Sabtu, 31 Januari 2015

Ikhlas Dalam Bekerja


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Hari Rabu minggu lepas, kerja sebelah pagi. Tengok dekat whiteboard, alamak, kena i.k (iringkawal) klinik la pulak hari ni. Gundah gulana je rasa hati.

Dengan hati yang sebal (sebab saya memang tak suka pergi i.k), kaki melangkah juga menaiki van untuk ke klinik. Sampai di klinik, sudah diagak, orang memang ramai. Bertambah-tambah sebal rasa hati. Saya terus ke meja pendaftaran untuk dapatkan nombor giliran. Periksa nombor giliran, sah, jangkamasa menunggu memang lama. Haila!

Sebelum ion-ion negatif mula merajai diri dan sebelum musuh-musuh tak nampak  nak prepare buat pulut kuning nak meraikan kelemahan iman kita, kita kena cegah dulu. Kena cepat-cepat motivasi diri balik.

Ok, tarik nafas, hembus. Tarik nafas lagi, hembus. Pejam mata kejap, istighfar banyak- banyak.

Ini kan kerja. Tanggungjawab. Amanah. Kerja kan satu ibadah. Kata nak kumpul pahala. Allah nak bagi pahala kat kita senang macam ni, takkan nak tolak. Rugi lah. Ikhlaskan diri.

Malaikat Raqib (malaikat yang tulis pahala) gembira ada kerja hari ni. Selalu lepak je, tak ada nak tulis apa-apa.
Malaikat Atid (malaikat yang tulis dosa) pun gembira boleh rehat hari ni. Selalu lenguh tangan menulis.

Dan..preparation nak buat pulut kuning pun batal. Hehe..





Syukur Allah masih sayang


Jumaat, 30 Januari 2015

Hadis dan Ayat Pilihan : Surah Ar-Rum


Assalamualaikum wbt.

Sumber: Al-Quran Tajwid dan Terjemahan terbitan Humaira Bookstore Enterprise

Hadis pilihan

[30:31] Hadis riwayat Abu Hurairah r,a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
"Perumpamaan orang Mukmin itu seperti tanaman yang selalu digoyangkan oleh hembusan angin kerana orang Mukmin senantiasa ditimpa berbagai cubaan. Sedangkan perumpamaan orang Munafik seperti pohon cemara yang tidak goyang dihembus angin kecuali setelah ditebang,
Hadis Riwayat Muslim, 5024.

Ayat pilihan

Dan tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia (pula) yang membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki). Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang beriman.
Ayat 37.



Khamis, 29 Januari 2015

Iklan Nuffnang


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Perasan tak, kat atas, bawah dan tepi sebelah kanan entri blog saya dah ada iklan Nuffnang?
Haa, jemputlah klik ye. Terima kasih.

Pada mulanya, saya sangkakan nak buat iklan nuffnang ni, kena tunggu aliran trafik blog kita banyak, lepas tu pihak Nuffnang akan tawarkan untuk pasangkan iklan kat blog kita. Sehinggalah suatu hari saya terjumpa blog Pn. Munirah (rakan ABDR). Daripada blog beliaulah, baru saya dapat tahu rupanya iklan Nuffnang ni kita kena letak sendiri. Haha. Salah sangka rupanya selama ni. 

Kebetulah Pn. Munirah ada menyediakan perkhidmatan tutorial memasang iklan Nuffnang. Terus saya hubungi beliau. Dan Disember tahun lepas, bermulalah sesi pembelajaran pemasangan iklan Nuffnang kat blog saya. 

Ketika entri ini ditulis, saya masih lagi dalam proses belajar. Mujur ada cikgu yang nak mengajar, kalau tak alamat terkial-kiallah nak buat. Thanks, Uni.

Anda berminat nak belajar pemasangan iklan Nuffnang ni bolehlah hubungi Pn. Munirah di sini.

**Kalau nak buat apa-apa, carilah cikgu. Lebih mudah nak faham. Nak belajar buat blog, boleh tanya saya. InshaaAllah, saya tolong. Sharing is caring.

Syukur Allah masih sayang.

Selasa, 27 Januari 2015

Fitrah Kembali Bekerja di Rumah


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

"Mummy, adik nak ikut gi ijee."
"Tak boleh, nanti adik besar, adik kerjalah."
"Adik nak g ije jugok."

Situasi seperti ini saban kali saya hadapi. Berat je rasa hati melihat si kecil ni nak mengikut setiap kali nak pergi kerja. Kesian adik, selalu kena tinggal. Ditambah pula dengan Abe Long (my firstborn) yang mengidap Epilepsy tu, lagilah sesak dada setiap kali berfikir mengenainya. Anak-anak saya tinggalkan di bawah jagaan Mama sepanjang pemergian saya mencari rezeki. Lumrah kehidupan dalam zaman yang serba mencabar ni.

Dalam setahun dua ni, saya kerap berfikir, bagusnya kalau boleh kerja di rumah je. Tak perlu lagi nak tinggal anak-anak, jaga sendiri saja.

Lalu, saya mula mencari dan menkaji. Setiap peluang dan ruang untuk bekerja hanya dari rumah. Akhirnya saya bertemu ABDR (Akademi Bekerja Dari Rumah). Satu akademi yang menawarkan kelas membina blog secara online di samping juga menawarkan ilmu berniaga secara atas talian.

Saya sertai ABDR untuk mencedok segala ilmu yang ada. Mula menyiapkan diri untuk bergelar Working at Home Mom (WAHM). Kini, hampir setahun bersama ABDR, bukan sahaja ilmu yang saya dapat. Saya dapat ramai kawan (sama-sama belajar di ABDR). Mereka inilah supporters saya. Saya bukan sahaja belajar dari cikgu kelas malah melalui sahabat-sahabat ABDR juga.

Semoga impian saya untuk bergelar WAHM akan tercapai tidak lama lagi. InshaaAllah. Doakan saya ye.

**Kalau berminat nak sertai ABDR boleh lah hubungi saya. Semua maklumat ada kat sebelah kanan. Tapi saya tidak menerima sebarang panggilan telefon ye. SMS, Whatapps dan PM sahaja. Harap maklum.
** Boleh juga baca di SINI
Syukur Allah masih sayang.



Isnin, 26 Januari 2015

Pengajaran Surah Luqman


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, baru saja selesai membaca Surah Luqman. Surah yang ke-31 terdiri daripada 34 ayat dan diturunkan di Mekah. Dalam hati terdetik, siapa sebenarnya Luqman yang disebut dalam Al-Quran ini?

Ibnu katsir berpendapat bahawa nama panjang Luqman ialah Luqman bin Unaqa' bin Sadun (Katsir. Ibnu. al-Bidayah wan Nihayah). Sedangkan asal-usul Luqman, sebahagian ulama berbeza pendapat. Ibnu Abbas menyatakan bahawa Luqman adalah seorang tukang kayu dari Habsyi. Riwayat lain menyebutkan ia bertubuh pendek dan berhidung mancung dari Nubah dan ada yang berpendapat ia berasal dari Sudan. Dan ada pula yang berpendapat Luqman adalah seorang hakim pada zaman Nabi Daud a.s. (Fariad, Ruslan."Menyelami Nasihat Luqman Al-Hakim", Hidayah, Volume 8, edisi 87, November 2008, hlm 162-165)

Berikut adalah nasihat Luqman kepada anaknya yang terdiri daripada ayat 12-19 Surah Luqman.


  1. Dan sesungguhnya kami telah menberi hikmah kebijaksanaan kepada Luqman iaitu "Bersyukurlah kepada Allah! Dan barangsiapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Lagi Maha Terpuji." - Ayat 12
  2. Dan ( ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, "Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". - Ayat 13
  3. Dan kami perintahkan kepada manusia 9agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam usia 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua orang tuamu. hanya kepada Akulah kamu kembali. - Ayat 14
  4. kecuali jika disuruh mempersekutukan Allah. Tidak wajib taat namun harus sentiasa menghormati keduanya. - Ringkasan Ayat 15
  5. ( Luqman berkata): Wahai anakku! Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Teliti. - Ayat 16
  6. Wahai anakku! Lakukanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) daripada yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting - Ayat 17
  7. Dan janganlah engkau memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan berjalan di bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri. - ayat 18
  8. Dan sederhanakanlah dalam berjalan. Dan rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. - Ayat 19
Sumber: Al-Quran Tajwid dan Terjemahan (Humaira Bookstore Enterprise), hlm 412 

Semoga bermanfaat.

Syukur Allah masih sayang.

Ahad, 25 Januari 2015

Belajar Menulis Blog


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Saya bermula menulis blog pada Mei 2014 selepas menyertai Kelas Online Blog di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Banyak yang sudah saya belajar sejak dari itu. Memang seronok.

Ramai je sebenarnya yang kat luar tu nak mempunyai blog sendiri. Dan sangat mudah sebenarnya nak belajar. Tapi mestilah kena ada tok gurunya. Lebih mudah, cepat dan lagi banyak ilmu yang kita dapat kalau belajar melalui guru.

Nak belajar tulis blog, kena tahu asasnya dulu. Kemudian, baru kita belajar satu persatu apa yang patut ditambah kat blog kita tu. Barulah blog kita tu penuh dengan informasi, motivasi dan ramai orang suka baca.

Daripada blog juga kita boleh jana pendapatan sampingan. Jadi, sambil menyelam, minum air. Tak adalah nanti masa yang ada tu terbuang begitu saja. Sambil layari internet, sambil buat duit.

Di ABDR, ada banyak pilihan yang ditawarkan. 
1. Kelas Asas Blog Dan Penulisan
  • belajar konsisten menulis
  • belajar menulis mengikut fokus produk
  • belajar menulis dengan analisa, tahu siapa sasaran pembaca.
  • pembaca ini kita tukar kepada pelanggan.
2. Kelas Asas Bisnes Online
  • bina kedai online
  • borang tempahan
  • lima label utama
  • pautan blog dan fanpage
  • boleh juga menjual produk digital
  • produk borong telekung solat
  • mahu simpan stok boleh, jadi agen dropship pun boleh
***semua produk disediakan pihak ABDR

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. InshaaAllah.
Hari ni saya kongsi dua je dulu. Nanti saya akan cerita kelas lain pulak. Blog saya ni adalah contoh untuk Kelas Blog Asas Bisnes. 
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. InshaaAllah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.
*credit to: Anys Idayu Zakaria



*** Daftar di sini

Syukur Allah masih sayang.


Khamis, 22 Januari 2015

Cakap Dan Dengar


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Semenjak dua menjak ni rasa macam tak bermaya je. Mungkin sebab cuaca, mungkin juga sebab cara hidup yang tidak sihat. Duduk dalam bilik berhawa dingin sampai rasa macam bercakap pun keluar asap. Dekat luar panas terik. Kadangkala hujan datang menyapa, kadang renyai, ada ketikanya lebat. Rasa macam nak demam. tapi lepas tu elok balik. Haila!

Semua aktiviti online pun terhenti seketika. Not in a mood. Kena tuning dulu mode kepala tak berapa nak betul ni. Jadi, saya pilih untuk membaca. Dan tidak tahu kenapa, dalam banyak-banyak buku kat rumah ni saya pilih "Rooftop Rant" tulisan Hlovate. Buku ni buku melayu, tajuk je orang putih. Buku ni rasanya dah nak masuk 5-6 kali ulang dah. But, anything that is written by Hlovete is actually a good medicine for kepala tak betul, hehe. Hlovate ada style sendiri. Which I really loved. Jadi tak hairanlah peminat dia ada berjuta walau hanya tahu nama pena je. Tapi, buku dia memang inspiring. Sebab tu saya pilih buku Hlovate.

Rooftop Rant. Tiap kali baca ada je sesuatu yang dapat belajar. Allah nak bagi ilham dan petunjuk ikut cara ni kot. Cara yang saya suka. Dan, ya, saya jumpa sesuatu melalui pembacaan kali ni.

"Orang yang bercakap dan orang yang mendengar kita bercakap."



Selasa, 20 Januari 2015

Cukupkah 24/7 dalam hidup anda


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Setiap orang ada 24 jam sehari. Tak lebih sesaat,tak juga kurang sesaat.

Kenapa saya cerita tentang masa? Sebab saya sendiri gagal mengurus masa dengan baik yang akhirnya menyebabkan saya 'stress'. Waaa.

Kenapa ye,jadi macam tu?

Selidik punya selidik, kaji punya kaji jumpalah jawapannya. Kerana sikap sendiri. Tak berdisiplin dan mudah putus asa.

Cukup je sebenarnya 24 jam tu. Yang penting kena pandai buat perancangan. Termasuk 'pelan kecemasan'. Tak adalah kelam kabut nak uruskan semua benda.

Sedang sibuk berfikir, sempat juga tangan menyelak buku 'Hidup Penuh Erti' hasil kolaborasi Hilal Asyraf dan Aiman Azlan. Dua orang pemuda yang saya kagumi semangatnya.

Tangan terus menyelak ke halaman yang bertanda. Kebetulan tajuk babnya adalah mengenai mahasiswa dan masa lapang. Walaupun saya bukan mahasiswa universiti tapi saya tetap seorang mahasiswa di Akademi Kehidupan. Proses pembelajaran yang tak akan pernah terhenti.

Daripada bab ini dapat disimpulkan pengurusan masa secara berjadual amat perlu. Perlu tahu perkara mana yang perlu diberi perhatian dahulu,yang mana kemudian. Kena susun satu-satu agar mudah untuk kita laksanakan. Perkara ini jugalah yang sering ditekankan oleh Pengasas ABDR,Pn. Masayu Ahmad.

Semua dah ada depan mata. Tinggal lagi nak melaksanakan je. InshaaAllah semoga selepas ini saya akan menjadi seorang yang lebih berdisiplin dalam pengurusan masa.


Syukur Allah masih sayang.


Ahad, 11 Januari 2015

Words of The Day


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Azam tahun baru.
Sama macam tahun lepas.
Tak tercapai ke?
Bukan...
Kerana yang menilai diri ini bukan diri sendiri, tapi...
ALLAH.

Alhamdulillah, hari ini dapat dimulakan dengan sesuatu yang baru. Di harap semoga 'kerajinan' ini terus kekal dalam diri. 

Jom, mulakan hari ini dengan dengan semangat untuk terus berjuang mencapai kebebasan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat.

Kita minum dulu..

I'm a coffee lover, what about you?

Isnin, 5 Januari 2015

Pasca Banjir Pantai Timur


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt..

Salam Maulidur Rasul. Diharapkan semoga sambutan Hari Maulud ini akan menambahkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Andainya baginda masih ada bersama kita saat ini, pasti amat bahagia sekali kan? Semoga kita semua berpeluang untuk bertemu baginda kelak. Sama-sama kita selawat banyak-banyak agar mendapat peluang bertemu baginda seterusnya mendapat syafaat baginda di Padang Mahsyar kelak. Amin.

Sana-sini orang masih lagi memperkatakan tentang banjir yang melanda baru-baru ini. Kalau sewaktu banjir berlaku, kita sentiasa kerisauan memikirkan nasib mereka yang terputus hubungan, kini setelah banjir surut, sedih, pilu dan simpati menggantikan kerisauan dihati. Kerugian yang di alami memang tidak terhitung. Harta benda hampir musnah semuanya. Tidak dapat dibayangkan kalau ia menimpa ke atas diri dan keluarga.

Semasa mendapat berita yang air semakin naik di Kota Bharu, Tanah Merah dan Pasir Mas, terbayang satu-persatu wajah sahabat-handai dan saudara mara yang tinggal di daerah berkenaan. Sebak rasa dihati memikirkan nasib mereka. Bagaimana agaknya mereka? Selamat atau tidak? Hati terus dilanda gusar apabila seorang sahabat post di fb mengatakan air semakin naik di rumahnya. Terus teringat yang dia masih dalam pantang. Suami keluar daerah atas tuntutan kerja, ibu ayah juga sudah uzur. Hanya doa dan kata-kata semangat yang mampu diberi pada saat itu. Moga semuanya selamat.

Alhamdulillah, setelah seminggu bertarung dengan pelbagai rasa, pelbagai kesukaran dengan ujian yang tidak terduga, akhirnya banjir surut jua. Namun, jiwa rakyat jelata sekali lagi tersentap melihat keadaan selepas banjir. Subhanallah, Maha Suci Allah. Kebanyakan mangsa hanya tinggal sehelai sepinggang. Pulang kerumah, rumah sudah tiada rupa. Lumpur setinggi lutut melatari suasana. Harta benda semua musnah. Ya Karim. Ujian ini terasa sungguh berat. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 

Namun, apa yang terkesan dihati saya, tentang ujian dan hidayah. Banjir yang luar biasa ini sudah cukup memilukan tapi apa yang berlaku selepas banjir lebih menyedihkan. Benarlah, sesungguhnya, hati tu Allah yang pegang. Hidayah juga datang daripadaNya. 

Saya gembira, bersyukur dan terharu apabila bantuan dari segenap pelosok negara datang bertali arus memberi bantuan. Sangat, sangat, sangat banyak bantuan yang tiba. Sampaikan apabila terserempak dengan mana-mana konvoi misi bantuan banjir di jalanan, mata terasa panas, dada terasa sesak. Dalam hati mengucap syukur tidak terhingga kepada yang Maha Kuasa kerana menghadirkan insan-insan baik hati dari seluruh negara malah negara jiran, Thailand turut menghulur bantuan. Jazakumullahu khairan katira. Semoga Allah merahmati kalian semua.

Semoga peringatan daripada Allah ini tidak kita sia-siakan. Semoga iman kita semua akan bertambah selepas ujian ini. Allah bagi ujian sebab Allah sayang. Rebutlah peluang yang masih ada untuk memohon keampunan dari Yang Maha Kuasa, azamkan dalam diri untuk lebih mendekatiNya dan mencintaiNya dan rebutlah peluang untuk melayakkan diri ke syurgaNya.

Terima kasih Allah atas peringatan ini. Kau ampunilah semua dosa-dosa hambaMu yang telah banyak melakukan kerosakan dan kezaliman di atas muka bumi Mu ini. Kau limpahilah rahmatMu kepada insan-insan baik hati yang datang membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan negeri-negeri lain. Sesungguhnya, hanya Kaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Berkuasa.Amin Ya Rabbal Alamin.

Jumaat, 2 Januari 2015

Selamat Tinggal 2014, Assalamualaikum 2015

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi memberi peluang kepada hambaNya ini untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan. Satu lagi tahun Masihi sudahpun berlalu meninggalkan pelbagai kesan di hati ini. Misi dan visi diteruskan lagi sementara menunggu hari bertemu dengan Sang Pencipta. 

Selamat Tinggal 2014

Tragedi banjir besar yang diumpamakan seperti Tsunami baru-baru ini menutup tahun 2014 dengan pelbagai rasa. Sedih, simpati, sayu bercampur baur. Sesungguhnya musibah yang berlaku meninggalkan seribu cerita buat mangsa khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Pandangan peribadi saya, apa yang berlaku merupakan satu peringatan. Bahawasanya kita hanya hamba yang tidak punya apa-apa. Hamba yang lemah. Hanya Dia Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Melalui cerita disebalik cerita, jauh di sudut hati merasakan, Allah sebenarnya ingin menunjukkan sesuatu kepada kita. Tentang sikap sebenar makhluk yang bernama 'manusia'. Benarlah, hati tu Allah yang pegang. Hidayah juga, Allah yang bagi. Syukurlah di atas peringatan ini. Semoga kita semua mendapat iktibar daripada peristiwa ini. 

Begitu juga dengan tragedi-tragedi lain yang menyentap hati kita. MH370 yang tiada khabar berita, MH17 yang ditembak dan yang terbaru QZ8501 yang terhempas.Sungguh diluar dugaan. Sedih dan menyayat hati.

Namun, 2014 juga merupakan tahun yang banyak memberi kegembiraan kepada saya. Akhirnya, saya berani untuk memulakan langkah pertama untuk proses 'tranformasi' diri saya. Saya akhirnya berjaya membina blog saya sendiri yang sudah lama saya idamkan. Banyak perkara baru yang saya belajar, sahabat-sahabat maya yang mempunyai misi yang sama iaitu untuk kembali kepada fitrah bekerja di rumah, belajar bisnes online dan banyak lagi. Mungkin bagi orang lain, ia bukanlah apa-apa, tapi bagi saya ia adalah kejayaan terbesar saya sepanjang 2014.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah banyak membantu, mengajar, memberi dorongan dan sokongan disetiap jatuh bangun saya sepanjang tahun 2014.
  1. Terima Kasih Allah. Tanpa izin-Mu Ya Rahman, tidak mungkin semua ini dapat kugapai.
  2. En. Ayie. Dengan izin, restu dan sokonganmu sayang, yang terus-menerus menyuntik semangat dalam diri ini, memberi harapan dan keyakinan.
  3. ImanIlham. Kerana kalianlah, mummy terus kuat.
  4. Abah Mama. Terima kasih di atas setiap pertolongan. Memang pengorbanan Abah Mama tidak terbalas.
  5. Pn Masayu Ahmad dan Pn Anys Idayu Zakaria. Terima kasih atas semua curahan ilmu, tanpa jemu memberi semangat walau kita hanya bertemu di alam maya. Mohon dihalalkan semua ya.
  6. Zu dan Netty. Yang sentiasa ada di sisi menceriakan hari.
  7. Sahabat-sahabat ABDR dan juga follower blog. Walaupun rupa kalian tidak ku kenal, tetapi salam persahabatan dari kalian tetap menjadi sesuatu yang manis dihati ini.
  8. Last but not least, my Silent Reader. Kerana kamu semualah, page view saya bertambah setiap hari seterusnya memberi semangat untuk saya terus menulis dan berkongsi di blog ini.
GRACIAS. XIE XIE. KHAMSAHAMIDA. ARIGATO. SALAMAT. SYUKRAN. THANK YOU.  SYUKRIYA. TERIMA KASIH.

Harapan 2015

Berjaya mencapai semua impian. Hehe. Doakan saya ye. 

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2015.

Your Truly,
Fiza Aziz