Isnin, 9 November 2015

Back On Track!!

Assalamualaikum wbt.

Musim tengkujuh dah tiba. Saya suka bila hujan. Redup dan sejuk. Bertambah suka dapat tahu, antara waktu mustajab doa adalah ketika hujan. Sebab tu dikatakan hujan itu rahmat.

Dah bersawang blog ni. Bila tuannya masuk mood bertapa tak nak keluar dari gua. Hehe. Masa untuk mencuci semua sawang. Mood kerja dah datang.

Lamanya tak menulis. Skill pun dah hampir hilang. Ya, saya dah lama tak update blog ni. Hampir tiga bulan setengah. Putaran roda kehidupan yang memainkan peranan menyebabkan kehidupan insan kerdil ini tak mampu untuk melawan suratan takdir ( perghh, ayat..).

Tapi itulah realitinya. Ok lah. Sekurang-kurangnya pengalaman mendewasakan dan mematangkan kita. Juga memberi warna-warni dalam hidup kita. Banyak perkara saya belajar, namun yang pasti Ya Rahman Ya Rahim tak pernah membiarkan diri ini sendirian. Itu, saya sangat pasti.

Dalam tiga bulan setengah ni saya banyak belajar. Ilmu yang tidak ternilai untuk saya. Saya di beri kesempatan untuk lebih mengenali dan mendekati Dia. Syukur Alhamdulillah, Dia memilih saya untuk lebih mengenaliNya, meyakini kekuasaanNya dan merasai kasih sayangNya. Allahumma Ya Syakur. Syukur diatas rahmatNya.

Apa yang jadi pada saya sepanjang 'hilang' dari blog ni? Nanti saya cerita ya. Next entry. Biar saspen sikit. Hehe.

Pemandangan yang mengiringi perjalanan saya pagi ni



***Bulan November ni Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) ada dua promosi ebook









2 ulasan:

  1. Betul tuh... saya pun dalam proses nak mencuci sawang dalam blog ni... dok update gak entri tapi tak banyak... sekarang nak target sebulan-bulan sekurang-kurangnya 44 entri..seperti yang cikgu blog pernah ajar...
    senang-senang jengahlah ke blog saya : http://sharimahyahya.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh tak sangka lama tak update ada peminat komen..haha..terima kasih sudi baca blog saya..memang bila berhenti menulis nak mula balik susah..macam- macam alasan,padahal malas..sama- sama kita usaha untuk konsisten ye..InshaaAllah nanti saya buat kunjungan balas..

      Padam