Assalamualaikum wbt.
Sekejap je kan,masa berlalu. Ramadhan semakin meninggalkan kita. Sayu je rasa hati. Keseronokan Ramadhan tiada bandingan.
Tahun ni saya menyambut Ramadhan di dua tempat. Satu dirumah bersama-sama keluarga tersayang dan satu lagi di tempat bertugas bersama-sama sahabat seperjuangan. Sudah tentu suasananya berbeza. Di rumah agak meriah, makanan juga agak pelbagai walau masih bersederhana. Di tempat kerja boleh dikatakan ala kadar sahaja. Tapi itu semua tak penting. Yang penting 'bonding' semasa berbuka dan bersahur itu. Yelah, bukan senang nak berkumpul makan sama-sama. Kalau masa sahur tu makan dan termenung bersama-sama. Baik di rumah mahupun di tempat kerja. Selama ni , makan ikut mood. Rasa nak makan awal, makan je dulu, tak tunggu orang lain dah. Asalkan, perut kita kenyang. Tapi, di bulan Ramadhan, semua sama-sama menunggu azan Maghrib untuk berbuka.
Dan momen-momen ini akan berlalu tatkala Ramadhan berakhir. Sebaik sahaja Syawal menjelma, tiada lagi rutin menunggu azan dan makan bersama. Keadaan akan kembali seperti selalu. Kau, kau; aku,aku. Begitulah hakikatnya. Seolah-olah Ramadhan yang baru dilalui hanya suatu mimpi sahaja.
Kini, kita berada di zon 10 hari terakhir Ramadhan. 10 hari yang penuh keberkatan kerana antara hari hari itu ada malam yang cukup istimewa. Semua orang begitu ingin bertemu dengan malam ini. Namun, berapa ramai yang benar-benar berusaha untuk berjumpa dengan malam ini? Tepuk dada tanya iman. Ingatan untuk diri sendiri. Namun, saya doakan agar anda dan saya dapat berjumpa dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan ini, Malam Lailatul Qadar. Amin. InshaAllah, semoga diizinkan oleh Allah.
Syawal bakal menjelang. Semua orang dah mula sibuk. Dengan lagu-lagu raya yang berkumandang disana-sini menambah lagi kesibukan menyambut hari raya. Semua dah mula sakit kepala. Baju raya tak siap lagi, baju anak-anak, kasut, langsir, perabot kena beli baru. Kuih raya nak berapa jenis? Nak beli yang dah siap ke, nak buat sendiri? Cuti raya lulus ke tak ni? Kereta tak servis lagi. Dan senarainya memang tak akan habis sampailah hari raya tiba. Hakikat yang kita tak nafikan.
Shopping komplek makin sesak orang. Dari hari dapat bonus, maka bermulalah sesi membeli-belah tak ingat dunia. Yelah, raya kan setahun sekali. Oh, dunia!
Makin hari, masjid makin kurang jemaahnya. Tak sempat katanya. Banyak persiapan raya nak kena buat. Lupakah terus dengan rahmat Ramadhan? Yakin ke, tahun depan masih boleh bertemu Ramadhan lagi? Dah tertunai ke, azam Ramadhan tahun ni? Sekali lagi, tepuk dada, tanya iman.
Saya harap saya sempat menunaikan azam Ramadhan saya tahun ni. Persiapan raya ala kadar sajalah. Ramadhan tahun ni, banyak benda yang saya belajar. Lagi pula banyak tragedi yang terjadi Ramadhan tahun ini. Peperangan di Gaza dan yang terbaru pesawat MH17 yang ditembak dan terhempas. Innalilllahhi wainna ilaihi rojiun. Takziah kepada keluarga mangsa. Menyebabkan saya rasa lebih baik untuk kita menghayati dan menghargai hari-hari terakhir Ramadhan. Tak siapa tahu, ini mungkin Ramadhan terakhir kita.
# Al-Fatihah untuk semua mangsa pesawat MH17 yang beragama Islam.
# Jom Kejar Lailatul Qadar

Tiada ulasan:
Catat Ulasan