Ahad, 31 Mei 2015

Ujian Datang Lagi

Assalamualaikum wbt..

Sorry, sebab update blog macam biskut chipsmore. Kejap ada, kejap hilang. Biasalah, hidup ni kalau tak ada ujian dan cabaran, kita takkan tahu di mana kekuatan kita.

Betullah bila dikatakan, kadang-kadang Allah lambat makbulkan doa kita sebab Dia nak kita sentiasa ingatkan kat Dia. Hanya Dia Yang Mengetahui setiap rahsia yang tersembunyi.

Saya masih lagi mengalami masalah talian internet. Susahnya rasa bila kerja perlu ada internet tapi tak ada line. Sabar jelah.


Selasa, 26 Mei 2015

Final Piala FA: We lose but we are not a loser

Assalamualaikum wbt.

Walaupun cerita bola dah habis, tapi nak cerita jugak, hehe.

Sebagai orghe kelate, of course rasa sedih sebab kalah. Siapa tak sedih bila pasukan dia kalah. We are talking about football here. Semua orang akan jadi emo bila cakap pasal bola. 

Bila tahu TRW masuk final Piala FA, memang dah semangat dah. Rasa macam dah agak lama TRW tunjuk aksi hambar since two years ago. So, kali ni bila dapat masuk final sekali lagi, bersemangat lah. Tambah pulak lawannya dari Tanah Seberang Selat Tebrau. Bukan setakat membawa nama Kelantan, malah TRW turut memikul tugas berat membawa nama negara.



Pada mulanya, saya buat cool je. Malas nak tunjuk sangat semangat bola yang membara dalam jiwa (perghh, ayat jiwang,haha). Tapi tak boleh. Sebaik saja dah mula menonton, terus semangat 'red warriors' meresap dalam diri. 

Terus-terang, saya memang tak arif pun pasal bola. Yang saya tahu, nak menang je,hehe (biasalah, perempuan). Namun, bila melihat cubaan demi cubaan dan serangan demi serangan tidak membuahkan hasil, rasa kecewa juga. Tapi semangat tak akan pernah luntur untuk menyokong pasukan kesayangan.

Namun, nasib tetap tidak menyebelahi TRW. Boleh imagine kekecewaan adindaku yang bertiga yang bersemangat turun ke Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada TRW. Tak apalah. Bukan rezeki kita. Yang penting kita tak putus asa.

We lose but we are not a loser.

Satu yang best, malam tadi fair play. Walau ada yang jatuh tergolek, tapi tak serius dan tidak berpanjangan. Semangat macam ni yang kita nak. Tahniah untuk semua pemain dan penyokong. 



Tahniah kepada pasukan The Lions XII. Setelah sekian lama memburu kejayaan. Namun, janganlah happy sangat. Tahun depan piala tu akan pulang ke Negeri Cik Siti Wan Kembang. InshaaAllah. *senyum penuh yakin*



*Dua tiga hari ni feeling down. Bukan sebab TRW kalah ye. So, pepagi ni nak serap tenaga-tenaga positif je. Alhamdulillah, hujan rahmat membasahi bumi Kedah hari ni. Semoga semuanya berjalan lancar dengan redha Ilahi. Amin*

Rabu, 20 Mei 2015

Jumpa Blog Hafreez Adam

Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bernafas dibumi Allah ini untuk terus mencari bekalan sebelum bertemuNya.

Siapa Hafreez Adam?

Ala, yang baru menang Artis Lelaki Baru Paling Popular (ABPBH) baru-baru ni.

Dapat tahu pasal blog beliau pun dari blog Insyirah Azhar - Pengasas Teknik B.A.D.

Blog Hafreez Adam, Thesestoriesaboutlife, dikongsi bersama sahabatnya, Aiman Ariffin. First thing that came to mind after reads the blog, very inspiring.


"Because I don't listen to people.
But, I make things happen"
- H.A
 


Mereka 'bercakap' tentang kehidupan.

To stay positive, to never give up, to stay strong no matter what. Seriously inspiring. Jarang nak jumpa anak muda yang semangatnya begitu sekarang.

Membaca cerita mereka, sekaligus menyebabkan 'kakak' ini sedar. Bahawasanya mencari channel yang betul itu perlu. Betullah apa yang dikatakan salah satu ubat hati adalah berkumpul sengan orang-orang yang positif agar hati, minda dan jiwa kita juga turut positif. Nak melalui akhir zaman ni, semua tu perlu.

So that you can stay strong whatever happened. Macam satu kata-kata yang saya jumpa dalam status fb seorang kawan tapi saya tak ingat pula namanya,

" Fokus solution, not the problem".



HAVE A NICE DAY!!

Isnin, 18 Mei 2015

Membuat Keputusan

Assalamualaikum wbt.

Syukur di atas semua yang di kurniakan Yang Maha Penyayang ke atas setiap hambanya. Masih lagi di beri peluang untuk meneruskan kehidupan dan bernafas di muka bumi- Nya yang luas ini.

Pernahkah anda melalui satu saat dalam hidup dimana anda harus membuat satu keputusan yang sukar dalam hidup anda?

Saya percaya ramai yang melaluinya. Malah, kadangkala hampir setiap hari kita terpaksa menghadapi situasi ini.

Making a decision is ain't easy. Been there, done that. Seriously. And I know how it is. There is so much to think about. All the pros and cons. And, doing the thinking alone will take all day long or even more than that. 

Berfikir secara keterlaluan akan membuatkan kita stress, depressed, susah hati malah sesetengah orang sampai tak boleh tidur sebab banyak sangat berfikir. Tapi lain dengan saya. I prefer to sleep. Hehe. *zzzz*



So, kita kena cari solution untuk ini. Macam mana?

Dengan kembali kepada Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Minta Dia lead the way. Kan ada tafsir yang mengatakan,



So, take a deep breath, calm down, smile and say to yourself, with Allah's help, I can go through this, InshaaAllah.

Then, move your feet, take a step and face the challenge. Do not afraid. He will always there to guide us all.



Dream High Lyrics English

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Ya Razzaq, yang memberi kita rezeki untuk bertemu lagi di sini.


Dream High OST Lyrics English


I dream high I dream a dream
When it's tough, I close my eyes and
The moment my dream comes true
continue to recall and get up
at the end of fear today too I tremble
Like a baby bird, would it fall, unable to fly
repeatedly I can do it, can my dream come true
every time I'm fearful, my belief walking step by step again

I dream high I dream a dream
When it's tough, I close my eyes and
The moment my dream comes true
continue to recall and get up

I believe I can fly high
one day me above the sky
wings stretched out, more free than anyone else
flying rising high
I need bravery to overcome
firstly pick myself up rise again and dare to run
once again believe in me and my destiny

climb over every wall taller than me
I dream high I dream a dream
When it's tough, I close my eyes and
The moment my dream comes true
continue to recall and get up
I believe I can fly high

one day me above the sky
wings stretched out, more free than anyone else
flying rising high
Dream high a chance to fly high
Now bye bye to all that hurts

try flying high like the stars in the sky
your dream will unfold
starting from now
don't be afraid of the future made by your hands
now walk totally confident

unstoppable destiny is destiny
now we soar up high
for you, this whole new fantasy
so from now, take my hand here
from now on, our aim
one dream and not give up
youthful passion all here dream high

I dream high I dream a dream
When it's tough, I close my eyes and
The moment my dream comes true
continue to recall and get up

I believe I can fly high
one day me above the sky
wings stretched out, more free than anyone else
flying rising high


Kalau ada yang tak tahu, Dream High adalah drama korea. Ehehe...




Ceritanya berkisarkan suka duka jatuh bangun pelajar-pelajar sekolah menengah Kirin atau Kirin Art School , sebuah sekolah muzik.

Memang cerita budak-budak, tapi moral of the story tu penting. Bagaimana setiap pelajar overcome masalah masing-masing dan akhirnya berjaya mencapai cita-cita mereka.

Ada satu scene yang saya suka. Scene di mana Hye Mi ( pelakon wanita utama drama ni) terpaksa membuat keputusan antara mengikut ayahnya ke U.S dan teruskan impiannya untuk belajar menyanyi opera atau tinggal di Korea dan meneruskan belajar muzik pop. Sedang dia buntu memikirkan nasib diri, sahabatnya Jinguk datang. Dan Jinguk memberi satu satu nasihat. Kata Jinguk,

" Hye Mi, kat tangan awak sekarang ni 50% sebelah kiri dan 50% sebelah kanan. Walau apapun keputusan yang awak ambil, jadikannya 100%. Dengan itu, awak tak akan menyesal dengan keputusan yang awak ambil."

Betul juga apa Jinguk cakap tu. Selepas membuat keputusan, tumpukan seluruh tumpuan kita pada apa yang kita telah pilih. Jadikan apa yang kita pilih itu satu keputusan yang tepat. Jadi, kadar penyesalan akan berkurang. Kan?
* kalau setuju, angkat tangan*



Drama ni ada sekuel, Dream High 2. Dalam Dream High 2 lain sikit ceritanya. Apa yang lainnya?

Ok, dalam Dream High 2, mengajar kita, apa yang kita suka tak semestinya sesuai untuk kita.

Hyeseong (pelakon wanita utama) memilih untuk belajar di Kirin Art School dan bercita-cita untuk jadi penyanyi. Dia seorang yang sangat cekal dan rajin namun, nyanyiannya hanya biasa-biasa sahaja. Sehinggalah, bakatnya dalam bidang penulisan lirik berjaya dicungkil. Dia akhirnya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang penulisan dan menjadi pengarah teater yang terkenal.

Hmm, jadi, selagi tak jumpa apa yang kita do the best, teruskan lah mencari. Jangan give up. Ups and downs tu memang lumrahlah kan. In facts, saya sendiri masih lagi mencari-cari arah, masih lagi berfikir apa yang sesuai untuk saya. Masa bersemangat, macam-macam nak buat, masa tak ada mood, memang duk melangut je lah..*dush*

Apa-apa pun, kita layan lirik lagu ni dan semoga dapat menaikkan semangat anda yang tengah down. Lets DREAM HIGH!!





Ahad, 17 Mei 2015

Tempat baru, Cabaran baru

Assalamualaikum wbt.

Semoga kita semua berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya sentiasa.



Semenjak bertukar bahagian awal bulan lalu, hidup agak kelam kabut dan kerja menjadi super duper sibuk.

Hampir 10 tahun saya bekerja secara shift, sekarang saya beralih ke waktu pejabat, 8-5. Dan sekarang, saya turut merasai kesesakan yang hampir semua pekerja lalui setiap hari. Berkejar pada waktu pagi, kesesakan lalu lintas. Oh, sangat meletihkan sehingga saya tidur sebaik sahaja selesai solat Isyak. Yeah! First week is the toughest. Nasib baik juga saya memang sudah biasa bangun awal pagi dan bersiap awal semenjak dari zaman sekolah lagi, kalau tak, memang haru lah.

Dan sekarang, saya mula memahami perasaan ibu-ibu bekerjaya yang bekerja pada waktu pejabat. How to manage the busy life. Kerja, family, urusan rumahtangga. Semua kena urus. I've yet to learn how to manage all that chores. Haila!

Dan semenjak dari itu juga, saya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan baru, suasana baru dan cabaran baru. Nak tak nak, kena belajar handle semua tu. Dan SABAR menjadi elemen penting dalam setiap aspek.

Oleh itu, saya dah tetapkan niat untuk berhenti kerja dan bergelar Working At Home Mom (WAHM).  Tapi bukan sekarang lah. Sekarang adalah masa untuk buat persediaan sebelum boleh berhenti. Sasaran saya 2-5 tahun lagi. InshaaAllah.

Menyertai ABDR adalah salah satu dari persediaan saya. Kerana ABDR memang ditubuhlan untuk membantu ibu-ibu yang ingin bergelar WAHM membuat persediaan sebelum berhenti kerja sepenuhnya.




Nak tahu apa itu ABDR, boleh .klik sini.

Atau boleh jer kalau nk pm saya di facebook. Saya sedia membantu anda.

Novel vs Drama

Assalamualaikum wbt.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmatNya.



Antara novel dan drama,

Mana satu pilihan anda?

Dah jadi trend kan sekarang ni? Untung jadi penulis novel. Hehe.

Tapi tahukah anda, Jepun, Taiwan dan Korea agak terkedepan menjadikan karya-karya tempatan mereka ke drama bersiri. Bezanya, mereka menjadikan karya-karya daripada manga-manga yang terdapat banyak di pasaran. Drama seperti Boys Over Flowers, Kiss, Hanakimi dan banyak lagi menjadi fenomena di negara-negara berkenaan.





Begitu juga dengan negara barat. Karya-karya seperti Hamlet, Pride and Prejudice, semuanya di angkat menjadi filem. Tapi yang paling hits sekali tentulah Harry Potter. 




Namun, antara novel dan drama, mana satu yang anda rasa lagi best?

My personal opinion, tentulah baca novel lagi best.

Sebab?

Sepertimana yang kita tahu, bila novel 'didramakan', jalan cerita sebenar akan di ubah mengikut kesesuaian. Memang tak akan dapat kalau nak ikut novel seratus peratus. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Ok, faham. 

Sebab tu, baca novel lagi best. You can just go and do whatever you like with your own imagination * tepuk tangan, senyum lebar*. Lagi satu, daripada novel, kita boleh dapat cerita yang lebih detail. And trust me, the adventure in it is a thousand much better.

Seperti Harry Potter, saya berhenti menonton filemnya selepas filem ke empat. Mana taknya, tiga hari tiga malam saya menghabiskan novel tu, siap mimpi duk kat Hogwarts lagi, tup-tup filem dia not up to my expectation. And i felt really disappointed.

Kepada yang tak setuju dengan saya, jangan sentap ye. Ini pendapat saya. Dan hanya sah laku kepada mereka yang hobinya baca novel. Sebab kat situ kita boleh buat comparison.

Tapi bukan semua tak best. Bergantung juga pada jalan cerita yang di olah oleh penulis skrip. Contoh macam ada satu drama, diangkat dari novel Gemersik Kalbu, karya Anis Ayuni lakonan Aqasha dan Ayu Raudhah. Saya sangat suka novel tu dan dramanya pun boleh tahan. Kira boleh layanlah..hehe *kenyit mata*



Apa yang saya tulis ni bukan nak menghentam sesiapa jauh sekali nak kritik.  This is just my two cents. Dan saya ada solution untuk selesaikan masalah ni.

Kalau anda dah baca novel, jangan tonton drama. Kalau nak tonton juga, tontonlah dengan hati terbuka, jangan stresskan diri anda. Whether you read a book or watch a movie, it is for you to have fun, not to stressed you out.





Happy reading, happy watching!!!


Sabtu, 16 Mei 2015

Keprihatinan Seorang Guru

Assalamualaikum wbt.

Semoga sentiasa berada di bawah rahmat Yang Maha Penyayang.

Sempena Hari Guru ni nak cerita sikit pasal cikgu saya dolu-dolu. Hehe. Ada dua peristiwa yang masih segar dalam ingatan saya walaupun dah 10 tahun lebih meninggalkan gelaran pelajar.

Peristiwa pertama berlaku sewaktu saya menuntut di kolej selepas habis SPM. Cikgu saya ni, namanya Mr. Ng. Nama penuh, saya tak ingat *dush*.

Mr. Ng mengajar sabjek Bahasa Inggeris. Seronok belajar dengan beliau. He sure knows how to attract his student. Sampaikan belajar English Literature dengan jalan cerita yang memang takkan jadi pilihan kalau nak baca sendiri pun rasa fun je belajar dengan beliau.

Oleh kerana badan saya ni kecil dan comel * tangan kat bahu, mata ke atas*, saya selalu duduk kat depan. 

Suatu hari, semasa tengah menyiapkan tugasan di kelas beliau, tiba-tiba beliau mendatangi saya dan berkata,

" Your face are pale. Are you not feeling well?"

"No, sir. I'm perfectly fine."

" Are you sure? But your face are really pale. You better go and see the doctor. Do some check up. Just in case there is something wrong with your body."

" Ok, sir. I will."

"And one more thing. There's a blood donation campaign today at our college. Do not go donate your blood. Instead, you go and ask blood from them."

"Pardon sir? Can I do that? Hehe"


Dan saya hanya berjumpa doktor beberapa tahun kemudian. Hehe. Teguran yang tak tersangka itu menyentuh hati saya. Betapa beliau prihatin kepada pelajarnya yang kecil comel itu. Saya takkan lupa sampai bila-bila.



Peristiwa kedua semasa saya bergelar 'budak u'. Tapi, saya ni budak u tak habis belajar. Saya mengalami depression atau kemurungan. Saya hidup in a denial. Di semester terakhir, hadir dan tak hadir ke kelas sama banyak.

Semasa di semester 1, ada seorang lecturer yang juga agak baru bergelar lecturer. Namanya En. Fadzil. Oleh kerana kami adalah batch pertama yang beliau ajar, beliau dah stated awal-awal supaya anggap beliau seperti abang. Kalau ada masalah, boleh datang jumpa beliau bila-bila masa je. Beliau masa tu pun baru berumur 27 tahun. Muda lagi. Sesuai la kalau nak anggap macam abang pun.

Beliau mengenali kami semua yang seramai 30 orang. Masa tu, saya berumur 19 tahun. Boleh imagine tak macam mana cutenya saya masa tu *perasan*. Pertama kali berjumpa beliau, ini pertanyaan beliau,

" Awak ni pasti ke awak pelajar kelas saya?"

" Iye cik. Kenapa?"

"Betul awak pasti?"

Sambil terpinga-pinga saya menjawab,
" Ya, saya pasti."

"Ok. Saya ingat salah kelas tadi. Awak ni macam budak darjah enam."
Katanya dengan muka selamba.

Waaaa...malu!! Satu kelas gelakkan saya.


Saya cuma belajar dengan beliau satu semester sahaja. Tapi, ikatan itu kekal. Bertegur sapa tiap kali berjumpa. Sekali sekala saya menjenguk juga ke bilik pertapaan beliau kerana bilik beliau bukan terletak di bangunan utama sebaliknya nun jauh berdekatan makmal kejuruteraan.

Setahun berlalu. Semakin sibuk dengan tugasan. Tanpa saya sedari saya mengalami kemurungan. Pelajaran makin merosot. Namun, saya cuba kuatkan semangat dan teruskan kehidupan.

Di semester 'akhir' saya, rakan-rakan saya sekali lagi berada di kelas En. Fadzil kecuali saya. Saya terpaksa drop subject beliau. Suatu ketika, mereka mengadakan study trip ke KLCC. Saya tinggal serumah dengan coursemate saya. Disebabkan bimbang untuk meninggalkan saya sendirian di rumah, saya di ajak menyertai mereka. Kebetulan kelas saya juga dibatalkan, saya dengan senang hati menerima pelawaan mereka. Dan sudah semestinya En. Fadzil turut serta selaku pensyarah pengiring.

Sepanjang study trip selama 3 hari itu, saya memang happy. Boleh dikatakan one of the happiest moment in my life. Tanpa saya sedari En. Fadzil memerhatikan saya.

Semasa bas berhenti dalam perjalanan pulang ke kampus, beliau datang dan duduk di sebelah saya.

"Fiza, awak ok ke?"

"Ok. Tapi kenapa cik tiba-tiba tanya macam tu?"

"Saya banyak dengar cerita awak dari lecturer lain. Mereka cakap pelajaran awak merosot. Kenapa jadi macam tu?"

Saya terdiam. Tiba-tiba je saya rasa sebak. Dan saya tak mampu nak tahan air mata dari mengalir keluar.
"Saya tak tau."

"Kenapa tak nak cerita? Kenapa jadi sampai macam ni?"

"Tak tau lah cik. Saya rasa macam dah give up."

"Tak apalah. Balik nanti datang jumpa saya ye."

"Ok, terima kasih cik."


Tapi, sehingga hari terakhir saya, saya tak dapat berjumpa beliau kerana kesibukan beliau. Walaupun agak terkilan, saya anggap ianya suratan takdir.

En. Fadzil, En. Mukhlis, Dr. Iqraz dan mendiang Dr. I.M. Reddy adalah lecturer saya yang sangat mengambil berat tentang pelajar mereka. Tanpa pengetahuan saya, mereka memerhatikan prestasi saya. When I thought I was alone. When I thought no one cares. But, they did. Even though its already too late to help me then,I'm still thankful to them. For being there. For care. Walaupun saya gagal graduate dan menggenggam segulung ijazah, namun saya tetap bangga saya pernah bergelar pelajar mereka. Hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka.






It's Teacher's Day!

Assalamualaikum wbt.



Selamat Hari Guru.

> Mama dan Abah
  • Guru pertama from day one. Who taught me everything, love me with all their heart. There's not enough words to say thank you.
> Guru-guru dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan Universiti
  • Jasa kalian mengajar ilmu-ilmu baru memang sangat berguna untuk kehidupan. Daripada tidak tahu kepada tahu. Terima kasih Cikgu.
> Guru-guru Mengaji
  • Mengajar dari alif, ba, ta sehingga khatam dan mampu membaca kalam Allah dengan lancar. Akan aku manfaatkan semuanya sebaik mungkin.
> Guru-guru dan rakan-rakan ABDR
  • Memberi ilmu dan pengalaman baru. Sangat gembira bertemu dan belajar bersama jemaah ini. 
> Sahabat-sahabat
  • Terima kasih sudi berkongsi ilmu dan sentiasa menyokong diri ini menempuh setiap cabaran.
Setiap jasa, masa dan titik peluh kalian hanya mampu dibalas dengan doa. Agar kalian semua berada dalam rahmat Yang Maha Kuasa, sentiasa dilindungi dan diberkati, di deraskan rezeki. Semoga ilmu yang kalian curahkan mampu ku manfaatkan agar menjadi saham akhirat untuk kalian semua. Hanya itu yang mampu ku berikan. Kerana jasa kalian semua sangat berharga kepada diri ini.


TERIMA KASIH CIKGU

SELAMAT HARI GURU

GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN ALHLAK


Rabu, 13 Mei 2015

Happy 1st Anniversary

Assalamualaikum wbt.


Tanggal 9 Mei lalu, genaplah usia blog Yours Truly, FIZA AZIZ© setahun.
Alhamdulillah, setahun berlalu dengan pelbagai kisah yang dikongsi untuk tatapan pembaca.

Bermula dengan tajuk blog, Diari Fiza Aziz: From Zero to Hero saya menukar nama hampir tiga kali dan akhirnya saya memilih untuk tetap dengan Yours Truly, FIZA AZIZ©. Tujuannya adalah untuk memperkuatkan lagi jenama Fiza Aziz.

Sepanjang setahun menjadi blogger, banyak perkara baru yang saya belajar. Tambahan lagi saya belajar membina blog melalui Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Jadi, secara otomatik, saya berkenalan dengan blogger lain yang turut menyertai ABDR. Kini, jemaah ABDR menuju ke 2000 keahlian. Memang banyak manfaat yang diperolehi apabila kita belajar secara berjemaah berbanding sendirian. Memang seronok menimba ilmu baru.

Namun, sepanjang setahun itu juga, banyak menguji diri. Kekurangan idea untuk menulis, kekangan masa malah kadangkala kalah dengan tekanan sama ada keletihan atau not in a mood. Nak mengekalkan disiplin untuk konsisten menulis bukan mudah sebenarnya. Halangan dan cabarannya bukan sedikit.

Oleh kerana itulah, motivasi sangat perlu. Kalaulah tak motivated diri sendiri, memang blog ini akan bersaranglah jawabnya.

Special thanks to my blog readers and followers. 

Kerana kalianlah, saya akan tetap meneruskan blog ini. Walaupun jumlah trafik masih belum mencapai target, tapi apabila melihat angka yang bertambah setiap hari, memberi saya semangat untuk terus berjuang dan mengasah bakat menulis saya ini. Hehe.

Semoga tahun mendatang akan bertambah baik dan YTFA akan terus memberi cerita warna warni sebuah kehidupan serta memberi inspirasi kepada anda semua.

Terima kasih di atas sokongan anda. Teruskan menyokong dan doakan kejayaan saya ye. *senyum lebar*







Selasa, 12 Mei 2015

Welcome back, Fiza!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah.
Syukur, akhirnya dapat juga kembali ke dunia blogging.

Serius rindu!!!

Hampir dua bulan kan tak ketemu.
Perubahan yang terjadi dalam hidup secara tiba-tiba menyebabkan dunia saya terumbang-ambing untuk seketika.

Bermula dengan perkhabaran tentang pertukaran tempat bertugas yang muncul tanpa salam. Kelam kabut nak menguruskan semua hal pertukaran. Maklumlah, notisnya singkat sangat.

Selesai melapor diri, pertukaran masa bertugas pula menjadi cabaran. Hampir 10 tahun bekerja shif, akhirnya saya terjun juga ke dunia yg hampir semua orang nak elak, kerja pada waktu pejabat. Akibatnya, balik kerja petang, lepas Isyak dah pengsan. Tak sempat nak buat apa-apa. Letih mental fizikal. Dan...minggu kedua saya demam panas!!! Haila...

Awal Mei baru-baru ini, adinda saya yang tercinta selamat diijabkabulkan dengan puteri idamannya. Alhamdulillah, akhirnya bertemu jodoh juga adindaku yang seorang itu. Selamat melayari bahtera rumahtangga adinda-adindaku. Sayang kamu sokmo.

Namun, cabaran paling getir adalah ketiadaan talian internet. Waaaa...
Memnag nangis tak berlagu la. Sekarang masih dalam proses untuk mencari alternatif terbaik untuk selesaikan masalah itu. Harap semuanya akan ok tak lama lagi.

Ok lah, saya dah curi masa kerja dah ni. Kena sambung kerja balik. Nanti i bagi update detail untuk setiap event ya.

See ya!