Isnin, 26 Januari 2015

Pengajaran Surah Luqman


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, baru saja selesai membaca Surah Luqman. Surah yang ke-31 terdiri daripada 34 ayat dan diturunkan di Mekah. Dalam hati terdetik, siapa sebenarnya Luqman yang disebut dalam Al-Quran ini?

Ibnu katsir berpendapat bahawa nama panjang Luqman ialah Luqman bin Unaqa' bin Sadun (Katsir. Ibnu. al-Bidayah wan Nihayah). Sedangkan asal-usul Luqman, sebahagian ulama berbeza pendapat. Ibnu Abbas menyatakan bahawa Luqman adalah seorang tukang kayu dari Habsyi. Riwayat lain menyebutkan ia bertubuh pendek dan berhidung mancung dari Nubah dan ada yang berpendapat ia berasal dari Sudan. Dan ada pula yang berpendapat Luqman adalah seorang hakim pada zaman Nabi Daud a.s. (Fariad, Ruslan."Menyelami Nasihat Luqman Al-Hakim", Hidayah, Volume 8, edisi 87, November 2008, hlm 162-165)

Berikut adalah nasihat Luqman kepada anaknya yang terdiri daripada ayat 12-19 Surah Luqman.


  1. Dan sesungguhnya kami telah menberi hikmah kebijaksanaan kepada Luqman iaitu "Bersyukurlah kepada Allah! Dan barangsiapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Lagi Maha Terpuji." - Ayat 12
  2. Dan ( ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, "Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". - Ayat 13
  3. Dan kami perintahkan kepada manusia 9agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam usia 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua orang tuamu. hanya kepada Akulah kamu kembali. - Ayat 14
  4. kecuali jika disuruh mempersekutukan Allah. Tidak wajib taat namun harus sentiasa menghormati keduanya. - Ringkasan Ayat 15
  5. ( Luqman berkata): Wahai anakku! Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Teliti. - Ayat 16
  6. Wahai anakku! Lakukanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) daripada yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting - Ayat 17
  7. Dan janganlah engkau memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan berjalan di bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri. - ayat 18
  8. Dan sederhanakanlah dalam berjalan. Dan rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. - Ayat 19
Sumber: Al-Quran Tajwid dan Terjemahan (Humaira Bookstore Enterprise), hlm 412 

Semoga bermanfaat.

Syukur Allah masih sayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan