Isnin, 21 Julai 2014

Bersederhanalah

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Dah siap shopping raya? Sekarang ni  mesti ramai yang sedang kelam-kabut menyiapkan persiapan menjelang hari raya. Maklumlah, lagi seminggu nak raya. Untuk saya sekeluarga, Alhamdulillah. Dengan rezeki yang tak pernah putus dari Allah SWT, persiapan hampir selesai. Semuanya secara ala kadar saja. Tapi esok, Kak Long ajak teman shopping kat Kota Bharu. Harap-harap iman saya kuat untuk tak tergoda nak beli itu ini. Maklumlah, jualan murah. Tapi, murah ke? He he..

Mungkin ada yang perasan, seminggu dua ni  aktiviti 'berblogging' saya agak perlahan. Sebenarnya saya sedang menambah ilmu berkaitan bisnes, kewangan dan strategi-strategi dalam bidang perniagaan dan kewangan. Maklum saja, saya budak baru belajar. Alhamdulillah, ternyata kasih sayang Allah itu Maha Luas. Ternyata, jalan yang saya lalui penuh liku namun ilmu yang dikutip sepanjang perjalanan itu sangat bernilai. Dia mahu saya belajar dan mencari ilmu sebelum saya benar-benar mengecapi kebahagiaan hakiki.

Hari ini, saya nak berkongsi sedikit tentang apa yang saya dapat sepanjang minggu ni. Pernahkah anda dengar atau mungkin juga sudah khatam membaca buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'? Saya bukan ingin membuat ulasan buku tersebut (sebab tak khatam lagi, he he). Tapi saya tertarik tentang perkongsian penulis mengenai seseorang yang sudah mengecapi kebebasan hutang. Dan hamba Allah yang bertuah itu ialah saudara Mohd. Zulkifli bin Shafie. Baru-baru ini saya ada singgah di blog beliau dan MasyaAllah, banyak sungguh ilmu berkaitan bisnes dan kebebasan kewangan yang beliau kongsikan. Saya sangat teruja apabila membaca blog beliau. Banyak tip-tip dan info-info yang boleh kita manfaatkan dari perkongsian beliau. Saya syorkan kepada anda semua untuk membaca blog beliau di http://www.mohdzulkifli.com.

Antara petua saudara Mohd. Zulkifli untuk bebas hutang ialah hidup dibawah kemampuan. Bukanlah maksudnya kita kena jadi kedekut, tapi berjimat cermat. Lupakan segala benda yang tidak perlu dalam hidup kita. Fokus dahulu kepada membayar hutang-hutang yang ada. Tapi, mestilah ada caranya. Sesuai sangatlah kalau kita nak mula praktik untuk raya ni. Tidak usahlah membazir wang yang ada untuk membeli barang yang tidak perlu sebenarnya. Kalau kita pandai buat bajet dan lebih bagus lagi kalau mampu mengawal nafsu, InshaaAllah, banyak yang boleh kita jimat. 

Oleh itu, bersederhanalah dalam berbelanja. Kebahagiaan dan kegembiraan itu bukan datang dari baju baru dan deretan makanan yang pelbagai, tapi datang dari hati yang tenang.

#selamat shopping raya
#knowledge is power




Tiada ulasan:

Catat Ulasan