Memaparkan catatan dengan label Kelas Online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelas Online. Papar semua catatan

Sabtu, 22 November 2014

Working At Home Moms

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Pernah dengar tentang Working at Home Moms atau ringkasannya WAHM?

Sejujurnya saya juga baru tahu mengenainya. Lebih kurang setahun yang lepas. Sebelum ni tak pernah dengar pun. Selepas membaca beberapa cerita dan pengalaman WAHM ni, terbit rasa kagum dan seronok sehingga saya turut menyimpan cita-cita untuk bergelar WAHM.

Yalah, mana tak seronok. Boleh jadi bos untuk diri sendiri, tak payah nak bersesak dengan "trafic jam" pergi balik kerja,  boleh selesai semua kerja rumah, boleh jaga dan didik anak sendiri (jimat tu, tak payah hantar pada pengasuh atau taska), tak payah mendengar arahan pihak atasan yang kadangkala tak masuk akal dan tak adil (sorry for being skeptical) dan macam-macam lagi.

Dulu-dulu, mak-mak kita hanya suri rumah biasa. Tapi kini, walaupun hanya berada di rumah, kita mampu menjadi suri rumah luar biasa! Mana taknya, semua kerja-kerja di rumah buat sendiri tetapi pada masa yang sama tetap bekerja menjana ekonomi keluarga. Tak ke luar biasa namanya tu.
(psst..encik-encik adam belum tentu mampu buat semua tu, hehe)

Mustahil?
Dunia sekarang ni, hampir tiada benda yang mustahil. Tinggal nak, dengan tak nak saja. Yang penting kita mempunyai kehendak yang kuat, disiplin diri yang tinggi dan semangat yang jitu. InshaaAllah, kita mampu buat semua tu.

Tak pandai?
Boleh belajar. Ramai je yang sudi mengajar. Yang penting, diri kita sendiri. Jangan malu, jangan segan. Nak berjaya, kena usaha. Kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha yang jitu. Dah buat sungguh-sungguh, doa dan tawakal jangan pula lupa. Kerana hanya dengan bantuan dari Dia, baru kita mampu menghadapi semua dugaan dan rintangan.

Be a happy WAHM. 

Dah sedia nak jadi WAHM? Jom belajar jana pendapatan hanya dari rumah di sini.
Boleh juga baca naskah ini sebagai persediaan bergelar WAHM.




Ahad, 28 September 2014

Bagaimana Blog Boleh Membantu Bisnes Anda

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Zaman "Information Technology" (IT) sekarang ni, semuanya nak mudah. Semuanya hanya di hujung jari, di atas kerusi, di atas katil, di dalam kereta atau di mana saja anda berada. Hanya dengan beberapa geseran jari di skrin sesentuh, anda boleh membeli beg tangan idaman, biskut, coklat, pakaian malah 'frozen foods' pun boleh. Begitu juga untuk menimba ilmu. Sekarang ni, anda boleh ikuti kelas bahasa, belajar menjahit, belajar lilit tudung dan macam-macam lagi tanpa perlu keluar rumah. Pendek kata, hampir semuanya boleh didapati hanya melalui internet.

Salah satu daripada sumber informasi yang sangat mudah adalah melalui BLOG. Apa yang menarik tentang blog ni? Sehinggakan ramai orang berlumba-lumba untuk menghasilkan blog sendiri? 






Blog merupakan salah satu medium informasi yang sangat berguna. Taip sahaja tajuk yang anda inginkan di enjin carian contohnya di Google dan berderet blog dan laman sesawang akan menyapu pandangan mata berkaitan dengan tajuk yang anda inginkan. Sangat mudah bukan? Inilah yang dikatakan maklumat di hujung jari.

Hampir semua orang sudahpun memiliki blog sendiri dan pelbagai topik yang dibicarakan mengikut kehendak dan kepakaran masing-masing. Pakar-pakar motivasi, usahawan, ahli politik, agamawan, selebriti serta ramai lagi memiliki blog mereka sendiri. Kenapa agaknya mereka memilih untuk menulis blog? Antara beberapa sebabnya adalah:
  1. Dapat menyalurkan maklumat atau berita dengan lebih pantas kerana hampir semua orang di seluruh dunia menggunakan internet 
  2. Sebagai tempat untuk berkongsi idea, pengalaman, kemahiran dan minat serta bertukar pandangan tanpa kekangan masa dan tempat kerana internet boleh dilayri di mana saja
  3. Informasi yang dikongsi di facebook dan twitter selalunya agak pendek dan banyak 'distraction' sebaliknya blog adalah medium peribadi di mana kita boleh menulis dengan lebih terperinci serta panjang lebar tentang apa yang ingin disampaikan
Bagaimana pula blog boleh membantu dalam bisnes anda? 

Melalui penulisan dan perkongsian anda secara terperinci di blog, pelanggan atau bakal pelanggan anda akan lebih berpuas hati dengan maklumat yang di beri dengan  syarat apa yang anda tulis memberi informasi yang secukupnya dan menepati kehendak mereka.

Cuba letakkan diri anda sebagai pengguna/pelanggan. Apa yang anda inginkan daripada sesebuah syarikat atau perkhidmatan jualan sesuatu produk? Kita pasti ingin tahu dengan lebih lanjut serta terperinci maklumat tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Di samping itu juga, kita mahu tahu mengenai harga, kelebihan produk atau perkhidmatan, keistimewaan yang diperolehi serta bagaimana ia memberi manfaat kepada kita. Dengan perkataan yang lebih mudah, kita inginkan perkhidmatan terbaik, layanan yang mesra, urusan yang cepat dan mudah.


Sekiranya anda adalah seorang usahawan, anda boleh melakukannya melalui hanya melalui blog. Antara keistimewaan mempunyai blog untuk mempromosi produk/perkhidmatan adalah melalui jaringan antara blogger yang boleh membantu menarik trafik ke blog anda dan sekaligus blog anda akan dikunjungi oleh bakal pelanggan. 

Kesimpulannya, blog merupakan satu strategi pemasaran yang sangat berkesan terutamanya untuk usahawan online.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom belajar bina blog. 


Rabu, 10 September 2014

Menuju Puncak

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Tengok tajuk entri kali ni macam pernah dengar kan? Sekarang kan demam Akademi Fantasia dah bermula. Saya minat AF ke? Ohh, tidak. Hanya sekadar mengikuti perkembangan semasa. Lagipun kalau duk rumah, TV adalah teman karib saya. Sejak duluu lagi, hehe.

Alhamdulillah, ABDR hampir mencapai targetnya. Pendaftaran baru semakin rancak berjalan. Menurut "update" terkini daripada sifu saya, Pn.Anys Idayu Zakaria ABDR menerima pendaftaran baru hampir setiap hari. Syabas saya ucapkan kepada team Pengurus Online ABDR yang sangat dedikasi. 

Seronok sebenarnya berada dalam satu jemaah yang mempunyai impian yang sama. Rata-rata ahli ABDR merupakan suri-suri (ada juga encik-encik adam) menyertai akademi ini untuk menambah pendapatan, bebas hutang dan seterusnya menjadi bos kepada diri sendiri dan juga memberi tumpuan kepada keluarga.Sekurang-kurangnya itu adalah impian saya ketika saya membuat keputusan menyertai jemaah ini. Tapi, apa yang saya tidak sangka, rupanya kami semua berkongsi impian yang sama. 

Sememangnya saya amat bersyukur kerana ditemukan dengan insan yang bernama Pn.Masayu Ahmad yang merupakan pengasas kepada akademi maya ini. Melalui ilham yang Allah SWT kurniakan kepada beliau telah banyak membantu suri-suri diluar sana menyahut cabaran seterusnya memberi jalan keluar terutama masalah berkaitan kewangan dan keluarga.

Melalui ABDR juga saya akhirnya mencapai salah satu impian saya iaitu mempunyai blog saya sendiri. Selama ini, saya hanya membaca blog orang lain. Alhamdulillah, dengan menyertai ABDR saya diajar langkah demi langkah untuk membina blog saya sendiri dan akhirnya terhasillah Diari Fiza Aziz : From Zero To Hero ini. Walaupun tak seberapa namun saya akan cuba untuk memperbaikinya dari masa ke semasa. InshaaAllah.

Kesimpulan yang dapat saya buat setelah hampir lima bulan menjadi ahli keluarga ABDR ini, saya berjaya keluar dari zon selesa dan menjadi lebih berani dan yakin untuk terus maju ke depan. Banyak manfaat yang saya dapat melalui akademi maya ini. Ilmu yang sangat-sangat berharga untuk saya, dapat kenalan baru walaupun hanya kenal melalui alam maya, sumber inspirasi, tempat mencari motivasi, cari produk (hehe) dan senarainya akan berterusan sentiasa. Akan sentiasa ada cerita baru yang dikongsikan menerusi jemaah ini. Syukur, Alhamdulillah.

Nak tahu lebih lanjut? Bolehlah klik link di bawah:

# Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh pm saya di facebook dan juga melalui email.
# Sentiasa bersyukur dengan semua nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT.

Khamis, 4 September 2014

Update Terkini

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga mengemaskini maklumat tentang Kelas Online yang ditawarkan di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Agak lama juga saya mengambil masa untuk menyiapkan beberapa pages memandangkan pihak pengurusan ABDR agak aktif dalam mengeluarkan produk-produk baru. Bagi saya yang masih 'hijau' ni agak lambat sikit nak mengejar para sifu kita ni. 

Semenjak saya menyertai keluarga ABDR empat bulan yang lalu, saya banyak belajar. Walaupun kadangkala saya nampak seperti 'lost' namun Alhamdulillah, semangat masih ada. Banyak benda yang saya belajar dan banyak perkara lagi yang saya perlu belajar. Proses pembelajaran sentiasa ada selagi kita masih bernyawa. 

Kelas-kelas Online ABDR semakin rancak berjalan. Target untuk penyertaan tahun 2014 ialah sehingga 2000 penyertaan. InshaaAllah, dengan usaha keras semua pihak baik dari pengasas, guru-guru online serta barisan pengurus online ABDR mampu untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Selain dari Kelas-kelas Online, ABDR juga ada mengeluarkan produk digital iaitu e-book. Banyak e-book pilihan yang ada dan kebanyakannya hasil air tangan pengasas ABDR iaitu Puan Masayu Ahmad. E-book keluaran ABDR merupakan panduan untuk mereka yang yang ingin memulakan bisnes sendiri, bagaimana mengatur jadual agar kerja-kerja harian lebih teratur dan beberapa lagi. Intipati e-book ABDR adalah mengenai bisnes online yang boleh dijalani dari rumah. Bagi mereka yang berhasrat untuk memulakan bisnes sendiri boleh tinjau-tinjau e-book dari ABDR ini.

Secara peribadi, pada saya mengeluarkan sedikit wang untuk mendapat ilmu adalah pelaburan yang berbaloi. tambah lagi kalau ilmu yang kita dapat tu dimanfaatkan sebaiknya. Lagilah berbaloi-baloi pelaburan kita.

Untuk anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Akademi Bekerja Di Rumah ini boleh layari:
Anda juga boleh hubungi saya untuk pertanyaan/ tempahan/ pendaftaran. Saya sedia membantu anda.


Kelas Asas Blog Dan Penulisan

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Kelas Asas Blog dan Penulisan merupakan salah satu kelas online yang di tawarkan di Akademi Bekerja di Rumah.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 780 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.



** Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan. Soalan analisa akan diberi terlebih dahulu sebelum masuk kelas untuk menentukan tajuk blog yang sesuai serta fokus utama blog . 

** Anda boleh pilih jumlah bayaran yuran seperti berikut:
  • Yuran 1- RM150.00 + 1 eBook bonus ( Belajar Asas Blog)
  • Yuran 2- RM180.00 + 3 eBook bonus ( Belajar Asas Blog, Super WAHM Super Mom dan Mula Bisnes Butik Online/Offline)
  • Yuran 3- RM200.00 + 4 eBook bonus ( Belajar Asas Blog, Super WAHM Super Mom, Mula Bisnes Butik Online/Offline, 101 Idea Home Based Bisnes)

** BOLEH HUBUNGI SAYA JIKA BERMINAT UNTUK MENYERTAI KELAS INI


Kandungan eBook bonus boleh dilayari di sini:
  1. Ebook Belajar Asas Blog
  2. Ebook 101 Idea Home Based Bisnes
  3. Ebook Super Wahm Super Mom
  4. Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
BACA LAGI DI SINI

Kelas Akaun WAHM, SAHM, SOHO, Bisnes Kecil

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Kepada usahawan-usahawan online atau offline sebenarnya kita memang perlu ada akaun untuk perniagaan kita . Tidak kira sama ada bisnes kecil atau besar . Bila ada akaun, baru kita nampak ke mana perginya duit kita. Setiap sen perlu di catat. Dan satu lagi, yang penting jangan sesekali mencampur adukkan akaun bisnes dan akaun peribadi. Barulah perniagaan kita boleh berkembang.


Alhamdulillah, dapat maklum balas positif dari peniaga online/offline yang telah mengikuti Kelas Urus Akaun Bisnes.
• Memang sangat sesuai untuk peniaga yang baru bermula, atau mahu tahu di mana silap selama ini.
• Memang sangat bagus untuk mencari punca ketirisan wang bisnes.
• Sedar betapa pentingnya untuk merekod setiap urusniaga walau satu sen pun untuk mengira keuntungan kita nanti


Kesalahan biasa pemula wahm
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod

Untuk urus kewangan juga perlu disiplin. Duit bisnes tidak boleh dicampur aduk dengan duit sendiri, walaupun 1 sen. Semua perlu dicatit dalam buku 555. Kerja remeh-temeh tapi berkesan untuk mengurus aliran kewangan bisnes dan juga personal.
 


APA YANG BAKAL DIPELAJARI? 
Modul 1 & 2:
i. Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
ii. Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
iii. Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
iv. Invois, cash, bil, resit, purchase order

SIAPA YANG MENGAJAR? 
Trainer berpangalaman luas & memang dalam bidang akaun.

BAGAIMANA KELAS DIJALANKAN
Kelas dijalankan secara online dan peserta perlu online ketika kelas sedang berlangsung. Untuk modul 1 &2, hanya 3 jam dari masa anda diperlukan. 

YURAN KELAS
RM 150

BAGAIMANA NAK MENYERTAI KELAS INI?
Anda boleh mendaftar di sini

Sekiranya anda ada pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut bole hubungi saya melalui sms/whatapps/pm

Kelas ini percuma bagi mereka yang sudahpun menjadi rakan niaga/pengurus online ABDR!!

* Kelas ini juga boleh diikuti secara offline. Kursus selama sehari dan anda akan diberi sijil penyertaan. 

* Kelas akaun ini juga diadakan secara "group coaching" di mana kelas diadakan secara offline dengan bilangan peserta yang lebih kecil.

Maklumat lanjut tentang kelas urus akaun secara offline boleh hubungi saya ye..Saya juga akan update maklumat mengenai kelas terkini yang akan diadakan dari masa ke semasa samada di sini atau di fb .InshaAllah banyak manfaat yang boleh kita dapat melalui kelas ini.

Rabu, 20 Ogos 2014

Kenapa saya menulis blog

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Kenapa saya menulis blog? Emm, panjang ceritanya. Hehe. Semasa mula-mula blog diperkenalkan, saya sendiri tidak tahu apa itu blog. Pertama kali saya dengar tentang blog ketika sedang mendengar radio. Penyampai- penyampai radio sibuk mempromosi supaya para pendengar mengunjungi blog mereka. Saya terfikir, apa yang menariknya tentang blog ni? Tapi persoalan itu hanya tergantung di situ untuk sekian lama dan saya pun terus lupa tentangnya untuk beberapa ketika.

Masa berlalu, zaman berubah, dulu single sekarang " i'm a proud mother of two". Semasa mengandungkan anak kedua, saya ingin mencari info tentang penyusuan susu ibu. Jadi sambil-sambil kerja, saya google tentang breastfeeding ni. Akhirnya saya terjumpa satu blog yang menceritakan tentang bagaimana beliau menyusukan bayinya secara eksklusif ( maksudnya tak bercampur dengan susu formula langsung) walaupun beliau seorang wanita berkerjaya. Banyak maklumat yang boleh saya dapat dari blog beliau.

Saya mula membuat "blog walking" dari satu blog ke satu blog. Dari hanya mencari info saya akhirnya menjadi pembaca setia kepada beberapa blog dan mengikuti setiap perkembangan mereka. Tapi saya hanya menjadi "silent reader" sahaja. Seronok sebenarnya membaca kisah-kisah yang dikongsi. Ada yang lucu, sedih, haru-biru, huru-hara, dan banyak lagi.

Ada satu blog yang saya baca menceritakan tentang anak beliau yang "istimewa" sejak dari lahir. Beliau bersalin di luar negara kerana mengikut suaminya yang menyambung pelajaran pada ketika itu. Semuanya beliau kongsikan dalam blog beliau. Betapa tabahnya beliau dan suami menerima perkhabaran buruk tentang anakandanya yang doktor andaikan hanya mampu bertahan tak sampai setahun. Tapi, Alhamdulillah saya mengikuti perkembangan adik Mawaddah sehingga berumur tiga tahun. Tapi sudah lama saya tak mengikuti perkembangannya. Mungkin ibunya sibuk kerana balik ke Malaysia, dia sudah mula bekerja kembali. Apa yang terkesan di hati saya, kekuatan dan ketabahan hati seorang ibu telah menyuntik semangat saya untuk kuat menghadapi ujian Allah. Saya juga mempunyai anak yang mengidap Epilepsy. Dari cerita beliau tentang Mawaddah, sangat terkesan dihati saya. Sesungguhnya anak-anak yang istimewa adalah anugerah yang paling berharga untuk kita kerana mereka adalah ahli syurga. Maaf, saya masih belum bersedia untuk berkongsi tentang anakanda saya, Iman. Saya tak sekuat ibu Mawaddah. Banjir laptop saya nanti.

Dari situ timbul keiginan untuk menulis blog sendiri. Kononnya nak juga berkongsi kisah saya. Selain itu, saya juga berangan nak tulis novel. Hehe.  Tapi, masalahnya saya tak tahu macam mana nak bina sebuah blog. Puas saya bertanya pada beberapa orang yang rapat dengan saya termasuklah adik saya sendiri tapi jawapannya memang mengecewakan. Akhirnya, hasrat nak jadi penulis blog terkubur untuk beberapa lama. Sehinggalah...

#kita sambung lagi di entri lain ye
#kan dah cakap cerita ni panjang, hehe

Sabtu, 12 Julai 2014

Kelas Online ABDR I

Assalamualaikum wbt.

Adakah anda berminat untuk mempunyai blog anda sendiri? Di Akademi Bekerja Di Rumah, kami menawarkan kelas-kelas online yang anda boleh ikuti dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.


Kelas- kelas Yang Ditawarkan ABDR
  1. Kelas Asas Blog Dan Penulisan
  2. Kelas Asas Blog Fanpage Mula Bisnes
  3. Kelas penulisan kreatif
  4. Kelas penulisan ebook pertama
  5. Kelas Akaun WAHM SAHM SOHO Bisnes Kecil
  6. Kelas asas wordpress
  7. Kelas beriklan mudah.my
  8. Tempahan blog bisnes - 5 hingga 7 hari siap
  9. beriklan di sohodirectory dengan pautan hampir 800 blog

Matlamat utama
  1. Memberi pencerahan dan ruang kepada suri rumah yang baru mengenal dunia online terutama tentang blog, fan page dan sebagainya.
  2. Kelas Asas Blog dan Fan page, khusus kepada mereka yang 'zero knowledge' tentang urusniaga online. Sebagai permulaan awal, membina Kedai online dan latihan urusniaga. Selepas boleh berdikari dengan belajar dengan pakar-pakar pemasaran yang lain yang lebih meluas dan membina rangkaian bisnes sendiri. ABDR adalah sebagai trek pemula, sebagai langkah awal bagi mereka yang benar-benar zero tentang bisnes dan urusniaga online.
  3. Kelas Asas Blog dan Penulisan pula untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian Google.

Bagaimana Kelas ini dijalankan
  1. Tutorial dijalankan sepenuhnya secara online. Oleh itu, kelengkapan yang perlu ada ialah komputer/ laptop/ tablet/ smartphone dan talian internet.
  2. Komunikasi adalah secara one to one ( personal coaching) dengan guru online. Sebarang pertanyaan dan rujukan boleh diajukan melalui pm di Facebook atau melalui group kelas.
  3. Jadual adalah fleksibel - ikut kelapangan masa masing-masing.
  4. Nota dan tutorial bergambar disediakan.
  5. Bonus 4  eBook rujukan.
Kelas ini dimana?
  • Kelas dijalankan hanya secara online. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.
Saya bekerja, tak ada masa
  • Kelas ini dijalankan secara fleksibel iaitu mengikut masa setiap protege itu sendiri.
  • 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.
Saya tak ada produk sendiri
  • Produk disediakan oleh pihak akademi. Boleh join Rakan Niaga Akademi.
  • Jika sudah mempunyai produk sendiri, anda boleh belajar untuk menaikkan jualan.
Bila boleh pandai?
  • Bergantung kepada berapa anda boleh siapkan tugasan yang diberi. Ada pelajar yang boleh siapkan tugasan dalam masa hanya 10 hari, 3 minggu, sebulan malah ada lebih lagi. Semuanya bergantung kepada usaha setiap pelajar itu sendiri. Lebih cepat tugasan disiapkan, lebih cepat boleh menjana pendapatan daripada blog, Facebook dan fan page.
Apa lagi manfaat dari ABDR?
  • Jaringan dan perhubungan dengan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah dan suri berkerjaya.
  • Boleh berkenalan dan bertukar pandangan
  • Mempunyai kumpulan sokongan untuk mendapat semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya.
  • Juga pertukaran jaringan antara blog boleh menarik aliran trafik ke blog kita.
Siapa yang boleh menyertai kelas ini
  • Surirumah
  • Suri berkerjaya yang ingin mencari pendapatan sampingan
  • Juga terbuka kepada kaum Adam













# Anda boleh pilih mana-mana kelas yang sesuai untuk anda
# Untuk sebarang pertanyaan boleh email kepada saya atau pm saya di fb (semua maklumat ada di petak sebelah kanan page)









Isnin, 7 Julai 2014

Motivasi Pagi

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt. Salam 9 Ramadhan.




Setiap orang menginginkan kejayaan. Tiada siapa yang mahu hidup susah dan miskin. Namun setiap orang sudah ditentukan nasib hidup mereka. Tapi adakah kita tidak boleh mengubah nasib hidup kita? Sudah tentu boleh. Tapi ada syaratnya. Apa syaratnya? Mestilah kena berusaha keras, rajin, berdisiplin dan tidak mudah berputus asa. Disamping terus-terusan berdoa kepada Ya Razzaq, Maha Pemberi Rezeki. Hanya pada Dialah tempat kita bergantung dan berserah kerana hanya Dialah sebaik-baik penolong.

Selamat pagi semua. Semoga hari ini membawa kejayaan dan kebahagian untuk kita semua. 
#entri semangat untuk diri sendiri

.......................................................................................................................................
Bagi yang sedang menghadapi masalah seperti ini
*Mahu berniaga modal yang ada sedikit sahaja.
*Mahu berbisnes online tapi seolah gelap gelita jalannya.
*Tak tahu pilih produk sesuai untuk dropship
AKADEMI BEKERJA DI RUMAH, telah buka peluang untuk kalian sertai mana-mana kelas bisnes berikut untuk mula bisnes 
1. Pengurus online akademi (kelas online/ bengkel, ebook)
2. Borong runcit telekung solat
3. Bisnes makanan sunnah
4. Bisnes projek duit raya
>>Hanya yuran SEKALI SAHAJA dilaburkan.
>>Produk sedia ada.
>>Kami tunjukkan cara buat blog mesra carian google.
>>Kami masukkan dalam satu group untuk berkongsi tips bersama.
PALING PENTING :
Apa syarat yang perlu ada:
>> Laptop/komputer / tab / gadget phone
>> Talian internet
SYARAT UTAMA:
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN & KESUNGGUHAN
Bagi yang sedang mencari peluang, kami sediakan bantu kalian untuk bermula.
pm saya untuk mendaftar




Ahad, 6 Julai 2014

Doa Dhuha

Teks: Norafiza Abdul Aziz

" Ya Allah, sesungguhnya
   Waktu Dhuha, waktu Dhuha-Mu,
   Cahayanya, cahaya-Mu,
   Keindahannya, keindahan-Mu,
   Kekuatannya, kekuatan-Mu,
   Ya Allah, sekiranya rezekiku ada dilangit,
   Kau turunkanlah,
   Jika ada di bumi, Kau keluarkanlah,
   Jika jauh, Kau dekatkanlah,
   dan jika ada hampir maka Kau permudahkanlah
   dengan kebenaran Dhuha-Mu,
   Cahaya-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan-Mu dan Kesucian-Mu,
   Berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
   Ya Allah, cucuri rahmat ke atas penghulu kami
   Nabi Muhammad SAW dan  atas keluarga
   serta para sahabat baginda kesejahteraan,
   dan segala puji bagi Allah seru sekalian alam.

Saya tertarik untuk berkongsi doa ini kerana ia berkaitan dengan rezeki. Sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Kita disuruh untuk berusaha mencari rezeki yang halal dan berkat untuk keluarga kita. Sekiranya memang sudah ditakdirkan bahawa rezeki itu memang untuk kita maka bersyukurlah. namun sekiranya tidak, bersabar dan terus berusaha. 

Rezeki yang kita dapat tidak semestinya berupa wang ringgit semata-mata. Ramai yang keliru apabila mengaitkan rezeki itu hanya dalam bentuk material semata-mata. Kesihatan, kebahagian, ketenangan hati dan fikiran juga adalah rezeki. Keluarga yang bahagia, sahabat-sahabat setia juga adalah rezeki daripada Allah untuk kita. 

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama bersyukur dengan semua nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semalam, hari ini dan seterusnya. Semoga kita semua terus mendapat kasih sayang dan rahmat dari Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

#semoga Allah terus membuka pintu rezekiNya untukku, keluargaku dan para pembaca blog ini. Amin.
# pendaftaran untuk kelas-kelas online berikut masih dibuka:
   1. makanan sunnah dan borong telekung
   2. makanan sunnah dan projek raya
   3. makanan sunnah dan produk islami    

Khamis, 3 Julai 2014

Motivasi Pagi

Teks: Norafiza Abdul Aziz




Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah,masih dipanjangkan umur untuk sehari lagi. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Semoga perjalanan ke penghujung hari ini dipermudahkan oleh-Nya.

Ya Allah, terima kasih kerana masih memberi peluang untuk menghirup udaraMu lagi pada hari ini,
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku pada hari ini,
Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang lebih baik pada hari ini,
Ya Allah, berilah kekuatan dan kesabaran untukku menghadapi segala ujian dan cabaran,
Ya Allah, berilah keberanian untukku memohon maaf dan memberi maaf,
Ya Allah bukalah pintu rezekimu untukku dan seluruh umat Islam,
Ya Allah, jadikan aku, keluargaku serta sahabat-sahabatku orang-orang yang beriman dan bertakwa,
Ya Allah,berkatilah usaha kami pada hari ini dan hari hari seterusnya.

* maaf,entri macam tak sesuai dengan gambar. Tapi saya suka dengan kata-kata sebelah gambar tu. 

* Ingin mempunyai blog sendiri? 
Serta jemaah kami di Akademi Bekerja di Rumah. Selain dapat belajar bina Blog, anda juga berpeluang untuk menjana pendapatan dari rumah sebagai agen dropship ABDR.
Maklumat lanjut boleh dilihat di 




Selasa, 24 Jun 2014

#4 Akademi Bekerja Dari Rumah

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

" Tensionnya kerja"
" Apa yang aku buat kat sini? Dah macam tahanan dah, asyik terkurung dalam blok ni . Buang masa betul."
" Kesian Abe Long dan Adik, asyik kena tinggal je."

Setelah saya mendapat surat arahan pertukaran, melapor diri dan akhirnya menjalankan tugasan baru di Depot Tahanan Imigresen Terengganu dua tahun lepas, kata-kata di atas selalu bermain di minda saya. Hidup saya penuh dengan aura negatif sehingga saya menganggap saya manusia paling malang. 

Pergi kerja,balik kerja,cukup bulan dapat gaji,bayar hutang. Rutin yang sama, seolah-olah hidup hanya untuk itu. Tiada semangat,tiada motivasi. Ditambah dengan masalah peribadi lebih memburukkan keadaan.

Namun,takdir Allah lebih besar dan hebat. Perancangan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui memang tiada cacat celanya. Dia menjadikan saya seorang pemikir. Dia tidak pernah membiarkan hambaNya yang satu ini terus terbelenggu dalam kesempitan. Betullah, Dia tidak memberi apa yang kita mahu, Dia beri apa yang kita perlu.

Akhirnya,dengan kekuatan yang diberi olehNya, saya mengambil keputusan drastik untuk mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan bermula Ramadhan tahun lepas. Keputusan ini saya ambil kerana saya benar-benar tidak punya kekuatan lagi untuk meneruskan tugas saya. 'I need a break.' Dan saya bersyukur saya mengambil keputusan itu.

Kenapa saya ambil keputusan itu?
Satu: Saya ingin mengambil kesempatan sempena keberkatan bulan Ramadhan untuk beribadat dan menenangkan diri.
Dua: Saya perlu berfikir dalam keadaan yang aman dan tidak berserabut untuk mendapat keputusan terbaik.
Tiga: Ingin meluangkan waktu bersama anak-anak
Empat: Saya perlu memikirkan strategi baru bagaimana saya boleh hidup bebas hutang, menjaga sendiri anak-anak dan hidup tanpa tekanan.
Lima: l just need a break!

Saya tahu ada orang yang dapat menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Saya juga ingin mencuba tapi tidak tahu bagaimana dan dimana boleh bermula.

Dengan masa yang ada, saya mencari sebanyak mungkin maklumat tentang bagaimana saya boleh buat duit dengan hanya berada di rumah. Sehinggalah saya terjumpa blog Pn Masayu Ahmad. Semasa sedang membaca blog beliau, saya terpandang logo Akademi Bekerja Di Rumah ( logo lama yang berbentuk rumah). Saya tertanya-tanya, apa maksud Akademi Bekerja Di Rumah ni? Dengan perasaan ingin tahu yang kuat, saya terus klik di logo berkenaan dan akhirnya berjumpa dengan jawapannya.

Akademi Bekerja Di Rumah diasaskan oleh Pn Masayu Ahmad. Akademi ini menawarkan kelas-kelas online untuk suri-suri yang ingin belajar membina blog dan juga diajar bagaimana untuk menjana pendapatan secara online. Semua bentuk komunikasi adalah secara atas talian dan mengikut masa sendiri. Memang menarik sekali pakej yang ditawarkan di akademi ini. Antara kelas-kelas yang terdapat di akademi ini pada ketika itu ialah:
1. Kelas Asas Blog dan Penulisan
2. Kelas Asas Blog dan Fanpage
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas Penulisan Kreatif

Pada masa itu hanya beberapa kelas online dengan 2 atau 3 orang guru online sahaja yang ada. Namun kerana permintaan yang semakin banyak setiap hari, kini akademi ini sedang menuju ke 1000 penyertaan dengan 11 orang guru online siap sedia bertugas dan 40 orang pengurus online. Maklumat lanjut mengenai pakej kelas yang ditawarkan di Akademi Bekerja Di Rumah boleh baca disini atau boleh juga klik pada logo akademi disebelah kanan blog ini.

Bagaimana saya akhirnya menyertai akademi ini? Saya akan ceritakan pada entri akan datang. Jadi, nantikan sambungan kisah saya ye.





Jumaat, 6 Jun 2014

Akhirnya...

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, bertemu lagi dengan hari Jumaat, penghulu segala hari.

Banyak yang mahu saya syukuri hari ini. Syukur diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan. Syukur ada rezeki untuk bersarapan pagi ini. Syukur dipanjangkan umur untuk terus muhasabah diri. Syukur di beri peringatan untuk sentiasa cuba memperbaiki kekurangan diri. Kalau nak disenaraikan lagi, memang banyak sangat. Syukur Alhamdulillah di atas segala rahmat Mu Ya Razzaq.

Akhirnya, saya berjaya mengorak satu lagi langkah. Semalam, saya sudah mula mempromosikan produk di bawah Akademi. Walaupun berdikit-dikit,namun yang penting usaha sudah dimulakan. Doakan saya ye! Buat masa sekarang masih belum ada pelanggan tapi dah ramai yang 'like'. Itu pun dah buat saya cukup gembira. Syukur, Alhamdulillah.

Inilah hasil apabila tidak lokek menuntut ilmu. Jom join kelas online mula bisnes. Macam-macam ada. Pendek kata tak rugi masuk kelas dan berguru ni. Kalau sesat ada boleh bantu tunjukkan jalan.

Kalau berminat boleh hubungi saya seperti yang tertera di page sebelah kanan ni  ye.*senyum*