your Truly,
Fiza Aziz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan