Isnin, 16 November 2015

10 Tahun Dah!!

Assalamualaikum wbt.

Pagi Isnin yang kejap cerah, kejap mendung..Alhamdulillah, nikmat Allah Ya Karim.

Banyak perkara yang patut disyukuri hari ni. 

Syukur sebab masih bernafas.

Syukur atas rezeki yang sentiasa melimpah ruah.

Pagi ni, Alhamdulillah, bangun awal, sampai pejabat pun awal.

Selesai beberapa perkara yang perlu diurus, buka FB. Ada orang tag. Siapa yang dah tag orang pagi-pagi ni. Rupanya sahabat baik saya, Norul.

"Selamat ulangtahun ke-10 buat semua Pegawai Imigresen siri 3/2005."

Begitu bunyi status Norul dilaman facebooknya.

Allahuakbar! Saya terlupa. Apapun, terima kasih Norul.

Tak sangka, sekejap saja dah sepuluh tahun saya berkhidmat dengan Jabatan Imigresen Malaysia. Dah boleh mohon kenaikan pangkat. Hehe...

Ini adalah kerjaya saya yang satu-satunya. Saya tidak pernah bekerja dalam bidang lain. Alhamdulillah, banyak dugaan yang saya harungi untuk sampai ke hari ini. Dan ini juga mungkin titik permulaan untuk saya mengorak langkah seterusnya, untuk merealisasikan impian saya yang saya niatkan sepuluh tahun dulu.

Untuk 'pencen' dan meneruskan cita-cita sebenar saya.

Terus-terang, saya tak pernah berhasrat untuk kekal dengan kerjaya ini sehingga bersara. Ia hanyalah tempat persinggahan sementara saya mencari apa yang saya mahukan sebenarnya. Dan InshaaAllah, saya semakin hampir ke arah itu.




Walaubagaimanapun, sepanjang 10 tahun ni, banyak pahit manisnya. Terutama di tahun-tahun awal saya memulakan kerjaya ini.

Bagai tidak percaya, anak manja En. Aziz ini berjaya menamatkan Kursus Induksi selama tiga bulan dengan jayanya. Saya terbang ke Tedungan, Sarawak sebaik habis Kursus Induksi yang terletak hampir di hujung peta Sarawak bersempadan dengan negara Brunei Darussalam.

Setahun setengah bermastautin di bumi Sarawak, terlalu banyak kenangan. Haii, rasa nak nangis la pulak ingat kat kawan-kawan seperjuangan.

Menumpang rumah senior, main bola jaring, makan kat hotel bila ada function, bekalan air yang diangkut dengan lori, sesat di Brunei, beli-belah gelang kristal di Labuan, jalan-jalan di Miri, kena 'usik', barbeku umah boss, karaoke ramai-ramai kat kuarters... Hai, kalau dah masuk mood "terkenang kesah dolu-dolu" banyak je memori indah untuk dikenang. Rindunye...

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan di bumi Sarawak dulu,

Abang Zalee, Kak Eda, Kak Ida, Kak Ina, Norul, Fiza, Nora, Shamini, Nik, Abang Fendi, Awang dan Hod,

Kenangan bersama tak mungkin dilupa. Walau sekarang kita jauh, bertebaran seluruh negara dan terputus hubungan saya tetap mendoakan semoga kalian semua di beri kesihatan yang baik, dapat terus berkhidmat dengan dedikasi, berjaya di dunia dan akhirat serta dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa. Keep up the good works mates!









Ahad, 15 November 2015

RodieR

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, selesai membaca novel "ASH" karya penulis berbakat, RodieR, terbitan Jemari Seni Sdn. Bhd. Ini merupakan novel keempat tulisan RodieR dan, as always, I love it!





Kenapa saya suka karya RodieR? Nak kata karyanya lain dari yang lain, tak juga. Tak ada banyak beza sangat dengan novel lain. Sebagai seorang pembaca novel tegar, dah boleh agak jalan ceritanya.

Tapi, karya RodieR ni 'fresh'. Tak ada nak ciplak mana-mana cerita terutamanya tiru scene-scene dalam drama Korea (saya juga adalah peminat tegar drama-drama Korea). Jadi, mengelakkan saya dari menjadi seorang yang 'judgemental'. Dan Bahasa Inggeris yang digunakan juga sangat bagus. Two thumbs up. Itu yang saya suka. Jadi tak hairanlah kalau RodieR turut menghasilkan satu novel Inggeris berjudul 'One Fine Day'. 

Kredit untuk novel melayu zaman sekarang. Banyak ilmu dan isu yang diketengahkan. Terutama bab keagamaan. Memang nampak dari luaran, hanyalah novel picisan yang berlambak di pasaran. Cer baca dulu tengok. Banyak perkara yang berguna yang dikongsikan untuk kita. 

Kalau nak tahu 'ASH' ni cerita pasal apa, boleh layari website Jemari Seni kat sini.

Saya sangat sarankan anda untuk baca novel 'ASH' ni. It's not just a romantic comedy love story, it's more than that..

Rabu, 11 November 2015

99 Nama Yang Indah

Assalamualaikum wbt

Sepanjang program  Da'i- Pendakwah Milenia setiap hari kita mendengar alunan zikir Asmaul Husna di televisyen. Memang indahkan? Saya juga selalu mengalunkan zikir ini setiap kali mendengarnya.

Ramai antara kita yang tahu mengenai Asmaul Husna ni, namun tak ramai yang mengetahui rahsia disebalik setiap nama. Setiap satu nama mempunyai maksud dan fadhilat yang sangat besar bagi pengamal-pengamalnya.

Saya mula menyedari tentang kelebihan Asmaul Husna secara tidak sengaja. Anak sulung saya, Iman tertarik kotak yang mengandungi surah-surah Yassin di rak buku. Surah-surah Yassin ni merupakan doorgift kenduri. So, memang banyaklah ada kat rumah dan saya susun dalam kotak sebab saiznya yang comel. Bila Iman tarik kotak tu, isi kotak berterabur, saya terpaksalah menyusunnya kembali. Semasa sedang menyusun ni lah saya terjumpa  kad Asmaul Husna yang juga merupakan sebahagian dari doorgift kenduri. Doorgift kenduri yang kami dapat bukan hanya surah Yassin, ada juga Al- Mathurat, Ayat-ayat Manzil, Doa-doa harian termasuklah Asmaul Husna ni. Banyak juga rupanya.

Kalau dah jenis orang yang suka membaca, saya tertarik nak tengok isi kandungan kad Asmaul Husna tu. Pada kad yang dilipat cantik itu, terkandung Nama-nama Allah bersama maksud dan fadhilat setiap nama. Subhanallah, saya baru tahu, kehebatan disebalik 99 nama yang indah itu.

Mulalah projek mencatat dan mula memasang niat nak mengamalkannya. Hari berganti hari, minggu berganti bulan. Niat hanya tinggal niat.

Betapa lemahnya iman manusia yang bernama Norafiza ni. Huhu..



Selasa, 10 November 2015

Indahnya Ciptaan Ya Khaliq

Assalamualaikum wbt.

Ni cerita petang semalam.

Selesai mengemas barang di pejabat, saya terus menuju ke kereta. Selesai meletak semua barang, dengan lafaz Bismillah, saya bertolak pulang.

Dalam fikiran sibuk memikir,nak ikut jalan mana. Emm, minyak kereta ada lg ni, ikut jalan belakang lah. Jalan belakang yang dimaksudkan melalui jalan yang lurus saujana mata memandang melalui kebun- kebun dan kelapa sawit. Sangat jarang kereta melalui jalan ini. Selalunya hanya dilalui motosikal empunya tuan kebun.

Sambil memandu, saya melihat keliling. Satu yang saya suka buat sejak menjadi pemandu tegar ni adalah menikmati alam ciptaan Allah Ya Khaliq. Bukit- bukau yang menghijau. Kebiruan apabila memandang dari kejauhan. Serta langit yang pelbagai warna. Memang sangat indah dan menenangkan. Juga memberi keinsafan bahawa alam ini ada pentadbirnya. Sesuatu yang sangat mustahil untuk dilakukan oleh manusia biasa.

Sedang asyik menikmati panorama alam yang memukau, saya terpandang satu kepulan awan dan kelihatan seolah- olah air terjun atau hujan. Cantiknya, detik saya dalam hati. Saya tersenyum sendiri dan meneruskan perjalanan.

Wait!

Saya memandang sekali lagi ke arah awan itu.

Subhanallah!!!

Itu memang hujan!!!

Allahuakbar. Dari kejauhan saya memandang awan yang memuntahkan hujan itu dan yang lebih mengagumkan,di kiri dan kanan awan itu, cuaca panas.

Allahu Allah. Tak disangka saya terjumpa pemandangan menakjubkan ini. Saya mengambil keputusan untuk berhenti dan mengambil gambar yang cukup indah ini.

Klik, klik, klik...selesai. Fuhh, seronok rasa dapat capture momen indah itu.

Ok, jom balik. Sebelum tu tutup cermin kereta dulu.

Oh no..power window tak berfungsi. Dah lah turunkan maksimum tadi. Memang terbuka luas. Gosh!! I've tried a few times with no luck. Apa boleh buat, balik jelah dengan tingkap terbuka luas. Huhu.

Saya teruskan perjalanan balik tapi tiba-tiba...

Hujan lebat!!!

Great. Hujan lebat dan tingkap terbuka luas. What a fine combination!

Apo nk dikato. Redha jelah...



Isnin, 9 November 2015

Back On Track!!

Assalamualaikum wbt.

Musim tengkujuh dah tiba. Saya suka bila hujan. Redup dan sejuk. Bertambah suka dapat tahu, antara waktu mustajab doa adalah ketika hujan. Sebab tu dikatakan hujan itu rahmat.

Dah bersawang blog ni. Bila tuannya masuk mood bertapa tak nak keluar dari gua. Hehe. Masa untuk mencuci semua sawang. Mood kerja dah datang.

Lamanya tak menulis. Skill pun dah hampir hilang. Ya, saya dah lama tak update blog ni. Hampir tiga bulan setengah. Putaran roda kehidupan yang memainkan peranan menyebabkan kehidupan insan kerdil ini tak mampu untuk melawan suratan takdir ( perghh, ayat..).

Tapi itulah realitinya. Ok lah. Sekurang-kurangnya pengalaman mendewasakan dan mematangkan kita. Juga memberi warna-warni dalam hidup kita. Banyak perkara saya belajar, namun yang pasti Ya Rahman Ya Rahim tak pernah membiarkan diri ini sendirian. Itu, saya sangat pasti.

Dalam tiga bulan setengah ni saya banyak belajar. Ilmu yang tidak ternilai untuk saya. Saya di beri kesempatan untuk lebih mengenali dan mendekati Dia. Syukur Alhamdulillah, Dia memilih saya untuk lebih mengenaliNya, meyakini kekuasaanNya dan merasai kasih sayangNya. Allahumma Ya Syakur. Syukur diatas rahmatNya.

Apa yang jadi pada saya sepanjang 'hilang' dari blog ni? Nanti saya cerita ya. Next entry. Biar saspen sikit. Hehe.

Pemandangan yang mengiringi perjalanan saya pagi ni



***Bulan November ni Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) ada dua promosi ebook