Assalamualaikum wbt.
Sejak awal Ramadhan lalu, kita sudahpun mendengar berita sedih tentang saudara-saudara kita di Gaza, Palestin. Mereka diuji untuk kesekian kalinya dan kali ini dugaan lebih berat memandangkan sekarang adalah bulan Ramadhan. Sekeras-keras hati ini, menitis juga air mata mengenangkan mereka yang sedang bertarung nyawa di sana. Apa dosa mereka sehingga mereka diperangi sedemikian rupa. Kejamnya Israel, sudahlah menjajah tanah orang, ingin menghapuskan terus penduduk negeri itu.
Apabila mengetahui satu-satunya pintu keluar dari Rafah, Mesir ditutup untuk rakyat Palestin mendapat bantuan sedangkan pintu untuk Israel terbuka luas, sudah boleh mengagak, betapa rapuhnya umat Islam disana. Bantuan untuk sesama saudara seIslam tidak diberi sedangkan umum mengetahui keadaan yang runcing di Gaza. Betapa saya terkilan.
Palestin sangat istimewa untuk kita umat Islam. Disitulah terletaknya Masjid Al-Aqsa. Di Baitul Maqdis, tempat terbukanya pintu langit semasa peristiwa Israk Mikraj dan juga di situlah tempat lahir beberapa nabi kita. (tolong betulkan saya andai ada kesilapan)
Namun,saya sangat kagum dengan penduduk Palestin. Cemburu juga ada. Mereka tidak gentar menghadapi serangan musuh. Begitulah tingginya kepercayaan dan penyerahaan diri yang sepenuhnya kepada Allah. Sungguh, bantuan Allah akan datang apabila tiba waktunya. Saya cemburu kerana mereka disana mendapat peluang untuk mati Syahid. Siapa yang tidak ingin mati dalam kemuliaan, dalam keadaan menegakkan agama Islam. Sungguh saya juga teringin untuk mendapat Syahid.
Oleh itu, saya menyeru kepada semua untuk berdoa untuk keselamatan penduduk Gaza dan bumi Palestin. Bantulah saudara-saudara kita disana melalui sumber-sumber yang ada. Semoga sempena Ramadhan yang penuh berkah ini, doa kita semua akan dimakbulkan. Amin.
Bantuan dari segi material juga boleh disalurkan. Setahu saya ada dua pertubuhan yang aktif membantu penduduk Gaza iaitu Aqsa Syarif dan Aman Palestin. Bolehlah kalau anda semua ingin menyalurkan bantuan anda kepada mereka disana. InshaaAllah, semoga dengan bantuan kita yang sedikit ini mampu untuk meringankan beban mereka disana. Semoga Allah merahmati sekalian yang murah hati menyalurkan pelbagai bantuan kemanusiaan untuk saudara kita disana.
Moral of the story, bersyukur kita berada dalam keadaan yang aman. Masih diberi rezeki yang melimpah ruah. Masih boleh ketawa bergembira bersama keluarga tersayang. Syukur Alhamdulillah.
Ya Allah, Kau tabahkanlah seluruh penduduk Gaza menghadapi dugaan ini,
Ya Allah, bantulah kami untuk membantu mereka,
Ya Allah, semoga bantuan dan doa kami ini mampu untuk meringankan beban mereka,
Sesungguhnya hanya padaMu lah kami berserah. Amin.
Keep praying for our brothers and sisters in Gaza. Allahuakbar!
#maaf, entri kali ini sedikit emosi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan