Assalamualaikum wbt.
Anda semua kenal dengan Mizz Nina? Alhamdulillah, syukur dengan perubahan beliau setelah menunaikan haji tahun lepas (kalau tak silap saya).
Minggu lepas, saya ada menonton sebuah travelog Mizz Nina yang bertajuk Always A Traveller- Reclaim Your Heart. Travelog ini berkisarkan tentang pencarian Mizz Nina tentang Islam dan kehidupan. Pengembaraan beliau bermula setelah membaca buku Reclaim Your Heart yang membawa beliau ke bumi New Zealand untuk bertemu dengan penulis buku tersebut, Ustazah Yasmin Mogahed.
Sedikit perkongsian dari program ini:
Ustazah Yasmin dalam sesi ceramahnya menyatakan bahawa kita adalah pengembara dan dunia ini adalah satu persinggahan kita dalam menuju ke kehidupan abadi iaitu Jannah. Untuk itu, kita seharusnya mempunyai bekal secukupnya dalam perjalanan kita sebagai persediaan untuk menghadapi hari Akhirat.
Memang benar, kita cuma pengembara sahaja di dunia ini. Tiba masanya kita akan sampai ke destinasi akhir kita, Akhirat. Untuk itu, kita perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai ujian dan dugaan dalam perjalanan yang semestinya penuh dengan onak duri. Persediaan yang cukup amat perlu agar perjalanan akhir kita dapat dilalui dengan mudah.
Travelog ini mempunyai beberapa siri, berdurasi selama 30 minit (termasuk iklan) setiap siri dan boleh diikuti setiap Sabtu dan Ahad jam 5.30 petang.
#Reclaim Your Heart dah masuk dalam 'book wishlist' saya
#mood gila buku dah datang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan