Assalamualaikum wbt.
Ni cerita petang semalam.
Selesai mengemas barang di pejabat, saya terus menuju ke kereta. Selesai meletak semua barang, dengan lafaz Bismillah, saya bertolak pulang.
Dalam fikiran sibuk memikir,nak ikut jalan mana. Emm, minyak kereta ada lg ni, ikut jalan belakang lah. Jalan belakang yang dimaksudkan melalui jalan yang lurus saujana mata memandang melalui kebun- kebun dan kelapa sawit. Sangat jarang kereta melalui jalan ini. Selalunya hanya dilalui motosikal empunya tuan kebun.
Sambil memandu, saya melihat keliling. Satu yang saya suka buat sejak menjadi pemandu tegar ni adalah menikmati alam ciptaan Allah Ya Khaliq. Bukit- bukau yang menghijau. Kebiruan apabila memandang dari kejauhan. Serta langit yang pelbagai warna. Memang sangat indah dan menenangkan. Juga memberi keinsafan bahawa alam ini ada pentadbirnya. Sesuatu yang sangat mustahil untuk dilakukan oleh manusia biasa.
Sedang asyik menikmati panorama alam yang memukau, saya terpandang satu kepulan awan dan kelihatan seolah- olah air terjun atau hujan. Cantiknya, detik saya dalam hati. Saya tersenyum sendiri dan meneruskan perjalanan.
Wait!
Saya memandang sekali lagi ke arah awan itu.
Subhanallah!!!
Itu memang hujan!!!
Allahuakbar. Dari kejauhan saya memandang awan yang memuntahkan hujan itu dan yang lebih mengagumkan,di kiri dan kanan awan itu, cuaca panas.
Allahu Allah. Tak disangka saya terjumpa pemandangan menakjubkan ini. Saya mengambil keputusan untuk berhenti dan mengambil gambar yang cukup indah ini.
Klik, klik, klik...selesai. Fuhh, seronok rasa dapat capture momen indah itu.
Ok, jom balik. Sebelum tu tutup cermin kereta dulu.
Oh no..power window tak berfungsi. Dah lah turunkan maksimum tadi. Memang terbuka luas. Gosh!! I've tried a few times with no luck. Apa boleh buat, balik jelah dengan tingkap terbuka luas. Huhu.
Saya teruskan perjalanan balik tapi tiba-tiba...
Hujan lebat!!!
Great. Hujan lebat dan tingkap terbuka luas. What a fine combination!
Apo nk dikato. Redha jelah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan