Isnin, 16 November 2015

10 Tahun Dah!!

Assalamualaikum wbt.

Pagi Isnin yang kejap cerah, kejap mendung..Alhamdulillah, nikmat Allah Ya Karim.

Banyak perkara yang patut disyukuri hari ni. 

Syukur sebab masih bernafas.

Syukur atas rezeki yang sentiasa melimpah ruah.

Pagi ni, Alhamdulillah, bangun awal, sampai pejabat pun awal.

Selesai beberapa perkara yang perlu diurus, buka FB. Ada orang tag. Siapa yang dah tag orang pagi-pagi ni. Rupanya sahabat baik saya, Norul.

"Selamat ulangtahun ke-10 buat semua Pegawai Imigresen siri 3/2005."

Begitu bunyi status Norul dilaman facebooknya.

Allahuakbar! Saya terlupa. Apapun, terima kasih Norul.

Tak sangka, sekejap saja dah sepuluh tahun saya berkhidmat dengan Jabatan Imigresen Malaysia. Dah boleh mohon kenaikan pangkat. Hehe...

Ini adalah kerjaya saya yang satu-satunya. Saya tidak pernah bekerja dalam bidang lain. Alhamdulillah, banyak dugaan yang saya harungi untuk sampai ke hari ini. Dan ini juga mungkin titik permulaan untuk saya mengorak langkah seterusnya, untuk merealisasikan impian saya yang saya niatkan sepuluh tahun dulu.

Untuk 'pencen' dan meneruskan cita-cita sebenar saya.

Terus-terang, saya tak pernah berhasrat untuk kekal dengan kerjaya ini sehingga bersara. Ia hanyalah tempat persinggahan sementara saya mencari apa yang saya mahukan sebenarnya. Dan InshaaAllah, saya semakin hampir ke arah itu.




Walaubagaimanapun, sepanjang 10 tahun ni, banyak pahit manisnya. Terutama di tahun-tahun awal saya memulakan kerjaya ini.

Bagai tidak percaya, anak manja En. Aziz ini berjaya menamatkan Kursus Induksi selama tiga bulan dengan jayanya. Saya terbang ke Tedungan, Sarawak sebaik habis Kursus Induksi yang terletak hampir di hujung peta Sarawak bersempadan dengan negara Brunei Darussalam.

Setahun setengah bermastautin di bumi Sarawak, terlalu banyak kenangan. Haii, rasa nak nangis la pulak ingat kat kawan-kawan seperjuangan.

Menumpang rumah senior, main bola jaring, makan kat hotel bila ada function, bekalan air yang diangkut dengan lori, sesat di Brunei, beli-belah gelang kristal di Labuan, jalan-jalan di Miri, kena 'usik', barbeku umah boss, karaoke ramai-ramai kat kuarters... Hai, kalau dah masuk mood "terkenang kesah dolu-dolu" banyak je memori indah untuk dikenang. Rindunye...

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan di bumi Sarawak dulu,

Abang Zalee, Kak Eda, Kak Ida, Kak Ina, Norul, Fiza, Nora, Shamini, Nik, Abang Fendi, Awang dan Hod,

Kenangan bersama tak mungkin dilupa. Walau sekarang kita jauh, bertebaran seluruh negara dan terputus hubungan saya tetap mendoakan semoga kalian semua di beri kesihatan yang baik, dapat terus berkhidmat dengan dedikasi, berjaya di dunia dan akhirat serta dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa. Keep up the good works mates!









3 ulasan:

  1. Salam. Imigresen ke? tak sangka.. jumpa rakan sejabatan di blog... salam perkenalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Lenny..laa, tak sangka ye..salam perkenalan..kalau datang kedah, roger-roger lah..terima kasih sudi singgah sini. Nanti kita visit blog awak pulak ye..

      Padam
    2. Hai Lenny..laa, tak sangka ye..salam perkenalan..kalau datang kedah, roger-roger lah..terima kasih sudi singgah sini. Nanti kita visit blog awak pulak ye..

      Padam