Selasa, 30 September 2014

Semangat Pagi Selasa

Teks: Norafiza Abdul Aziz
Foto: Google




Assalamualaikum wbt. Rasanya macam dah lama tak update blog sebelah pagi. Alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan untuk mencuri masa seketika untuk mencoret sesuatu di sini.

Selalunya, waktu pagi adalah waktu kerja saya. Tak kira samada di rumah atau di tempat bertugas. Saya suka memulakan kerja waktu pagi sebab saya hanya rajin di waktu pagi sahaja. Hehe. 

Hari ni, saya bertugas shif pagi. Keadaan agak sibuk pada awalnya. Maklumlah, waktu pertukaran shif. Serah tugas, ambil alih tugas. Namun sekarang, dan lengang terus. 

Semoga saya (dan juga anda) akan terus istiqamah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita. Dan semoga semua urusan kita dipermudahkan oleh-Nya. Rabbi yassir wala tuassir. 

Kekal positif dan ceria hari ni, OK.

Ahad, 28 September 2014

Bagaimana Blog Boleh Membantu Bisnes Anda

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Zaman "Information Technology" (IT) sekarang ni, semuanya nak mudah. Semuanya hanya di hujung jari, di atas kerusi, di atas katil, di dalam kereta atau di mana saja anda berada. Hanya dengan beberapa geseran jari di skrin sesentuh, anda boleh membeli beg tangan idaman, biskut, coklat, pakaian malah 'frozen foods' pun boleh. Begitu juga untuk menimba ilmu. Sekarang ni, anda boleh ikuti kelas bahasa, belajar menjahit, belajar lilit tudung dan macam-macam lagi tanpa perlu keluar rumah. Pendek kata, hampir semuanya boleh didapati hanya melalui internet.

Salah satu daripada sumber informasi yang sangat mudah adalah melalui BLOG. Apa yang menarik tentang blog ni? Sehinggakan ramai orang berlumba-lumba untuk menghasilkan blog sendiri? 






Blog merupakan salah satu medium informasi yang sangat berguna. Taip sahaja tajuk yang anda inginkan di enjin carian contohnya di Google dan berderet blog dan laman sesawang akan menyapu pandangan mata berkaitan dengan tajuk yang anda inginkan. Sangat mudah bukan? Inilah yang dikatakan maklumat di hujung jari.

Hampir semua orang sudahpun memiliki blog sendiri dan pelbagai topik yang dibicarakan mengikut kehendak dan kepakaran masing-masing. Pakar-pakar motivasi, usahawan, ahli politik, agamawan, selebriti serta ramai lagi memiliki blog mereka sendiri. Kenapa agaknya mereka memilih untuk menulis blog? Antara beberapa sebabnya adalah:
  1. Dapat menyalurkan maklumat atau berita dengan lebih pantas kerana hampir semua orang di seluruh dunia menggunakan internet 
  2. Sebagai tempat untuk berkongsi idea, pengalaman, kemahiran dan minat serta bertukar pandangan tanpa kekangan masa dan tempat kerana internet boleh dilayri di mana saja
  3. Informasi yang dikongsi di facebook dan twitter selalunya agak pendek dan banyak 'distraction' sebaliknya blog adalah medium peribadi di mana kita boleh menulis dengan lebih terperinci serta panjang lebar tentang apa yang ingin disampaikan
Bagaimana pula blog boleh membantu dalam bisnes anda? 

Melalui penulisan dan perkongsian anda secara terperinci di blog, pelanggan atau bakal pelanggan anda akan lebih berpuas hati dengan maklumat yang di beri dengan  syarat apa yang anda tulis memberi informasi yang secukupnya dan menepati kehendak mereka.

Cuba letakkan diri anda sebagai pengguna/pelanggan. Apa yang anda inginkan daripada sesebuah syarikat atau perkhidmatan jualan sesuatu produk? Kita pasti ingin tahu dengan lebih lanjut serta terperinci maklumat tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Di samping itu juga, kita mahu tahu mengenai harga, kelebihan produk atau perkhidmatan, keistimewaan yang diperolehi serta bagaimana ia memberi manfaat kepada kita. Dengan perkataan yang lebih mudah, kita inginkan perkhidmatan terbaik, layanan yang mesra, urusan yang cepat dan mudah.


Sekiranya anda adalah seorang usahawan, anda boleh melakukannya melalui hanya melalui blog. Antara keistimewaan mempunyai blog untuk mempromosi produk/perkhidmatan adalah melalui jaringan antara blogger yang boleh membantu menarik trafik ke blog anda dan sekaligus blog anda akan dikunjungi oleh bakal pelanggan. 

Kesimpulannya, blog merupakan satu strategi pemasaran yang sangat berkesan terutamanya untuk usahawan online.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom belajar bina blog. 


Khamis, 25 September 2014

Bengkel Offline Asas Akaun

Assalamualaikum wbt.

Bengkel Offline Asas Akaun kembali lagi! 

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 11 Oktober 2014,  Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.15pg -5.15ptg
Yuran hanya RM199 seorang
Harga biasa RM220
Tempat sangat terhad. 

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi.  Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Jaminan pulangan wang

Untuk pendaftaran, boleh pm saya di inbox atau boleh hubungi melalui email. ( maklumat fb dan email ada di sebelah kanan kotak,terima kasih)

Jumaat, 19 September 2014

Aktiviti Bersama Abah

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Salam hari Jumaat. Alhamdulillah, semua urusan kenduri sudah selesai. Tinggal lagi nak mengemas barang-barang dan rumah. Saya pun dah kembali bertugas setelah seminggu lebih bercuti. 

Hari ni dah Jumaat. Esok lusa sesi persekolahan akan bermula. Adik-adik yang mengambil peperiksaan besar tahun ni mesti dah mula debaran di dada. Sedih juga dengar berita tentang soalan UPSR yang bocor baru-baru ni. Saya tak tahu apa-apa, tak nak buat spekulasi. Nanti jadi fitnah pulak. Harapnya kes ni akan selesai secepat mungkin. Bagi mereka yang terlibat, termasuk anak sepupu saya, janganlah bersedih. Pasti ada hikmah di setiap apa yang berlaku.

Bila sebut tentang cuti sekolah, saya tiba-tiba teringat masa lalu. Hehe. Dah tua ni, asyik teringat je lah kerjanya. Saya teringat tentang aktiviti yang pernah saya dan adik-beradik buat bila berada di rumah. Aktiviti kami tak tunggu cuti sekolah pun sebenarnya. Happens all the time actually. 

Apa yang kami buat? Kami banyak luangkan masa sama-sama sebenarnya. Jadi, banyak permainan yang kami main bersama. Yang lebih istimewa lagi, abah mesti ada sekali.

Semasa saya di sekolah rendah, kami tinggal di Lundang, Kota Bharu. Kampung dalam bandar. Hehe. Masa tu hidup kami cuma sederhana. Saya tak suka keluar rumah. Jadi, kawan baik saya ialah tv. Suatu hari, tv rosak. Bosannya Allah saja yang tahu. Tak tahu nak buat apa, terutama pada waktu malam. Kebetulan masa tu permainan batu seremban tengah hangat di pasaran ,hehe. Saya pun tidak ketinggalan bermain batu seremban ni. Tapi, di Kelantan, permainan batu seremban lebih dikenali dengan nama selambut. Untuk menghilangkan kebosanan ekoran tv rosak, saya mengajak Kak Long saya main selambut. Dengan tidak semena-mena abah dan mama turut serta bermain dengan kami. Mula-mula saya dan Kak Long main sekali, tapi kami tak boleh lawan kehebatan abah dan mama. Bila juara bertemu juara, kami hanya menjadi tukang sorak jelah.

Nenek saya, Mek, suka bermain congkak. Duduk sendirian dirumah, Mek mengajak kawannya bermain congkak. Papan congkak Mek sangat kreatif. Mek membuat papan congkak daripada bekas Axion yang disambung menggunakan tali. Sangat menarik. Buahnya pula daripada "biji gorek". Saya sendiri tak pasti apa nama sebenarnya. Bijinya berbentuk bulat bujur, berwarna kelabu dan saiznya lebih kecil daripada guli.. Biji tu sekarang dah pupus agaknya sebab saya tak pernah nampak kat tempat lain. Mungkin berasal dari pokok hutan kat belakang rumah Mek. Semasa bercuti beberapa hari dirumah Mek, beliau mengajar saya bermain congkak. Siap ajar 'tricks'nya sekali. Ketika ingin pulang semula ke rumah, saya meminjam papan congkak Axion Mek. Dengan semangat berkobar-kobar dan perasaan tidak sabar ingin menunjuk pada Along yang saya dah pandai main congkak dan saya tak sabar nak mengalahkan Along. Untuk pengetahuan anda, saya sentiasa kalah dengan Along. I'm always number two. Belum sempat saya nak mencabar Along, Abah dah terlebih dahulu mencabar saya. Saya dengan riaknya menerima cabaran Abah. Main punya main, rupanya Abah memang dah tahu "tricks" yang diajar Mek kepada saya. Apalagi, kalahlah saya Tak pasal-pasal pula Along tahu tentang "tricks" tu. Dan saya kalah lagi. Sedih.

Sewaktu di sekolah menengah, Along belajar bermain catur dengan kawan-kawannya. Akibat ketagihan melampau kepada permainan catur, Along meminta Abah belikan satu set catur untuknya. Agak lama juga baru Abah penuhi permintaan Along. Saya tertanya-tanya dalam hati, Along ni nak main catur dengan siapa. Dalam keluarga tak ada orang lain yang pandai main catur. Selepas balik dari membeli-belah di pasaraya (barang yang dibeli termasuklah set catur Along), Abah terus menyuruh Along menyusun buah catur diatas papan. Dalam kehairanan Along pun mula menyusun biji-biji catur mengikut susunannya. Tanpa membuang masa Abah terus membuat serangan. Rupa-rupanya, Abah pandai bermain catur. Terpinga-pinga Along seketika apabila Abah mengalahkannya dalam sekelip mata. Sejak hari itu, kami adik-beradik belajar bermain catur. Hampir setahun kami ambil masa untuk mengalahkan Abah. Itupun, empat kepala bersatu menentang Abah seorang.

Satu lagi permainan yang saya selalu main adalah permainan daun terup. Dan sifu kami adik-beradik tak lain tak bukan adalah Abah. Melalui Abah, kami belajar bermain daun terup dan bagaimana untuk memastikan kemenangan kepada kami. Hampir setiap malam kami bermain daun terup dengan sekali-sekala disertai Abah. Permainan ni lebih digemari oleh adik-adik saya. Maklumlah, budak lelaki.

Abah juga merupakan 'tok guru' saya dalam permainan karom dan badminton. Sejarah bermulanya saya dalam permainan karom ni apabila Abah menyertai kejohanan karom anjuran pejabatnya. Untuk berlatih menajamkam lagi "skill" dalam permainan karom ni, Abah membawa pulang papan karom ke rumah. Masa tu, adik-adik lelaki saya masih kecil. Jadi, saya adalah calon yang paling sesuai untuk membantu Abah dalam latihan karomnya. Maka, bermulalah sesi latihan karom saya bersama Abah dan saya bolehlah dikatakan 'anak murid' Abah yang berjaya kerana berjaya menguasai permainan itu dalam masa yang singkat,hehe. 

Akhir sekali, permainan yang paling digemari oleh kami sekeluarga (tidak termasuk Mama) ialah Saidina. Bermula dengan meminjam papan Saidina daripada jiran, kami mula ketagih bermain. Dari pagi, membawa ke petang sampai malam (kalau hari minggu atau cuti sekolah) kami asyik dengan permainan ini. Suatu hari, Abah menyertai kami untuk bermain. Dan akhirnya, Abah menang dengan semua tanah menjadi miliknya dan kami berhutang dengannya. Abah turut ketagih bermain Saidina bersama kami. Kadang-kadang kami bermain sampai pukul dua pagi! Dan sudah semestinya pemenangnya adalah Abah. Beberapa bulan kemudian, kami sudahpun membeli set Saidina kami sendiri hasil tabungan Along dan adik-adik.

Itulah antara kenangan antara saya adik-beradik bersama Abah tersayang. Kini, masing-masing dah besar, sudah ada kehidupan sendiri. Abah pun dah nak pencen. Sekarang duk melayan cucunya yang berdua tu lah. Apapun, Abah tetap HERO saya sampai bila-bila. Sayang Abah!

#abahsayasifusaya

.................................................................................................................................................     
* nak belajar tulis blog dengan aliran trafik yang tinggi dalam masa singkat? 
* pm saya di inbox atau email saya dan saya akan jawab pertanyaan anda.
* sharing is caring


Sabtu, 13 September 2014

Selamat Pengantin Baru

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Suasana pagi ni agak mendung. Musim tengkujuh sudah mula mengucapkan salam. Memang sejak akhir-akhir ini, hampir setiap hari hujan akan turun. Tapi selalunya sebelah petang. Namun hari ni pagi-pagi lagi matahari sudah menyorok. 

Cuti sekolah juga sudah bermula. Rasa-rasa apa yang sinonim dengan cuti sekolah? Hahha..Kenduri kahwin! Selalunya, saya sangat jarang menghadiri kenduri kahwin. Sebab kawan-kawan rapat saya semua duduk jauh. Tapi hari tak boleh nak elak. Sebab hari ni adalah hari pernikahan adinda saya sendiri. 

Akhirnya adik lelaki kesayangan saya akan bergelar suami orang hari ni. Rasa macam tak percaya je. Rasa macam dia masih lagi budak kecil. Dulu kami amat rapat, namun sekarang dek kerana batasan kerja dan masa, hubungan menjadi agak renggang. Tapi, bak kata pepatah, air dicincang takkan putus. 

Semoga majlis hari ni berjalan lancar. Saya doakan adinda saya berbahagia bersama pasangannya. Harapan saya mereka akan tabah menghadapi semua dugaan alam rumahtangga. This is the beginning of a new life. Hope they're strong to face the bitter sweet of a married life. Wish them happy and may Allah bless them both. I also hope he can be a great leader to guide his wife and family towards Jannah, InshaaAllah. I love u, my little brother.

Selamat Pengantin Baru.

The newlywed, Ja and Wanie

Rabu, 10 September 2014

Menuju Puncak

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Tengok tajuk entri kali ni macam pernah dengar kan? Sekarang kan demam Akademi Fantasia dah bermula. Saya minat AF ke? Ohh, tidak. Hanya sekadar mengikuti perkembangan semasa. Lagipun kalau duk rumah, TV adalah teman karib saya. Sejak duluu lagi, hehe.

Alhamdulillah, ABDR hampir mencapai targetnya. Pendaftaran baru semakin rancak berjalan. Menurut "update" terkini daripada sifu saya, Pn.Anys Idayu Zakaria ABDR menerima pendaftaran baru hampir setiap hari. Syabas saya ucapkan kepada team Pengurus Online ABDR yang sangat dedikasi. 

Seronok sebenarnya berada dalam satu jemaah yang mempunyai impian yang sama. Rata-rata ahli ABDR merupakan suri-suri (ada juga encik-encik adam) menyertai akademi ini untuk menambah pendapatan, bebas hutang dan seterusnya menjadi bos kepada diri sendiri dan juga memberi tumpuan kepada keluarga.Sekurang-kurangnya itu adalah impian saya ketika saya membuat keputusan menyertai jemaah ini. Tapi, apa yang saya tidak sangka, rupanya kami semua berkongsi impian yang sama. 

Sememangnya saya amat bersyukur kerana ditemukan dengan insan yang bernama Pn.Masayu Ahmad yang merupakan pengasas kepada akademi maya ini. Melalui ilham yang Allah SWT kurniakan kepada beliau telah banyak membantu suri-suri diluar sana menyahut cabaran seterusnya memberi jalan keluar terutama masalah berkaitan kewangan dan keluarga.

Melalui ABDR juga saya akhirnya mencapai salah satu impian saya iaitu mempunyai blog saya sendiri. Selama ini, saya hanya membaca blog orang lain. Alhamdulillah, dengan menyertai ABDR saya diajar langkah demi langkah untuk membina blog saya sendiri dan akhirnya terhasillah Diari Fiza Aziz : From Zero To Hero ini. Walaupun tak seberapa namun saya akan cuba untuk memperbaikinya dari masa ke semasa. InshaaAllah.

Kesimpulan yang dapat saya buat setelah hampir lima bulan menjadi ahli keluarga ABDR ini, saya berjaya keluar dari zon selesa dan menjadi lebih berani dan yakin untuk terus maju ke depan. Banyak manfaat yang saya dapat melalui akademi maya ini. Ilmu yang sangat-sangat berharga untuk saya, dapat kenalan baru walaupun hanya kenal melalui alam maya, sumber inspirasi, tempat mencari motivasi, cari produk (hehe) dan senarainya akan berterusan sentiasa. Akan sentiasa ada cerita baru yang dikongsikan menerusi jemaah ini. Syukur, Alhamdulillah.

Nak tahu lebih lanjut? Bolehlah klik link di bawah:

# Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh pm saya di facebook dan juga melalui email.
# Sentiasa bersyukur dengan semua nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT.

Khamis, 4 September 2014

Update Terkini

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga mengemaskini maklumat tentang Kelas Online yang ditawarkan di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Agak lama juga saya mengambil masa untuk menyiapkan beberapa pages memandangkan pihak pengurusan ABDR agak aktif dalam mengeluarkan produk-produk baru. Bagi saya yang masih 'hijau' ni agak lambat sikit nak mengejar para sifu kita ni. 

Semenjak saya menyertai keluarga ABDR empat bulan yang lalu, saya banyak belajar. Walaupun kadangkala saya nampak seperti 'lost' namun Alhamdulillah, semangat masih ada. Banyak benda yang saya belajar dan banyak perkara lagi yang saya perlu belajar. Proses pembelajaran sentiasa ada selagi kita masih bernyawa. 

Kelas-kelas Online ABDR semakin rancak berjalan. Target untuk penyertaan tahun 2014 ialah sehingga 2000 penyertaan. InshaaAllah, dengan usaha keras semua pihak baik dari pengasas, guru-guru online serta barisan pengurus online ABDR mampu untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Selain dari Kelas-kelas Online, ABDR juga ada mengeluarkan produk digital iaitu e-book. Banyak e-book pilihan yang ada dan kebanyakannya hasil air tangan pengasas ABDR iaitu Puan Masayu Ahmad. E-book keluaran ABDR merupakan panduan untuk mereka yang yang ingin memulakan bisnes sendiri, bagaimana mengatur jadual agar kerja-kerja harian lebih teratur dan beberapa lagi. Intipati e-book ABDR adalah mengenai bisnes online yang boleh dijalani dari rumah. Bagi mereka yang berhasrat untuk memulakan bisnes sendiri boleh tinjau-tinjau e-book dari ABDR ini.

Secara peribadi, pada saya mengeluarkan sedikit wang untuk mendapat ilmu adalah pelaburan yang berbaloi. tambah lagi kalau ilmu yang kita dapat tu dimanfaatkan sebaiknya. Lagilah berbaloi-baloi pelaburan kita.

Untuk anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Akademi Bekerja Di Rumah ini boleh layari:
Anda juga boleh hubungi saya untuk pertanyaan/ tempahan/ pendaftaran. Saya sedia membantu anda.


Kelas Asas Blog Dan Penulisan

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Kelas Asas Blog dan Penulisan merupakan salah satu kelas online yang di tawarkan di Akademi Bekerja di Rumah.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 780 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.



** Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan. Soalan analisa akan diberi terlebih dahulu sebelum masuk kelas untuk menentukan tajuk blog yang sesuai serta fokus utama blog . 

** Anda boleh pilih jumlah bayaran yuran seperti berikut:
  • Yuran 1- RM150.00 + 1 eBook bonus ( Belajar Asas Blog)
  • Yuran 2- RM180.00 + 3 eBook bonus ( Belajar Asas Blog, Super WAHM Super Mom dan Mula Bisnes Butik Online/Offline)
  • Yuran 3- RM200.00 + 4 eBook bonus ( Belajar Asas Blog, Super WAHM Super Mom, Mula Bisnes Butik Online/Offline, 101 Idea Home Based Bisnes)

** BOLEH HUBUNGI SAYA JIKA BERMINAT UNTUK MENYERTAI KELAS INI


Kandungan eBook bonus boleh dilayari di sini:
  1. Ebook Belajar Asas Blog
  2. Ebook 101 Idea Home Based Bisnes
  3. Ebook Super Wahm Super Mom
  4. Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
BACA LAGI DI SINI

Kelas Akaun WAHM, SAHM, SOHO, Bisnes Kecil

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Kepada usahawan-usahawan online atau offline sebenarnya kita memang perlu ada akaun untuk perniagaan kita . Tidak kira sama ada bisnes kecil atau besar . Bila ada akaun, baru kita nampak ke mana perginya duit kita. Setiap sen perlu di catat. Dan satu lagi, yang penting jangan sesekali mencampur adukkan akaun bisnes dan akaun peribadi. Barulah perniagaan kita boleh berkembang.


Alhamdulillah, dapat maklum balas positif dari peniaga online/offline yang telah mengikuti Kelas Urus Akaun Bisnes.
• Memang sangat sesuai untuk peniaga yang baru bermula, atau mahu tahu di mana silap selama ini.
• Memang sangat bagus untuk mencari punca ketirisan wang bisnes.
• Sedar betapa pentingnya untuk merekod setiap urusniaga walau satu sen pun untuk mengira keuntungan kita nanti


Kesalahan biasa pemula wahm
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod

Untuk urus kewangan juga perlu disiplin. Duit bisnes tidak boleh dicampur aduk dengan duit sendiri, walaupun 1 sen. Semua perlu dicatit dalam buku 555. Kerja remeh-temeh tapi berkesan untuk mengurus aliran kewangan bisnes dan juga personal.
 


APA YANG BAKAL DIPELAJARI? 
Modul 1 & 2:
i. Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
ii. Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
iii. Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
iv. Invois, cash, bil, resit, purchase order

SIAPA YANG MENGAJAR? 
Trainer berpangalaman luas & memang dalam bidang akaun.

BAGAIMANA KELAS DIJALANKAN
Kelas dijalankan secara online dan peserta perlu online ketika kelas sedang berlangsung. Untuk modul 1 &2, hanya 3 jam dari masa anda diperlukan. 

YURAN KELAS
RM 150

BAGAIMANA NAK MENYERTAI KELAS INI?
Anda boleh mendaftar di sini

Sekiranya anda ada pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut bole hubungi saya melalui sms/whatapps/pm

Kelas ini percuma bagi mereka yang sudahpun menjadi rakan niaga/pengurus online ABDR!!

* Kelas ini juga boleh diikuti secara offline. Kursus selama sehari dan anda akan diberi sijil penyertaan. 

* Kelas akaun ini juga diadakan secara "group coaching" di mana kelas diadakan secara offline dengan bilangan peserta yang lebih kecil.

Maklumat lanjut tentang kelas urus akaun secara offline boleh hubungi saya ye..Saya juga akan update maklumat mengenai kelas terkini yang akan diadakan dari masa ke semasa samada di sini atau di fb .InshaAllah banyak manfaat yang boleh kita dapat melalui kelas ini.

Kelas Asas Blog Fanpage Mula Bisnes

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Ramai yang berminat untuk melakukan bisnes online. Satu bentuk perniagaan yang mudah tanpa perlu keluar rumah dan menghadapi kesesakan lalu lintas. Kebanyakan orang hanya menggunakan Facebook sebagai medium utama untuk mempromosikan produk mereka. Tetapi ada lagi cara yang boleh digunakan untuk memperkenalkan dan mempromosi produk dengan lebih terperinci iaitu melalui blog dan fan page.

Akademi Bekerja di Rumah menawarkan Kelas Online Belajar Asas Blog dan Fanpage (Mula Bisnes) kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan bisnes online sendiri.

Apa yang kita belajar melalui kelas ini:

  1. Kelas ini khusus bagi anda yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
  2. Mahu memulakan bisnes online sendiri tetapi tidak tahu cara yang betul dan berkesan.
  3. Tidak mempunyai produk sendiri / tidak tahu bisnes apa yang sesuai. Jangan bimbang. ABDR ada menyediakan produk untuk anda memulakan perniagaan anda. Produk- produk tersebut terdiri daripada produk digital ebook dan kelas online, produk makanan sunnah, produk islamik dan produk mudah masak (masakan arab).
  4. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal bermula dari RM10. Sekiranya anda konsisten dalam menjalankan promosi, pendapatan akan meningkat ke RM20, RM50, RM100 dan seterusnya.
  5. Kelas ini sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri berkerjaya yang ingin menambah pendapatan / belajar berniaga, juga terbuka kepada kaum adam.
  6.  Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain juga membina jaringan bisnes secara online.
  7. Sebelum memulakan kelas, kami akan analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai untuk anda berdasarkan minat serta pengalaman anda. Anda akan dibimbing untuk:
  • membina blog kedai online
  • belajar menulis secara konsisten
  • belajar buat borang tempahan
  • belajar buat fanpage di facebook
  • belajar buat pautan
  • belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik
  • ebook bonus disediakan sebagai panduan untuk anda.             
    Anda boleh mendaftar sebagai AGEN DROPSHIP melalui pendaftaran kelas-kelas berikut:
  1. Kelas Online Borong Telekung Solat
  2. Kelas Online Produk Makanan (pek mudah masak,kurma,kismis,serunding dan lain-lain)
  3. Pengurus Online ABDR
  4. Kelas Online Produk Islamik
Keistimewaan agen dropship:
  • tidak perlu simpan stok
  • tidak perlu uruskan penghantaran
  • tidak perlu COD


JOM MULA JANA PENDAPATAN BERSAMA KAMI WARGA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH. BERGABUNG DENGAN LEBIH 800 PAUTAN BLOG DAN 11 ORANG GURU ONLINE SEDIA UNTUK MEMBIMBING ANDA!!

Maklumat lanjut boleh baca di sini.

Sebarang pertanyaan dan untuk mula mendaftar boleh hubungi saya. Pendaftaran adalah setiap hari.            



Rakan Niaga ABDR ( Pengurus Online)

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Ramai yang ingin memulakan bisnes online sendiri tapi banyak halangan yang datang. Nak buat bisnes apa? Macam mana nak promosi produk? Banyak persaingan. Macam-macam masalah lagi yang boleh buat kepala pening nak fikir. Akhirnya impian hanya tinggal angan-angan.

Kini anda tidak perlu risau lagi.BERDAFTARLAH SEBAGAI RAKAN NIAGA/ PENGURUS ONLINE AKADEMI BEKERJA DI RUMAH !!!


  • Anda akan mendapat satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.
  • Anda hanya perlu mempromosikan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja di Rumah.
  • Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah.
  • Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan, fokus dan komited terhadap setiap tugasan yang di beri.
  • Anda hanya perlu ada komputer/ laptop/ tablet/ smartphone dan talian internet

Apa yang kalian dapat ialah satu blog tersedia 
dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes ( 5 Ebook bonus)
5. Ruang Periklanan

* Mula bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Akademi. Sangat mudah dan senang kerana hanya atas talian. Yang bestnya walaupun cik posmen bercuti, kita masih boleh berurusniaga, kerana semua produk atas talian, selagi ada talian internet.

* Sangat sesuai untuk mulakan sekarang, lagi cepat anda mula, lagi cepat anda boleh tambah pendapatan!

* Hanya daftar dengan yuran RM 300 - sekali bayar untuk yuran pendaftaran pengurus online akademi

* Dapat Bonus 5 ebook (E-book Belajar Asas Blog - ebook rujukan utama membina blog, E-book Super Wahm Super Mom - perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, E-book Panduan Mula Bisnes Butik Online - panduan untuk membuka butik, E-book 101 Idea Home Based Bisnes - cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan dan ebook gaya bisnes siti khadijah ).

* Bonus 2 tahun beriklan di soho directory

* Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga

* Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.
* Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook. 

* Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan.

Ini bukan omongan kosong, kerana pasukan pengurus online akademi sudah beroleh hasil seperti ini. Tapi ada syarat utama,
1) ikut apa yang telah diajar,
2) mula praktik,
3) mula promosi, dan
4) yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.


Jom jana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH. 
HANYA HUJUNG JARI SAHAJA!!!

**Mudahkan. Bahan promosi semua disediakan. Saya akan bimbing anda menjadi rakan niaga akademi kami

Hubungi saya untuk pertanyaan dan pendaftaran.

Kelas Borong Telekung Solat

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

KELAS BORONG TELEKUNG SOLAT


Berniaga, sambil beramal. Antara produk yang boleh kita ketengahkan adalah telekung solat.

Maka dengan besar hati ABDR mencari mereka yang fokus dan berkomitmen untuk merebut peluang ini.

Kelas membina Blog & Fanpage Borong Telekung Solat khusus bagi kalian yang mahu belajar. Hanya terhad 30 pendaftaran sahaja!

Kita fokuskan pada jualan borong Telekung Solat sahaja.
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telekung Solat Kanak-Kanak.

Apa yang kalian bakal dapat? InsyaAllah,

- Ilmu membina blog & fanpage niaga
- Blog yang menepati minat pembeli
- Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online.
- Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya.








Jom rebut peluang ini untuk belajar berniaga. Mudah-mudahan dapat membantu menambah pendapatan keluarga. 

Tak banyak yang perlu anda buat. Hanya daftar dan barisan guru online di ABDR akan membimbing anda dari mula sampai akhir. Hanya satu syarat diperlukan, minat dan fokus. InshaaAllah semua urusan dipermudahkan.




Dibuka untuk 30 penyertaan sahaja!!


-Guru online Mie Normi.
-4 ebook rujukan
Yuran RM250 (kelas premium)

* Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh pm saya di facebook atau melalui email

Rabu, 3 September 2014

Kelas Produk Makanan ( Produk Dropship ABDR)

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Kelas Produk Makanan ni asalnya adalah kelas yang menawarkan produk dropship kepada sesiapa yang berminat untuk mengumpul duit raya. Kelas ini baru saja diadakan sebelum Ramadhan yang lalu. Oleh kerana banyak permintaan dan juga produk yang ditawarkan adalah untuk sepanjang tahun maka kelas ini diteruskan walaupun selepas hari raya dan beberapa produk baru telah ditambah. 

Kelas ini sesuai untuk mereka yang:
  1. Ingin belajar berniaga dan tidak mempunyai produk sendiri
  2. Ingin menambah pendapatan
  3. Suka mencuba sesuatu yang baru
Keistimewaan Kelas Produk Makanan
  1. Anda akan diajar untuk membina blog niaga anda sendiri
  2. Produk disediakan oleh pihak ABDR
  3. Anda hanya perlu promosi, terima tempahan dan dapat komisen.
  4. Keistimewaan agen dropship
  • Tidak perlu simpan stock
  • Tidak perlu uruskan penghantaran
  • Tidak perlu COD
Antara produk yang disediakan ialah:
RM150.00

* Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh pm saya di facebook atau melalui email
* Untuk daftar kelas boleh klik di sini

Keropok Ikan (keping)

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Keropok Ikan merupakan salah satu kudapan yang sangat enak dan terkenal terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur. Keropok ikan menjadi kegemaran terutamanya ketika minum petang. Enak juga dimakan bersama nasi kerabu, nasi goreng, mihun goreng dan sebagainya. Atas sebab inilah ABDR mengambil inisiatif untuk menjual Keropok Ikan secara atas talian. 



1 kg RM 20 (termasuk kos penghantaran)

* Untuk tempahan / daftar agen dropship klik

* Untuk maklumat lanjut, klik di sini
* Untuk sebarang pertanyaan boleh pm saya di facebook atau email saya



Tamar cocoa



Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Kelas Produk Makanan ABDR menambah satu lagi produk dropship iaitu Tamar Cocoa. Produk keluaran tempatan ini sangat sesuai terutamanya sebagai salah satu pilihan  alternatif untuk produk keluaran orang Islam.








Harga: RM21 + RM13(kos pos)
900gm

*Untuk tempahan / percubaan / daftar sebagai agen dropship klik 

*untuk maklumat lanjut, klik di sini
*untuk sebarang pertanyaan boleh pm saya di facebook juga melalui email