Alhamdulillah. Malam tadi hujan lebat. Namun pagi ni, mentari muncul lagi. Rahmat dan nikmat dari Ya Waasi', Yang Maha Luas PemberianNya.
Kerja dah ok, seronok belajar perkara baru. A few mistakes here and there tu biasalah. Namanya pun budak baru belajar. That's what I always wanted. Seek new knowledge. Jumpa dengan orang, share opinion and experience. Takdelah sesak nafas aayik berkurung je dalam rumah.
Tapi, itu kat tempat kerja. Bila balik rumah, suasananya jadi lain. Balik saja dari kerja, si kecik dah menunggu depan pintu. Ayat pertama yang keluar dari bibir comelnya, "lamanya mummy gi kerja".
Alahai, kesian sayang mummy.
Itu cerita Ilham. Teringat pula pada Iman yang berada nun jauh di Pantai Timur. Jika sekiranya apa-apa terjadi pada mama, pada siapa harus Iman menumpang kasih sayang apabila Mummy terpaksa keluar mencari rezeki. Saya bukan mendoakan yang buruk pada mama, namun harus di akui, mama sudah tidak kuat. Mama juga perlu kehidupannya sendiri. Perlukan bekalan untuk akhiratnya juga.
Jadi, diri sendiri atau keluarga?
Berhenti kerja atau naik pangkat?
##Pernah tak berangan nak berhenti kerja? Boleh baca naskhah ni dulu
## Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya ye..*senyum tutup mata*