Sabtu, 28 Februari 2015

Belajar Komputer (Part 2)


By: Fiza Aziz
Foto: Google Search

Assalamualaikum wbt.

Yelah sangat.

Konon dah tak nak ambil course pasal komputer lagi dah. Mana nak lari. Zaman semakin canggih. Teknologi semakin berkembang pesat berkembang sampai tak terkejar. Like it or not, kena belajar dan ambil tahu.

Selepas matrikulasi, saya meneruskan pengajian di universiti. Setakat nak buat lab report dan assisgnment biasa, ok lagi. Guna Microsoft Words je. Ada projek yang nak kena buat presentation, bersengkang mata guna Powerpoint, pun masih ok.

Tup,tup..ada juga subjek programming. Kali ni bukan C++, tapi Fortran. Lebih kurang je dua-dua ni. tentang pengaturcaraan komputer. Bila masuk bab ni, makcik dah mula pening lalat. Ingatkan dah tak perlu belajar programming, ada lagi rupanya. Tak habis di situ, ada lagi satu subjek yang memerlukan saya menggunakan aplikasi Autocad. OMG!! Ni bukan pening lalat lagi, ni dah migrain. Hehe.

Autocad ni satu program yang selalu arkitek atau jurutera guna untuk buat design sesebuah bangunan atau rumah. Memang banyak kerja tambah-tambah kalau design rumah atau bangunan tu rumit. Memang akan memakan masa nak siapkan (bagi saya yang agak slow ni). Nasib baik satu semester je.
DISKET..dalam kenangan..

Tapi...

Itu cerita 10 tahun lepas. Kini, saya sangat suka explore komputer. Mungkin kerana penggunaan komputer sekarang ibarat makan nasi. Tak guna komputer sehari macam tak lengkap hidup. Mungkin juga kerana zaman kini semua maklumat kat hujung jari. Dengan kepesatan perkembangan internet yang menjangkau sempadan hingga boleh dilayari hampir di mana sahaja. Penciptaan telefon pintar dan tablet menambahkan lagi "kegilaaan" terhadap gadget.

Gambar ni saya google, bukan saya punya..


Saya sangat enjoy mengenali rakan baru di Facebook, membaca info-info tentang teknologi, keibubapaan, kesihatan dari ribuan blog yang sudi berkongsi maklumat. Nak shopping pun online je, dengan syarat, ada duit dalam bank! Haha. Baca buku, cari resepi, nak belajar menjahit dan buat kuih pun boleh secara atas talian saja.

Satu keburukan: Menambahkan lemak di badan sebab asyik duduk mengadap laptop je. Tak ada exercise langsung.Hehe.

Kebaikan; Banyak, kalau pandai guna.

Diharap setiap kemudahan dan nikmat kebijaksanaan kurniaan Ilahi dimanfaatkan sebaik mungkin. Just my two cents.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan