Selasa, 24 Jun 2014

#4 Akademi Bekerja Dari Rumah

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

" Tensionnya kerja"
" Apa yang aku buat kat sini? Dah macam tahanan dah, asyik terkurung dalam blok ni . Buang masa betul."
" Kesian Abe Long dan Adik, asyik kena tinggal je."

Setelah saya mendapat surat arahan pertukaran, melapor diri dan akhirnya menjalankan tugasan baru di Depot Tahanan Imigresen Terengganu dua tahun lepas, kata-kata di atas selalu bermain di minda saya. Hidup saya penuh dengan aura negatif sehingga saya menganggap saya manusia paling malang. 

Pergi kerja,balik kerja,cukup bulan dapat gaji,bayar hutang. Rutin yang sama, seolah-olah hidup hanya untuk itu. Tiada semangat,tiada motivasi. Ditambah dengan masalah peribadi lebih memburukkan keadaan.

Namun,takdir Allah lebih besar dan hebat. Perancangan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui memang tiada cacat celanya. Dia menjadikan saya seorang pemikir. Dia tidak pernah membiarkan hambaNya yang satu ini terus terbelenggu dalam kesempitan. Betullah, Dia tidak memberi apa yang kita mahu, Dia beri apa yang kita perlu.

Akhirnya,dengan kekuatan yang diberi olehNya, saya mengambil keputusan drastik untuk mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan bermula Ramadhan tahun lepas. Keputusan ini saya ambil kerana saya benar-benar tidak punya kekuatan lagi untuk meneruskan tugas saya. 'I need a break.' Dan saya bersyukur saya mengambil keputusan itu.

Kenapa saya ambil keputusan itu?
Satu: Saya ingin mengambil kesempatan sempena keberkatan bulan Ramadhan untuk beribadat dan menenangkan diri.
Dua: Saya perlu berfikir dalam keadaan yang aman dan tidak berserabut untuk mendapat keputusan terbaik.
Tiga: Ingin meluangkan waktu bersama anak-anak
Empat: Saya perlu memikirkan strategi baru bagaimana saya boleh hidup bebas hutang, menjaga sendiri anak-anak dan hidup tanpa tekanan.
Lima: l just need a break!

Saya tahu ada orang yang dapat menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Saya juga ingin mencuba tapi tidak tahu bagaimana dan dimana boleh bermula.

Dengan masa yang ada, saya mencari sebanyak mungkin maklumat tentang bagaimana saya boleh buat duit dengan hanya berada di rumah. Sehinggalah saya terjumpa blog Pn Masayu Ahmad. Semasa sedang membaca blog beliau, saya terpandang logo Akademi Bekerja Di Rumah ( logo lama yang berbentuk rumah). Saya tertanya-tanya, apa maksud Akademi Bekerja Di Rumah ni? Dengan perasaan ingin tahu yang kuat, saya terus klik di logo berkenaan dan akhirnya berjumpa dengan jawapannya.

Akademi Bekerja Di Rumah diasaskan oleh Pn Masayu Ahmad. Akademi ini menawarkan kelas-kelas online untuk suri-suri yang ingin belajar membina blog dan juga diajar bagaimana untuk menjana pendapatan secara online. Semua bentuk komunikasi adalah secara atas talian dan mengikut masa sendiri. Memang menarik sekali pakej yang ditawarkan di akademi ini. Antara kelas-kelas yang terdapat di akademi ini pada ketika itu ialah:
1. Kelas Asas Blog dan Penulisan
2. Kelas Asas Blog dan Fanpage
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas Penulisan Kreatif

Pada masa itu hanya beberapa kelas online dengan 2 atau 3 orang guru online sahaja yang ada. Namun kerana permintaan yang semakin banyak setiap hari, kini akademi ini sedang menuju ke 1000 penyertaan dengan 11 orang guru online siap sedia bertugas dan 40 orang pengurus online. Maklumat lanjut mengenai pakej kelas yang ditawarkan di Akademi Bekerja Di Rumah boleh baca disini atau boleh juga klik pada logo akademi disebelah kanan blog ini.

Bagaimana saya akhirnya menyertai akademi ini? Saya akan ceritakan pada entri akan datang. Jadi, nantikan sambungan kisah saya ye.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan