Ahad, 15 Jun 2014

#3 Pengembaraan diteruskan..Asas Bina Blog

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Suka-duka kehidupan adalah lumrah dalam hidup setiap insan. Tidak dinafikan kita semua mempunyai masalah yang rasanya amat berat untuk kita menanggungnya. Kita juga punya impian untuk menggapai bahagia. Namun semua itu harus kita lalui jua. Tak semua insan bahagia senantiasa, tidak semua juga insan derita berpanjangan. Malah semua itu bisa memberi kita kekuatan dan juga menjadi pengalaman berharga suatu hari kelak. Roda kehidupan sentiasa berputar dalam meniti hari hari yang masih tinggal buat kita sebelum dijemput Sang Pencipta.

Begitulah saya meneruskan kehidupan. Terus-terusan mencari jalan untuk 'transform' diri menjadi lebih kuat. Langkah pertama telah saya mulakan. Setelah melanggan eBook Jana Wang Di Rumah tulisan Pn. Masayu Ahmad, saya baca dan kaji kandungannya. Ternyata ianya memberi kesan yang mendalam kepada saya. Seakan-akan pencarian saya bakal bertemu jawapan yang saya cari selama ini. Saya semakin bersemangat apabila mendapat tahu, bukan saya sahaja yang mengalami masalah terutama tentang dilema antara kerjaya dan keluarga. Sudah ramai suri yang berkerjaya mempunyai perasaan yang sama. Saya amat berterima kasih Pn. Masayu Ahmad. Kerana melalui ilham yang dikurniakan Allah kepada beliau, beliau telah memberi inspirasi kepada saya dan ramai lagi suri diluar sana melalui tulisannya. 

Melalui eBook Jana Wang Di Rumah, saya meneruskan pencarian dengan melayari blog beliau di http://naufalsayang.blogspot.com/. Dari blog beliau saya terjumpa satu lagi eBook tulisan beliau iaitu Belajar Asas Blog. Hati sudah berbunga-bunga kerana saya sudah temui sesuatu yang saya cari selama ini. Sebenarnya sudah lama saya teringin untuk mempunyai blog sendiri. Tapi tidak tahu cara. Pernah bertanya dengan En. Google, tapi setakat tajuk saja yang saya sempat buat. Ini semua gara-gara tiada motivasi dan kononnya nak jadi misteri macam penulis novel kegemaran saya Hlovate. Berangan tak sudah,he he. Jadi, tanpa membuang masa saya terus membeli eBook Belajar Asas Blog tersebut. Apabila dapat sahaja email saya terus muat turun dan mula membaca. Daripada situ baru saya dapat tahu tentang kepentingan membina jenama sendiri terutama apabila kita ingin membina blog bisnes. Agak malang bagi orang yang kurang mahir tentang IT macam saya ni . Walaupun sudah diterangkan secara terperinci dalam eBook berkenaan tentang cara-cara membina blog yang berpengaruh namun saya rasa saya memerlukan lebih dari itu. Saya memerlukan seorang guru. Lalu, saya meneruskan lagi pengembaraan mencari ilmu dengan membaca kembali blog Pn.Masayu Ahmad. Dan saya terpandang satu logo yang menarik perhatian saya. 

Apakah logo itu? Adakah pencarian saya akan berakhir dengan penemuan logo berkenaan?

Saya akan sambung pada entri akan datang.
*setiap entri yang bersambung saya akan tandakan dengan simbol (#) diikuti dengan nombor, contoh #1,#2 dan seterusnya*
*dah macam siri cerita detektif Conan je :-) *
............................................................................................................
Untuk melanggan eBook, boleh email saya atau pm saya di fb/fan page




                   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan