Ahad, 6 Julai 2014

Doa Dhuha

Teks: Norafiza Abdul Aziz

" Ya Allah, sesungguhnya
   Waktu Dhuha, waktu Dhuha-Mu,
   Cahayanya, cahaya-Mu,
   Keindahannya, keindahan-Mu,
   Kekuatannya, kekuatan-Mu,
   Ya Allah, sekiranya rezekiku ada dilangit,
   Kau turunkanlah,
   Jika ada di bumi, Kau keluarkanlah,
   Jika jauh, Kau dekatkanlah,
   dan jika ada hampir maka Kau permudahkanlah
   dengan kebenaran Dhuha-Mu,
   Cahaya-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan-Mu dan Kesucian-Mu,
   Berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
   Ya Allah, cucuri rahmat ke atas penghulu kami
   Nabi Muhammad SAW dan  atas keluarga
   serta para sahabat baginda kesejahteraan,
   dan segala puji bagi Allah seru sekalian alam.

Saya tertarik untuk berkongsi doa ini kerana ia berkaitan dengan rezeki. Sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Kita disuruh untuk berusaha mencari rezeki yang halal dan berkat untuk keluarga kita. Sekiranya memang sudah ditakdirkan bahawa rezeki itu memang untuk kita maka bersyukurlah. namun sekiranya tidak, bersabar dan terus berusaha. 

Rezeki yang kita dapat tidak semestinya berupa wang ringgit semata-mata. Ramai yang keliru apabila mengaitkan rezeki itu hanya dalam bentuk material semata-mata. Kesihatan, kebahagian, ketenangan hati dan fikiran juga adalah rezeki. Keluarga yang bahagia, sahabat-sahabat setia juga adalah rezeki daripada Allah untuk kita. 

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama bersyukur dengan semua nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semalam, hari ini dan seterusnya. Semoga kita semua terus mendapat kasih sayang dan rahmat dari Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

#semoga Allah terus membuka pintu rezekiNya untukku, keluargaku dan para pembaca blog ini. Amin.
# pendaftaran untuk kelas-kelas online berikut masih dibuka:
   1. makanan sunnah dan borong telekung
   2. makanan sunnah dan projek raya
   3. makanan sunnah dan produk islami    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan