Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Saya dan bisnes. Boleh dikatakan sesuatu yang agak mustahil untuk dikaitkan bersama. Mungkin dari luaran teman-teman sekeliling melihat saya seorang yang ceria dan banyak cakap. Tetapi itu hanya berlaku apabila saya bersama dengan mereka yang rapat sahaja. Hakikatnya saya seorang yang pemalu dan sukar untuk memulakan bicara. Bagaikan mempunyai dua personaliti yang berbeza.
Namun, apabila mengimbau kenangan masa kecil dulu, saya dan bisnes bukanlah satu perkara asing. Apabila diingat kembali, nenek saya ( yang dipanggil mek) pernah berniaga kedai runcit secara kecil-kecilan. Saya terlupa hakikat ini kerana sebaik saja melangkah ke sekolah menengah, arwah che' ( panggilan untuk datuk saya, ayah kepada Abah saya) jatuh sakit dan kedai ini terpaksa ditutup. Dah hampir 20 tahun. Memang patutlah saya tak ingat, he he..
Abah pernah bercerita kepada saya Mek mula berniaga masa Abah masih lagi dibangku sekolah. Jadi kalau nak dihitung, sudah agak lama Mek membuka kedainya. Kedai runcit Mek agak laku kerana walaupun kedai Mek kecil,tapi hampir semua barang Mek jual termasuklah bunga api dan mercun semasa musim perayaan. Tapi, Mek tak jual mercun yang bahaya.
Semasa saya di sekolah rendah, hampir setiap minggu kami balik ke rumah mek. Abah mempunyai sembilan adik-beradik. Kadang-kadang sehingga dua tiga buah keluarga akan balik serentak. Meriahlah rumah Mek dengan suara anak cucu. Cucu Mek memang ramai. Riuh rendah dibuatnya.
Kedai Mek ni , pelanggan tak boleh masuk ke dalam sebab ruang sangat kecil. Mereka hanya beritahu apa yang mahu dibeli dan 'penjaga kedai' akan ambilkan untuk mereka. Setiap kali balik ke sana, saya sering bertugas sebagai 'penjaga kedai'.Sambil tunggu pelanggan, sambil makan. Habis segala keropok, gula-gula, asam masin dan ais krim yang sepatutnya dijual, saya makan. Haha. Alamatnya sebelum balik abah terpaksa membayar ganti rugi pada Mek. Membebel orang tua tu barang jualannya habis dimakan cucu. Memang kelakar bila ingat balik peristiwa itu.
Kini, kedai itu hanya tinggal kenangan. Mek sekarang pun tidak sihat, tidak mampu berjalan akibat terkena serangan strok beberapa tahun lepas. Namun saya harap kenangan dan pengalaman itu akan jadi pemangkin untuk saya memulakan bisnes saya sendiri.
Dan segalanya bermula di sini..
Akan bersambung dalam entri Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage..
Selit sikit, Selamat Menyambut Hari Lahir untuk Adindaku Mohd. Azwan Abdul Aziz. Semoga sukses dalam meniti kehidupan yang mendatang. You know I'm always here for you.
Sabtu, 31 Mei 2014
Khamis, 29 Mei 2014
Rejab Dan Syaaban
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Hari ni hari terakhir di bulan Rejab untuk tahun 1435 Hijrah. InshaaAllah, esok kita akan bertemu dengan Syaaban pada hari jumaat penghulu segala hari. Tidak sabar rasanya untuk menunggu kedatangan Ramadhan. Bulan penuh keberkatan. Semoga kita semua dipanjangkan umur sehingga bertemu Ramadhan sekali lagi tahun ini. InshaaAllah.
Semalam, semasa dalam perjalanan dari Pasir Puteh ke Ajil, saya terdengar satu ceramah agama sempena Israk Mikraj di sebuah stesen radio (saya kurang pasti stesen radio mana). Saya jarang mendengar ceramah agama semasa memandu tetapi semalam secara tidak sengaja saya terdengar semasa sedang mencari stesen radio lain, he he. Apa yang menarik perhatian saya apabila penceramah memperkatakan tentang puasa sunat. Kata beliau umat Islam disarankan untuk berpuasa pada hari yang panas terik. Hal ini adalah untuk melatih umat Islam supaya menjadi lasak. Umat Islam tidak boleh lagi bermanja-manja dan bersikap malas serta lemah kerana kita mempunyai tanggungjawab yang besar iaitu menaikkan kembali nama Islam di mata dunia.
Terkesan dengan kata-kata penceramah itu, saya terfikir keadaan saya sehari sebelum. Saya puasa, tapi mata sangatlah berat walaupun dah tidur (lebih dari hari tak puasa). Kebetulan pula saya off hari tu. Memang tak lasak langsung. Lepas ni, saya kena lebih kuat melawan segala godaan dan cabaran. Tambah lagi sebagai persediaan untuk menyambut Ramadhan yang sangat dirindui oleh semua umat Islam.
Jom, muhasabah diri. Ada sebulan lagi nak masuk bulan puasa. Kerja, kerja juga. Bisnes, bisnes jugak. Saham akhirat pun kena tambah juga.
Selamat berpuasa kepada sesiapa yang berpuasa hari ini.

Rabu, 28 Mei 2014
The Return of Superman
Teks: Norafiza Abdul aziz
Assalamualaikum wbt.
Saya adalah antara berjuta peminat drama bersiri dan siri realiti dari Negara Kimchi, Korea Selatan. Sebut je drama apa, rancangan tv mana, hampir semua saya tonton, *kenyit mata*.
Salah satu siri realiti kegemaran saya dan si kecil Ilham ialah The Return of Superman. Siri ini mengisahkan tentang empat orang selebriti lelaki Korea yang diberi cabaran untuk menjaga sendiri anak-anak mereka selama 48 jam tanpa bantuan dari isteri masing-masing. Selebriti ini terdiri daripada pelakon, penulis lirik dan petinju.
Pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh selebri-selebriti ini. Mereka perlu mengambil alih tugas isteri mereka untuk menguruskan anak-anak. Rancangan ini banyak bermain dengan emosi yang kadangkala lucu, sedih, gembira dan boleh buat kita rasa terharu pun ada.
Apa yang menarik bagi saya, melalui siri ini para suami dan bapa dapat merasai sendiri bagaimana sukarnya untuk menguruskan rumahtangga dan anak-anak. bermula dengan bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan, melayan anak-anak makan, menukar dan memakaikan lampin, memasak makan tengah hari dan malam, membawa anak-anak untuk temujanji doktor dan banyak lagi.
Setelah melalui sendiri rutin harian seorang isteri dan ibu, mereka akan lebih menghargai jasa dan pengorbanan seorang wanita. Dan apabila ditanya adakah mereka sanggup mengambil alih tugas isteri secara sukarela dan bukan semata-mata kerana menjayakan sebuah siri realiti, kesemua mereka menjawab TIDAK SANGGUP.
Kalau lah ahli-ahli akademi buat macam tu pada para suami, agak- agak apa yang akan terjadi?

Selasa, 27 Mei 2014
Tombo Ati
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Pernah dengar lagu Tombo Ati nyanyian Opick Tak? Kalau tak silap saya Tombo Ati ni dalam bahasa jawa. Maksudnya pengubat hati. Bagi sesiapa yang tidak mengenali Opick ni, beliau adalah penyanyi yang berasal dari Indonesia yang memperjuangkan lagu-lagu ketuhanan. Macam Maher Zain yang menggunakan muzik dan lirik lagu berunsur ketuhanan sebagai medium dakwah mereka.
Tombo Ati atau Pengubat Hati ada lima.
Pertama, membaca Al Quran dengan terjemahannya sekali. Al Quran adalah panduan hidup kita. Jadi kalau kita tidak tahu maksud ayat-ayat yang terkandung dalam Kitab Suci ini, bagaimana kita mahu memahami seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita. Memahami maksud setiap ayat amat penting kerana di dalamnya terkandung pelbagai rahsia Allah untuk kita jadikan sumber rujukan.
(* InShaaAllah, sedang berusaha*)
Kedua, mendirikan solat malam atau lebih dikenali dengan solat tahajjud. Mengerjakan solat pada waktu malam adalah masa yang paling afdal untuk kita 'berdating' dengan Allah SWT. Masa inilah kita boleh mengadu, meminta dan berdoa apa saja kepada Dia Yang Maha Mendengar. Ketenangan pada waktu malam boleh mendatangkan khusyuk dalam solat kita.
(*Masih dalam usaha untuk istiqamah*)
Ketiga, berkumpul dengan orang-orang soleh. Saya rasa ramai yang tahu bagaimana kuatnya pengaruh orang-orang di sekeliling kita terhadap diri kita. Secara amnya, orang-orang yang soleh ini mempunyai aura yang sangat positif dalam diri mereka. jadi, apabila kita berada bersama-sama dengan mereka, kita juga akan mempunyai aura yang positif. Pemikiran yang positif akan membentuk kehidupan yang lebih baik. Kita akan selalu bersikap optimis dalan setiap perkara yang kita lakukan. Tapi jangan pilih kumpulan orang 'soleh' macam Ayah Pin pula. Lain pula jadinya nanti.
(*Teringin nak menyertai mana-mana kumpulan usrah tapi belum ada kesempatan dan rezeki. InShaaAllah, suatu hari nanti*)
Keempat, puasa. Sebagaimana kita sedia maklum puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga tapi lebih kepada menahan nafsu. Dengan amalan puasa sunat yang berterusan dapat menahan nafsu kita daripada melakukan perkara-perkara maksiat. disamping dapat pahala, dapat juga memperbaiki diri untuk menjadi Muslim yang lebih baik.
(*Masih dalam peringkat mendisiplinkan diri*)
Kelima, zikir yang berpanjangan. Amalan zikir sangat digalakkan kerana kita akan sentiasa ingat pada Yang Maha Esa juga kepada nabi kita yang tercinta Nabi Muhammad SAW.
(* Lagu-lagu zikir ni selalu menemani saya masa dalam perjalanan ulang-alik antara Pasir Puteh-Ajil tapi kadang-kadang terbabas juga nyanyi lagu pop 'senyum'*)
Kelima-lima dos ubat hati ni perlu disuntik dalam diri secara istiqamah (berterusan). Barulah hati yang 'sakit' bisa sembuh. InShaaAllah.
( Teks ini ditulis dari pendapat saya sendiri. Saya mohon maaf sekiranya ada antara fakta-fakta yang tersilap dan sekiranya ada sebarang nasihat dan pandangan amat di alu-alukan. Terima kasih.)

Ahad, 25 Mei 2014
Korea Dan Buku
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Foto: http://www.pinterest.com/pin/
Assalamualaikum wbt.
Satu perkara yang membuatkan saya tertarik apabila menonton drama atau rancangan realiti Korea, ialah hiasan dalamannya.
Tidak kira sama ada di bilik tidur, ruang tamu malah di restoran atau kafe mesti ada rak buku dengan pelbagai rupa dan reka bentuk. Sangat menarik dan sangat kreatif. Mungkin 'kegilaan' saya terhadap buku menyebabkan saya mudah perasan tentang kewujudan rak-rak yang comel ini.
Terus-terang,saya sangat kagum dengan masyarakat Korea. Hampir semua drama yang saya tonton mempunyai rekabentuk rak buku yang berlainan dan unik. Hal ini membuatkan saya terfikir, orang Korea ni sangat suka dengan buku agaknya. Sebab itulah rak buku merupakan perabot wajib yang harus ada di setiap rumah,restoran mahupun kafe di Korea.

Sabtu, 24 Mei 2014
Buku Pilihan
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Ulasan Buku
Tajuk buku: Rich Dad, Poor Dad ( Edisi Bahasa Melayu)
Penulis: Robert T. Kiyosaki
Buku motivasi bisnes ini memperihalkan tentang kehidupan penulis sebelum berjaya dan juga bagaimana beliau belajar selok-belok perniagaan sehingga berada di kedudukan seperti sekarang.
'Poor Dad' merujuk kepada bapa kandung penulis yang berpelajaran tinggi serta menjawat jawatan pensyarah di sebuah universiti tempatan. Walaupun beliau mempunyai PhD serta kerjaya dengan gaji yang stabil, beliau tetap dibebani hutang yang banyak sehingga pencen.
Manakala 'Rich Dad' pula merupakan bapa kepada kawan penulis yang belajar sehingga tingkatan tiga tetapi berjaya dalam bisnes dan disegani ramai. Kagum dengan pencapaian dan kejayaan 'Rich Dad', penulis mula belajar tentang bisnes daripada beliau sehingga penulis kini merupakan salah seorang dari ahli perniagaan yang berjaya.
Rahsia kejayaan 'Rich Dad' ialah pendidikan kewangan. Untuk berjaya dalam satu-satu perniagaan, seseorang perlu mempunyai ilmu dalam bidang kewangan. Hal ini penting supaya kita dapat mentadbir hidup kita dengan lebih baik Dan teratur serta bebas daripada belenggu hutang.
Memetik kata-kata penulis daripada buku ini,
"Sekiranya hendak menjadi kaya, kamu perlu ada ilmu berkaitan WANG Dan KEWANGAN."
Penulis juga ada mengatakan " Ramai orang memilih untuk bertahan dengan kerja mereka kerana takut tidak dapat membayar bail, takut tidak mempunyai wang yang cukup, takut dipecat dan takut sekiranya mereka perlu bermula dari bawah".
Pada pendapat saya, buku ini sangat baik untuk mereka yang masih lagi takut untuk bermula. Penulis mengajar kita untuk berfikir di luar kotak dan keluar dari zon selesa.
Kita perlu berani meneroka peluang-peluang baru dan harus mengubah cara kita berfikir untuk masa depan yang bebas hutang. Jom, ubah diri!

Semangat Yang Hilang
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt,
Bukan mudah sebenarnya nak menukar rutin harian. Semakin kita cuba untuk berubah dan memperbaiki diri, semakin banyak halangan yang menunggu di depan. Masa-masa beginilah penyakit M akan memunculkan diri.
Nak tahu apa dia penyakit M tu? Penyakit MALAS. Memang masalah besar kalau dah terkena penyakit ni. Sebab ubat dia susah nak berkesan pada badan.
Selalunya bila saya terkena jangkitan penyakit ni, mula-mula saya layan je dulu. Sebab itu tandanya otak saya dah 'jammed'. Jadi saya akan ambil masa untuk rehatkan minda untuk seketika. Tarik nafas dalam-dalam dan tenangkan fikiran. Buat dulu perkara-perkara yang penting tapi bukan dalam keadaan yang kelam-kabut. Saya perlu betul-betul berada dalam keadaan yang tenang sebelum saya menyusun balik jadual kerja saya.
Perkara seperti ini sering terjadi kepada saya apabila ada banyak kerja yang perlu dilakukan pada satu masa atau terdapat gangguan dari luar. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah, kan?
Saya masih lagi baru dalam bidang 'blogging' ni. Betul kata Pn. Masayu, apa yang penting perlu pandai susun jadual. Dan saya akan cuba untuk ikut tip-tip yang diberi sebagai panduan agar penyakit M tu tak menyerang saya lagi.
Kuatkan semangat,hidup perlu diteruskan tidak kira apapun yang berlaku. Perjuangan baru bermula. Kambate!

Jumaat, 23 Mei 2014
Hujan Dan Panas
Teks: Norafiza Abdul aziz
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya hujan turun juga membasahi Kelantan dan Terengganu (saya tinggal di Kelantan tetapi bekerja di Terengganu).
Baru sekejap ditimpa ujian kemarau, sudahpun terdengar keluhan di sana-sini. Sudah memang lumrah manusia agaknya. Bila kemarau asyik mengeluh panas. Nak berjalan kaki sikit pun dah rasa malas. Bila hujan turun, keluhan lain pula timbul. Tak kering lah baju yang dijemur hari ni. Tak jadi lah nak keluar joging hari ni. Macam- macam sungutan yang timbul. Jarang sangat nak bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.
Sepatutnya kita menghadapi setiap musibah dengan hati yang tenang dan berlapang dada. Panjatkanlah doa dan ucapkanlah syukur pada-Nya setiap hari diatas segala ujian dan nikmat yang dikurniakan kepada kita.
Syukur Alhamdulillah.
Petik kata-kata Prof Dr. Muhaya, "Jom reset minda".
#notetoself

Sabtu, 17 Mei 2014
Ruangan Iklan Online
RUANGAN IKLAN ONLINE
Teks : Norafiza Abdul Aziz
Kami telah melancarkan Soho Directori, yang merupakan sebuah blog untuk memasarkan
semua produk atau perkhidmatan para peniaga offline atau online. Soho Directori ini khas
untuk mereka yang mahu memasarkan secara online.

Bagi yang sedang tercari-cari pengiklanan atas talian, dapatkan beberapa pakej iklan yang
kami tawarkan, iaitu :
kami tawarkan, iaitu :
Pakej Iklan 1:
RM50- 1 gambar, link fan page, link blog
Tempoh 6 bulan
Renew iklan RM50 untuk 6 bulan
Pakej Iklan 2:
RM100
2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk, keterangan, 1 testimoni produk,
ulasan blog pilihan
Tempoh 12 bulan
Renew iklan RM100 untuk setahun
Pakej Iklan 3:
RM250
2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, 1 testimoni,
ulasan blog pilihan
Tempoh 12 bulan
-servis bonus 1: siapkan email dan blog (bagi yang tidak ada blog bisnes)
-percuma ebook super wahm super mom
Renew iklan hanya RM100 setahun
Pakej Iklan 4:
RM300
2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, 1 testimoni,
ulasan blog pilihan
Tempoh 12 bulan
-Servis bonus 1: siapkan email dan blog
-Servis bonus 2: siapkan fan page bisnes, borang link produk
Percuma 1-ebook super wahm super mom (bernilai RM25)
Percuma 2: ebook asas blog (bernialai RM50)
Harga sebenar, RM375, bayar hanya RM300 sahaja.
Renew iklan hanya RM100 setahun.
Peluang terbuka kepada semua usahawan online mahupun offline yang ingin mempromosikan
produk mereka kepada pelanggan melalui pemasaran internet.
Melalui Akademi Bekerja Di Rumah sudah ada hampir 100 blog yang sudah mendaftarkan diri
dan akan berfungsi sebagai platform untuk menyiarkan iklan.
Cepat tempah ruang sekarang sebelum terlambat. Hubungi saya melalui :
Email : norafizaabdulaziz@gmail.com
Sms/whats app :019-9464062 / 011-17933520
Bagi mereka yang menyertai kelas asas blog & fanpage, yuran pengiklanan adalah PERCUMA!!!!
DAFTAR KELAS UNTUK DAPAT PENGIKLANAN PERCUMA..
Perkongsian Ilmu
Assalamualaikum wbt,
Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik perhatian saya semasa sedang menambah ilmu bekalan akhirat pagi tadi (semoga mendapat keredhaan Yang Maha Berkuasa, InshaaAllah).
At-Thabrani Dan Hakim meriwayatkan (sekaligus) menshahihkan riwayat dari Anas r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Ada empat hal yang mengagumkan; kesabaran dan ia adalah ibadah yang pertama, rendah diri ( tawadhu'), mengingat Allah (dzikrullah) dan menyedikitkan sesuatu ( tidak berlebih-lebihan)."
-Surah Ar-Ra'd, ayat 22
(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
-Surah Ar-Ra'd, ayat 28
Rujukan: Al-Quran Tajwid Dan Terjemahan beserta Ashabun Nuzul, Hadith Sahih Dan Indeks Tematik terbitan Humaira Bookstore Enterprise.
Semoga bermanfaat.
(Saya amat mengalu-alukan sebarang komen sekiranya ada,terima kasih)

Jumaat, 16 Mei 2014
Selamat Hari Guru
Assalamualaikum wbt,
Selamat Hari Jumaat,
Guru ke cikgu? Bila mendengar pertanyaan ini, saya akan teringat kepada tutor kimia saya semasa belajar di kolej matrikulasi dulu. Beliau pernah bertanya kepada kami soalan itu. Pada pendapat saya dua-dua pun sama je. Tapi nak tau apa beliau cakap?
"Saya nak jadi guru sebab guru ada mahaguru. Kalau cikgu mana ada mahacikgu."
Terus kami sekelas ketawa dengar jawapan beliau. Memang tak sangka sangat beliau boleh bagi jawapan tu. Dan peristiwa ini menjadi satu memori yang tak pernah saya lupakan.
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh dunia terutama kepada guru online saya Anys Idayu Zakaria (http://anysidayu.blogspot.com) ,pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah, Pn. Masayu Ahmad (http://naufalsayang.blogspot.com ) serta guru-guru ABDR yang lain. Terima kasih di atas segala perkongsian ilmu kalian.
Kepada semua guru-guru saya dari saya kecil sampai kini, saya doakan agar cikgu-cikgu semua mendapat rahmat dari Allah swt, sentiasa dilindungi olehNya dan semoga curahan ilmu kalian dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Terima kasih Cikgu.
Selamat Hari Guru.

Khamis, 15 Mei 2014
Khamis yang damai
Assalamualaikum wbt
Selamat pagi.
Pagi ini saya bangun dengan semangat untuk menyiapkan tugasan sebelum cuti saya berakhir. Saya bercuti selama lima hari dari hari Ahad sehingga hari ini dan esok kembali bertugas seperti biasa. Saya bekerja ikut shif, jadi waktu cuti saya tak sama seperti orang lain.
Tengah bersarapan dan berbual dengan mama, si kecil Ilham bangun. Terus buat buatkan air milo atas permintaan dia sendiri.
Sekarang kami berdua sibuk dengan tugasan masing-masing. Saya mengadap laptop nak menyiapkan tugasan sementara budak kecil ni sibuk dengan tablet mendengar kid's song yang saya muat turun khas untuk dia.
Jadi pagi ini saya menyiapkan tugasan diiringi lagu twinkle twinkle little star nyanyian superatar Ilham.
Khamis yang damai.

Usaha Tangga Kejayaan
Assalamualaikum wbt,
Hari baru,permulaan baru..
Bukan mudah nak senang.. Perlukan usaha yang tak berbelah bagi untuk mencapai sebuah kejayaan.
Hari saya meneruskan tugasan saya sebagai pelajar baru ABDR. Belajar benda baru. Berdikit-dikit menimba ilmu. Namun syukur masih ada ruang dan waktu untuk itu.
Setelah sekian lama berada dalam zon selesa, agak sukar untuk menukar rutin hidup secara tiba-tiba. Apatah lagi untuk seorang ibu mempunyai si kecil yang sedang mengenal dunia. Bangun tidur je dah sibuk cari tablet. Dah bagi tablet, bila tengok kita sibuk dengan laptop datanglah dia nak berebut mouse kat tangan. Hai lah adik, memang dengki tengok mummy buat kerja.
Apapun, usaha tetap kena teruskan. Tugasan tetap perlu disiapkan. Kata nak capai impian setinggi bintang dilangit. Setiap cabaran perlu diatasi.
Usaha Tangga Kejayaan.

Rabu, 14 Mei 2014
Salam perkenalan
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Ewah, berpantun pulak. Tapi rasanya pantun ni memang sangat sesuai dengan diri saya pada saat dan ketika ini. Saya memang ibarat 'budak' yang baru nak belajar bertatih dalam dunia blog ni. Harap dapat diberi tunjuk ajar agar perjalanan dan pembelajaran saya berada di landasan yang betul.
Nama penuh saya Norafiza binti Mud Hanapi @ Abdul Aziz. Keluarga memanggil saya dengan nama Nora tetapi saya lebih dikenali dengan nama Fiza dikalangan rakan-rakan. Nama sebenar abah saya ialah Abdul Aziz dan dipanggil En.Aziz oleh keluarga dan kenalan rapat. Kenapa abah saya mempunyai dua nama biarlah menjadi rahsia keluarga kami. Dari itu terciptalah nama blog saya Fiza Aziz.
Saya anak kedua dari lima adik-beradik. Mempunyai seorang kakak dan tiga orang adik lelaki. Jadi saya ni tuan puteri bongsu dalam keluarga. Manja dan keras hati, inilah karakter saya.
Saya dilahirkan di Kg Labok,Machang, (kampung mama), Mengenal ABC di Bachok, tetapi membesar di bandar Kota Bharu, Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Saya berkahwin pada hujung tahun 2008 dengan rakan setugas saya, En.Ayie. Cinta lokasi kot, hehe. 14 Oktober 2009 lahirlah putera pertama diberi nama Muhammad Nur Iman Syahmi dan tanggal 6 September 2011 putera kedua, Muhammad Nur Ilham menjenguk dunia. Buat masa sekarang saya dan En.Ayie tinggal berjauhan disebabkan tuntutan kerja masing-masing. Dugaan dan ujian buat kami. Apapun perlu tabah hadapinya. Hidup mesti gembira.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kemudi Bachok, Kelantan (masa tu abah bertugas di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok) tapi sekejap saja, cuma setengah tahun. Abah ditukarkan ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu jadi saya meneruskan persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 11 dan seterusnya di Sekolah Menengah Zainab 1. Tengok nama pun mesti dah boleh agak sekolah ini untuk pelajar perempuan sahaja (girl school).
Habis SPM, saya ditawarkan melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Sains Kolej Chermai, Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan. Habis matriks, terus sambung di UiTM Arau, Perlis mengambil jurusan Kejuruteraan Awam. Tetapi sayangnya takdir Allah, pengajian saya terhenti separuh jalan atas sebab peribadi.
Mendung yang menyelubungi hidup saya akhirnya berlalu apabila permohonan saya untuk jawatan Pegawai Imigresen di Jabatan Imigresen Malaysia diterima. Kerjaya baru saya sebagai Pegawai Imigresen bermula dengan kursus induksi selama tiga bulan di Akademi Imigresen Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan. Penempatan pertama saya di Limbang, Sarawak sempadan dengan negara Brunei Darussalam. Dari sini bermulalah cabaran sebenar dalam hidup puteri bongsu En.Aziz ni. Tidak terlalu lama berada di Sarawak, saya akhirnya berjaya balik bertugas di negeri kelahiran saya dan kali ini di sempadan Thailand pula. Kini, selepas lima tahun menabur bakti di sempadan, saya bertugas di Depot Tahanan Ajil, Hulu Terengganu. Kali ini tugas saya menjaga Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditangkap untuk urusan penghantaran pulang ke negara masing-masing. Belajar mengenal dunia, mengenal orang, bertemu jodoh, pengalaman pahit manis bekerja ditempat orang semuanya saya lalui selepas menjawat jawatan ini yang akan menginjak ke angka sepuluh tahun depan.
Saya dan Kak Long saya berkongsi minat yang sama. Kami 'hantu' buku. Pendek kata dimana ada buku, disitu ada kami. Begitulah taksubnya kami dengan buku. Bermula dengan buku-buku penyiasatan remaja semasa disekolah rendah, mengenal novel-novel cinta disekolah menengah (normal la kan?) dan setelah meningkat dewasa mula berjinak dengan bacaan yang lebih berat seperti buku motivasi, keagamaan, bahan ilmiah dan mula membaca buku tentang bisnes. Semakin banyak buku yang di baca semakin banyak yang nak tahu. Sangat dahagakan ilmu terutama ilmu akhirat.
Saya sebenarnya masih lagi mencari-cari bidang yang boleh saya ceburi sebagai persediaan masa depan. Teringin nak mempelajari dan mendalami bidang pastri juga bidang jahitan. Sekurang-kurangnya buat kek sendiri untuk meraikan insan-insan tersayang dihari istimewa mereka dan menjahit baju kurung untuk diri sendiri. Boleh juga ambil upah jahit baju kurung untuk kak long, hehe. Kekangan masa boleh lagi nak hadapi tapi kekangan dari diri sendiri yang susah. Selalu sangat cepat mengalah. Sangat perlu motivasi untuk ubah diri sendiri, macam tajuk blog saya, From Zero to Hero. Menjadi salah satu sebab saya menyertai akademi ini.
Sebab utama saya menyertai akademi ini adalah kerana ingin menjaga putera sulung saya yang kami panggil Iman atau Abe Long diserang epilepsy atau lebih dikenali sebagai sawan pada umur setahun setengah. Saya akan ceritakan lebih lanjut tentang Iman pada entri lain ye.
Disamping itu, dunia yang semakin mencabar ni memerlukan kita untuk lebih bijak mencari ruang dan peluang supaya tidak ketinggalan. Saya ingin melepaskan diri dari rasa terbelenggu bekerja makan gaji dan inginkan ruang yang lebih fleksibel untuk diri dan keluarga. Serta impian yang sekian lama terpendam, saya ingin menyambung kembali pengajian saya yang tergendala dulu dan kalau boleh sampai ke peringkat yang tertinggi.
Takdir Allah yang menemukan saya dengan Akademi Bekerja Dari Rumah ini seolah-olah mimpi jadi kenyataan. Dan diharap segala ilmu yang saya dapat diakademi ini boleh saya manfaatkan bukan sahaja kepada diri saya tetapi juga kepada mereka yang masih lagi mencari-cari arah diluar sana.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah Pn.Masayu Ahmad dan guru online saya yang sangat berdedikasi, Pn. Anys Idayu Zakaria. Semoga Allah memberkati usaha kalian (dan juga saya) serta dapat memberi sedikit sumbangan kepada pembentukan umat Islam yang lebih berjaya di dunia dan lebih lagi di akhirat. InshaaAllah.
Salam perkenalan dari saya,
Fiza Aziz

Langgan:
Catatan (Atom)