Khamis, 12 Januari 2017

Wordless Thursday

Sejak awal tahun hari tu, saya rasa cam jadi penyedih. Semua isu pun jadi sensitif.

Mengulang baca novel Tunas by Hlovate. Kisah pasal budak- budak sekolah duk asrama je pun, tapi hati tiba-tiba jadi sedih. Mungkin teringat masa zaman tengah belajar dulu. Rindu kawan- kawan dan zaman riang ria tanpa perlu fikirkan sangat masalah negara.

Waktu tu hanya fikir, nak sambung study kat mana, nak ambil course apa. Itu je main topic yang selalu jadi perbualan. Memang skema habisan la waktu sekolah dulu.

Bila terkenang waktu itu, memang akan jadi rindu kan. Kawan-kawan pun semua dah lost contact. Tapi, saya pasti, they all happy dengan kerjaya dan keluarga masing- masing.

Saya doakan mereka sentiasa di bawah rahmat Allah. Dan berterima kasih diatas semua kenangan lalu. Priceless!!

Saat dan ketika ini, saya masih struggling. Trying hard to make my life as I dreamed it. Not an easy thing.

Walau sehebat dan segah manapun perancangan saya, rencana Allah lebih hebat. He knows best. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk saya.

Saya mohon agar sentiasa di beri hidayah, kesabaran dan kekuatan untuk menjalani perjalanan penuh liku ini.

Semoga aku layak untuk syurgaMu.
Amin Ya rabbal Alamin.

**Malam tadi dengar ucapan penghargaan Barack Obama pada isteri dia Michelle pun mata boleh berkaca. Haila..parah!!

By Yours Truly,
   🌹F.A




Rabu, 11 Januari 2017

Bisnes oh bisnes

I'm sooo not into bisnes.

Pada mulanya, bila dengar je pasal berniaga online, first impression, memang la akan kata, kacang je ni..

Tambah bila dengar dan baca macam-macam cerita tentang kejayaan demi kejayaan serta kekayaan orang yang berniaga online ni. Memang superb lah.

Tapi...bila cuba buat sendiri..haa amik kau!!

Ia tidaklah semudah yang disangkakan. Seriously. Yelah, dah buat secara membuta tuli. Ilmu pun tak ada, mentor lagi la kan. Kalau ada customer pun, tu memang kira "luck" la. Bukan perkara yang boleh nak dibanggakan sangat. Cuma boleh dianggap sebagai pengalaman dan sesi pembelajaran. Hati pun tak sado mana. Kejap- kejap give up. Pastu, termenung panjang. Stress sorang- sorang. Nangis bucu katil. Huhu..

Itulah sepak terajang dalam dunia bisnes. Ilmu, mentor dan disiplin perlu ada. Hati pun kena kental. Tak boleh cepat sangat nak putus asa. Dan paling penting, jangan lupa pada yang memberi rezeki pada kita.

Tak tahu, kena belajar. Dah tahu, kena apply, bukan peram. Hihi..Ni #notetoself.

Saya ni jenis yang determined juga sebenarnya. When I really want something, I will make sure that I will have it.

Mungkin sebab tu juga, saya tak berkira sangat nak invest untuk ilmu, untuk belajar. Study is really my thing. I loves to learn new things sampai kadangkala overloaded. Huhu..

Saya mula dengan belajar bina blog. Belajar secara online dengan fb sebagai medium pembelajaran. Saya bina blog untuk tujuan bisnes. Tapi bisnes boleh dikatakan kurang berjaya. Salah sendiri. Sebabnya? Seperti yang dinyatakan di atas.

Walaupun bisnes kurang berjaya, Alhamdulillah blog ni masih hidup sampai sekarang walaupun kerap ditinggalkan sepi oleh tuannya yang sering mengalami mood swing. Haha.

Saya masih tidak berhenti mencari. Apa sebenarnya minat atau passion saya. Minat yang saya boleh turn into something yang mempu memberi pulangan pada saya. Be it satisfaction or material or money. Eheh..

Masih lagi mencari. Adalah nampak a few things. Hasil analisa ke atas diri sendiri. Hihi. Disamping bertanya pada Yang Maha Mengetahui. Kena turn to Him dulu. Tanya Dia, Ya Alim. He knows best. Definitely.

I loves to read. Gila buku. SANGATTT! Tak ada makanan, tak ada internet tak pe lagi. Tapi kalau tak de buku? Boleh sesak nafas ooo..

I juga suka sangat tengok drama dan movies. Bila kita dapat what's behind every story. Kena fikir luar kotak sikit la nak hadam moral of the story. Bukan hanya watch for fun. Learn something from it.

And, I also loves to write. Saya sedar penulisan saya masih lemah. Kadang masuk kategori "syok sendiri". Tapi tak pe, practice makes perfect! Hehe..

Papehal pun, I will keep searching, keep learning until I find something that I really good at. Kambate!!

Wish me luck will you?😉😉

By Yours Truly,
   🌹F.A


Selasa, 10 Januari 2017

It's my off day!

Assalamualaikum wbt.

Hari ni my off day. Macam ni la rutin bila bekerja shif. Dah biasa sebenarnya.

Jadual pagi memang agak kelam kabut. Hehe. Sebab yang off liat nak bangun, yang tak off day pun mulala nak mengada.

Selesai "peperangan" pagi, it's ME time. Heh! Me time la sangat. Baju selonggok nak basuh, selonggok lagi nak kena lipat. Yang tu memang tender setiap shif.

Agaknya, macam mana la keadaan nya kalau tak kerja dan hanya duduk di rumah menguruskan rumahtangga? Huhu. Off day dua hari je pun dah rasa kalut.

Tapi orang kata " alah bisa tegal biasa". Practice makes perfect. Betul tak? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kan, kan?

Lagipun sekarang tiada istilah duk rumah goyang kaki. Hampir semua dah jadi WAHM ( Working At Home Momma). It's all about bisnes now. Hehe.

Impian saya tetap ada. Tapi mungkin ada a little bit changes here and there. Biasala kan. Perubahan itu perlu ada every now and then. Biar ada improvement setiap kali melaksanakan perubahan. 

Masih lagi tengah "bedah siasat" ebook Cik Hajar. Biar ambil masa sikit asalkan apa yang kita apply tu, kita akan rasa puas hati. Betul tak? Aja aja fighting!

Kalau ada yang berminat nak dapatkan ebook Cik Hajar Abdullah ni boleh stalk wall FB beliau, Hajar Abdullah. InshaaAllah, anda akan jumpa seorang yang sangat awesome. Hehe.

By Yours Truly,
   🌹F.A


Isnin, 9 Januari 2017

Throwback

Pada waktu itu..
' Alahai..semua tudung labuh la roommates aku. Oh no..segannya'.

Hari pertama bersama. Memang aku membawa diri. Pergi menyibuk di bilik kawan. Agak lama juga begitu. Namun, tidak pernah pula sampai tak balik tidur di bilik sendiri. Bukan nak menyombong, tapi perasaan malu dan segan menghuni diri.

Sampai suatu ketika..
Aku penat. Dan diri juga perasan yang kawan juga ingin privacy sendiri. Tanpa ada tetamu tidak diundang dibilik mereka. Aku akhirnya sedar dan kembali.

Telahan aku selama ini ternyata silap. Memakai tudung labuh, bersekolah agama bukannya alasan utk mereka menjadi skema 24 jam.

Mereka sangat terbuka. Malah menyayangi aku seadanya. Dan kami memanggil diri kami Along, Angah, Achik dan Su mengikut bulan kelahiran kami sementelah kami semua sebaya. Akulah si bongsu itu.

Tidur malamku terkadang ditemani alunan ayat suci dan zikir Along. Kaset- kaset nasyid underground milik Angah dan Achik menjadi kegemaranku. Kaset Celine Dion dan koleksi English Novel aku turut diminati Angah. Dari mereka aku belajar tabah, belajar mengenal Tuhan, belajar erti hidup. Aku belajar tentang usrah dan ukhuwah. Mereka sangat rapat dan tidak pernah memandangku sinis walau aku bukan dari "golongan" mereka. Malah berkawan denganku tanpa pernah memandang rendah padaku.

Kini..
Setelah kami terpisah untuk mengejar cita dan impian, akhirnya hubungan juga seakan terputus. Aku faham mereka sibuk. Kerana aku juga begitu. Namun, tatkala memori itu menyapa, aku jadi rindu. Aku rindukan saat itu. Saat mereka ada disampingku.

Aku doakan mereka bahagia. Walau dimana mereka berada. Semoga mereka juga rindu padaku. Dan semoga takdir mempertemukan kami kembali.

* Gara-gara baca novel Tunas by Hlovate la ni, terus teringat cerita sendiri. Huhu..Rindu pulak saat dan ketika itu. Mata masuk habuk..

#throwbackKC0001

By Yours Truly,
    🌹F.A


New Day, New Hope

Assalamualaikum wbt.
Salam Isnin.

Alhamdulillah, pagi ni matahari memancar terang.

Saya dalam di lema sebenarnya, adakah saya betul nak menceburkan diri dalam bisnes. Kalau dulu, yes, sebab saya nak masa untuk diri sendiri menguruskan anak- anak.

Namun kini, saya rasa macam berbelah bagi. Betul ke aku ni nak berbisnes. Mampu ke aku nak bahagikan masa. Bila dah rasa macam ni, memang semua jadi celaru. Kejap on, kejap off.

Ini masalah dengan diri sendiri sebenarnya. Lemah dalam pengurusan emosi. Mudah sangat give up.

Oleh itu, saya ambil keputusan untuk take it easy. Ambil sedikit masa untuk susun balik apa yang patut saya lakukan.

Dan saya pilih untuk ikut tips serta cara daripada Cik Hajar Abdullah( #penuliscilik) dan Cik Insyirah Azhar (penulis buku Bertanya Allah Dahulu).

Gaya mereka santai tapi berkesan. Nak buat apa- apa, turn to Allah first. Ask Allah. And He will guide you to the right path. InshaaAllah.

Doa saya agar saya bertemu dengan apa yang saya cari. Agar saya mampu menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang berjaya di dunia dan layak untuk ke Jannatul Firdausi. Amin Ya Mujib.

By Yours Truly,
   🌹F.A


Ahad, 8 Januari 2017

Let's get started!!

Hari ni masih lagi hujan. Dari semalam memang on off. Sedikit sebanyak buat diri rasa lemau. Yelah, dah hujan, sejuk. Kalau sambung tidur memang nikmat lah. Huhu..
Tapi, jangan haraplah. Kerja oii..

Minggu lepas, download free ebook dari Cik Hajar Abdullah. First ebook dari Cik Hajar yang I miliki. Tajuk dia " 6 Langkah Bagaimana Newbie Bisnes Bermula".

Well, looks like I have to start from scratch back. Sebab mood yang sentiasa on off. Nak istiqomah bukan senang kalau hati tak sado. So, tahun ni, I decided nak belajar banyak ilmu baru + praktik terus. Belajar teori je tak guna beb. Sebab simpan sensorang. No good, no good.😁

Okayyy..
Let's get started.
Hujan tak hujan, lemau tak lemau.

Kita kupas satu persatu nanti ye.

By yours truly,
     🌹F. A


Isnin, 21 November 2016

Ulasan Buku: Kanvas by Muharikah

Buku Kanvas tulisan Muharikah dah lama ada dalam wishlist. Dari awal tahun lagi.

Alhamdulillah, akhirnya pada tanggal 17 November 2016, Kanvas berada dalam genggaman saya. Yeay!!😻😻

Kanvas bukanlah novel. Ia adalah "himpunan 100 kata dan cerita inspirasi" dari penulisnya Dr. Muharikah.

For those who feel down,
For those who feel lost,
Kanvas is the right book for you.

Sepertimana saya nyatakan tadi, Kanvas bukan novel. Jadi isinya lebih " straight to the point". Boleh habis baca in no time.

Tapi nasihat saya, baca lah perlahan- lahan. Ambil masa untuk faham dan hadam isi kandungannya. Seterusnya, cuba aplikasi dalam hidup sehari- hari. InshaaAllah, ketenangan akan hadir dalam hati dan hidupmu. Ecewahh..🤓🤓

Apa yang penting?
Kerjasama!!! kata Wonderpets😂😂

Yang penting ikhlas. Ikhlas untuk belajar, menimba ilmu, berubah dan istiqomah.

Don't just open your eyes and mind, what's more important is open your 💟.

And, as usual, my choice of book, suits me well. I lurrve it. Two thumbs up👍👍.

Ai belanja bukan satu tapi dua pages kat uollss.

Hope you like it😉😉