Isnin, 21 Julai 2014

Bersederhanalah

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Dah siap shopping raya? Sekarang ni  mesti ramai yang sedang kelam-kabut menyiapkan persiapan menjelang hari raya. Maklumlah, lagi seminggu nak raya. Untuk saya sekeluarga, Alhamdulillah. Dengan rezeki yang tak pernah putus dari Allah SWT, persiapan hampir selesai. Semuanya secara ala kadar saja. Tapi esok, Kak Long ajak teman shopping kat Kota Bharu. Harap-harap iman saya kuat untuk tak tergoda nak beli itu ini. Maklumlah, jualan murah. Tapi, murah ke? He he..

Mungkin ada yang perasan, seminggu dua ni  aktiviti 'berblogging' saya agak perlahan. Sebenarnya saya sedang menambah ilmu berkaitan bisnes, kewangan dan strategi-strategi dalam bidang perniagaan dan kewangan. Maklum saja, saya budak baru belajar. Alhamdulillah, ternyata kasih sayang Allah itu Maha Luas. Ternyata, jalan yang saya lalui penuh liku namun ilmu yang dikutip sepanjang perjalanan itu sangat bernilai. Dia mahu saya belajar dan mencari ilmu sebelum saya benar-benar mengecapi kebahagiaan hakiki.

Hari ini, saya nak berkongsi sedikit tentang apa yang saya dapat sepanjang minggu ni. Pernahkah anda dengar atau mungkin juga sudah khatam membaca buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'? Saya bukan ingin membuat ulasan buku tersebut (sebab tak khatam lagi, he he). Tapi saya tertarik tentang perkongsian penulis mengenai seseorang yang sudah mengecapi kebebasan hutang. Dan hamba Allah yang bertuah itu ialah saudara Mohd. Zulkifli bin Shafie. Baru-baru ini saya ada singgah di blog beliau dan MasyaAllah, banyak sungguh ilmu berkaitan bisnes dan kebebasan kewangan yang beliau kongsikan. Saya sangat teruja apabila membaca blog beliau. Banyak tip-tip dan info-info yang boleh kita manfaatkan dari perkongsian beliau. Saya syorkan kepada anda semua untuk membaca blog beliau di http://www.mohdzulkifli.com.

Antara petua saudara Mohd. Zulkifli untuk bebas hutang ialah hidup dibawah kemampuan. Bukanlah maksudnya kita kena jadi kedekut, tapi berjimat cermat. Lupakan segala benda yang tidak perlu dalam hidup kita. Fokus dahulu kepada membayar hutang-hutang yang ada. Tapi, mestilah ada caranya. Sesuai sangatlah kalau kita nak mula praktik untuk raya ni. Tidak usahlah membazir wang yang ada untuk membeli barang yang tidak perlu sebenarnya. Kalau kita pandai buat bajet dan lebih bagus lagi kalau mampu mengawal nafsu, InshaaAllah, banyak yang boleh kita jimat. 

Oleh itu, bersederhanalah dalam berbelanja. Kebahagiaan dan kegembiraan itu bukan datang dari baju baru dan deretan makanan yang pelbagai, tapi datang dari hati yang tenang.

#selamat shopping raya
#knowledge is power




Sabtu, 19 Julai 2014

10 Terakhir Ramadhan vs Persiapan Raya

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Sekejap je kan,masa berlalu. Ramadhan semakin meninggalkan kita. Sayu je rasa hati. Keseronokan Ramadhan tiada bandingan. 

Tahun ni  saya menyambut Ramadhan di dua tempat. Satu dirumah bersama-sama keluarga tersayang dan satu lagi di tempat bertugas bersama-sama sahabat seperjuangan. Sudah tentu suasananya berbeza. Di rumah agak meriah, makanan juga agak pelbagai walau masih bersederhana. Di tempat kerja boleh dikatakan ala kadar sahaja. Tapi itu semua tak penting. Yang penting 'bonding' semasa berbuka dan bersahur itu. Yelah, bukan senang nak berkumpul makan sama-sama. Kalau masa sahur tu makan dan termenung bersama-sama. Baik di rumah mahupun di tempat kerja. Selama ni , makan ikut mood. Rasa nak makan awal, makan je dulu, tak tunggu orang lain dah. Asalkan, perut kita kenyang. Tapi, di bulan Ramadhan, semua sama-sama menunggu azan Maghrib untuk berbuka. 

Dan momen-momen ini akan berlalu tatkala Ramadhan berakhir. Sebaik sahaja Syawal menjelma, tiada lagi rutin menunggu azan dan makan bersama. Keadaan akan kembali seperti selalu. Kau, kau; aku,aku. Begitulah hakikatnya. Seolah-olah Ramadhan yang baru dilalui hanya suatu mimpi sahaja. 

Kini, kita berada di zon 10 hari terakhir Ramadhan. 10 hari yang penuh keberkatan kerana antara hari hari itu ada malam yang cukup istimewa. Semua orang begitu ingin bertemu dengan malam ini. Namun, berapa ramai yang benar-benar berusaha untuk berjumpa dengan malam ini? Tepuk dada tanya iman. Ingatan untuk diri sendiri. Namun, saya doakan agar anda dan saya dapat berjumpa dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan ini, Malam Lailatul Qadar. Amin. InshaAllah, semoga diizinkan oleh Allah.

Syawal bakal menjelang. Semua orang dah mula sibuk. Dengan lagu-lagu raya yang berkumandang disana-sini menambah lagi kesibukan menyambut hari raya. Semua dah mula sakit kepala. Baju raya tak siap lagi, baju anak-anak, kasut, langsir, perabot kena beli baru. Kuih raya nak berapa jenis? Nak beli yang dah siap ke, nak buat sendiri? Cuti raya lulus ke tak ni? Kereta tak servis lagi. Dan senarainya memang tak akan habis sampailah hari raya tiba. Hakikat yang kita tak nafikan.

Shopping komplek makin sesak orang. Dari hari dapat bonus, maka bermulalah sesi membeli-belah tak ingat dunia. Yelah, raya kan setahun sekali. Oh, dunia!

Makin hari, masjid makin kurang jemaahnya. Tak sempat katanya. Banyak persiapan raya nak kena buat. Lupakah terus dengan rahmat Ramadhan? Yakin ke, tahun depan masih boleh bertemu Ramadhan lagi? Dah tertunai ke, azam Ramadhan tahun ni? Sekali lagi, tepuk dada, tanya iman.

Saya harap saya sempat menunaikan azam Ramadhan saya tahun ni. Persiapan raya ala kadar sajalah. Ramadhan tahun ni, banyak benda yang saya belajar. Lagi pula banyak tragedi yang terjadi Ramadhan tahun ini. Peperangan di Gaza dan yang terbaru pesawat MH17 yang ditembak dan terhempas. Innalilllahhi wainna ilaihi rojiun. Takziah kepada keluarga mangsa.  Menyebabkan saya rasa lebih baik untuk kita menghayati dan menghargai hari-hari terakhir Ramadhan. Tak siapa tahu, ini mungkin Ramadhan terakhir kita.

# Al-Fatihah untuk semua mangsa pesawat MH17 yang beragama Islam.
# Jom Kejar Lailatul Qadar

Selasa, 15 Julai 2014

Contengan Jalanan I- Fend

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Ulasan Buku : Contengan Jalanan I - Fend
Penulis : Hlovate
Terbitan : Jemari Seni Publishing

" Contengan pengalaman perjalanan mencari Tuhan" - Hlovatesays

Memaparkan kisah yang amat berat. Tentang tujuan hidup dan hakikat kematian. Semuanya bermula dari satu ayat,

" The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th. "

Perkara pertama yang terlintas difikiran, tentang orang tidak sempat berubah atau lebih tepat lagi, tidak sempat bertaubat.

Dalam Contengan Jalanan I - Fend, Hlovate (penulis) membawa kita mengembara bersama dua orang sepupu, Fend dan Chad jauh ke bumi Australia. Semuanya bermula dari ayat keramat, " the man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th" yang terbit dari mulut seorang gadis yang Fend temui secara tidak sengaja bernama Lia.

Fend, seorang pelajar universiti yang baru nak menginjak ke usia dewasa. Hanya lima perkara sahaja yang penting dalam hidupnya. Kamera, kerana dia merupakan pelajar jurusan fotografi, gitar, komputer riba, telefon bimbit dan iPod. Dunianya hanya fotografi, lukisan, jamming bersama anggota bandnya merangkap kawan-kawan baiknya dan kadangkala menerima kerja-kerja 'freelancing' sebagai jurugambar. Sepupunya, Chad, sedang menyambung pelajaran di Texas atas tajaan syarikat tempat dia bekerja. Chad punya segalanya, kerjaya yang bagus dan memiliki rumah dan kereta sendiri. Namun, itu semua belum mampu memuaskan hatinya yang terasa kosong.

Rasa ingin tahu Fend dan rasa kekosongan dalam hati Chad membawa mereka ke Australia, mencari makna hidup Ramadhan tahun itu. Dan bermulalah perjalanan mencari Tuhan di bumi asing itu.

Di Australia, mereka mengambil keputusan untuk menumpang di sebuah masjid, Punchbowl Mosque yang akhirnya membawa perkenalan dengan imam masjid, Imam Zakariyya dan ayahnya Tok Abdul Qadir yang berasal dari Arab Saudi.

Di masjid itu, mereka mula mengenal Islam dengan lebih mendalam. Mula sedar bahawa Islam itu universal dan tidak mengira bangsa, keturunan, pekerjaan dan warna kulit. Islam juga bukan hanya untuk golongan Pak Arab dan ustaz ustazah . Mengamalkan ajaran Islam yang sebenar adalah wajib dalam kehidupan setiap Muslim.

Tahun itu, Fend dan Chad benar-benar merasai roh Ramadhan. Mereka mula membuka kembali Kitab Suci, belajar tafsir, belajar hadis dan sama-sama merebut peluang mengejar malam Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Kembara itu sangat memberi kesan kepada mereka.

Namun, diakhir cerita ini berlaku satu tragedi. Dan sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa menentukan segalanya.

# 1 The 11th hour adalah cerita mengenai orang yang berubah. Berubah sebelum ajal tiba. Berubah kepada jalan cari Tuhan semula. Berubah kembali ke jalan-Nya sebelum ajal menjemput.

# 2 Bagi saya, kisah ini memberi satu pengajaran yang baik untuk mereka yang masih mempunyai fikiran bahawa mati itu hanya berlaku apabila sudah tua. Berubahlah sebelum terlambat kerana kematian pasti datang tak kira masa, tempat, dan usia. Kun Faya Kun.

# 3 Sengaja saya tidak menceritakan pengakhiran cerita kerana saya sangat berharap orang ramai akan membaca buku ini kerana ia sarat dengan pengajaran yang tidak boleh di pandang ringan. Bukan untuk saham dunia tetapi lebih kepada saham akhirat.

# 4 Saya membuat ulasan buku ini kerana ia berlatarbelakangkan bulan Ramadhan, sesuailah dengan kita sekarang. Semoga bermanfaat.



Ahad, 13 Julai 2014

Kesempurnaan Puasa Ramadhan

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Pada 9 Julai 2014 bersamaan 11 Ramadhan 1435H, saya telah menghadiri satu sesi ceramah anjuran jabatan tempat saya bertugas. Bersesuaian dengan bulan Ramadhan ini, tajuk ceramah yang disampaikan adalah mengenai Kesempurnaan Puasa Ramadhan yang disampaikan oleh Tuan Haji Muhamad bin Deraman, Penolong Pengarah Pencegahan dan Siasatan MAIDAM, Terengganu.

Kata orang ' sharing is caring'. Jadi disini, saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu yang saya dapat melalui sesi ceramah berkenaan. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Ada beberapa tingkatan puasa yang boleh kita ukur:
  1. Puasa awam - iaitu hanya menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa. 
  2. Puasa khusus - iaitu bukan hanya menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa malah turut berpuasa pancaindera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  3. Puasa khususul khusus - Selain daripada puasa seluruh pancaindera dan seluruh anggota badan tetapi turut berpuasa 'hati' yakni tidak memikirkan soal keduniaan
Yang mana satu tingkatan puasa kita? Tepuk dada, tanya iman.

Bagaimana ingin mendapat kesempurnaan puasa? Ada beberapa perkara yang boleh kita amalkan sepanjang kita berpuasa;
  1. Makan sahur - kita disunatkan supaya bersahur dan waktu yang afdal untuk bersahur ialah sejam sebelum waktu imsak. Nabi Muhammad SAW menyarankan supaya melewatkan sahur dan hukumnya adalah sunat.
  2.  Segera berbuka - kita disarankan supaya segera berbuka puasa sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang dan disunatkan berbuka dengan kurma atau manisan.
  3. Rezeki yang halal - makan dan pakailah daripada sumber rezeki yang halal.
  4. Mandi hadas dengan segera - kita dituntut untuk menyegerakan mandi hadas iaitu sebelum terbit fajar.
  5. Qiamulail - Antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan untuk qimulail ialah solat sunat tarawih, solat sunat witir, berzikir, selawat dan membaca Al-Quran.
  6. Menjaga lidah - kita seharusnya menjaga setiap percakapan kita seperti tidak berdusta, mengadu domba, mengumpat, menyebarkan fitnah, berbual kosong dan sebagaikan untuk mengelakkan berkurang pahala puasa kita.
  7. Menjaga syahwat - elakkan dari perkara-perkara yang mendorong kita melakukan perkara maksiat.
  8. Mengawal emosi - kita perlu bijak dalam mengawal emosi kita agar tidak mudah marah, tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kurang pahala puasa kita.
  9. Buat kebajikan - perbanyakkanlah sedekah dan melakukan amal jariah di bulan penuh keberkatan ini.
  10. Banyak berdoa - antara doa-doa yang mustajab adalah doa ibu bapa, doa pemerintah yang adil, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang berpuasa.
  11. Bertakwa kepada Allah - semoga semua amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan dapat diteruskan pada bulan-bulan berikutnya.
Pada bulan Ramadhan juga ada malam yang paling mulia, malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar. Oleh itu, marilah kita sama-sama mencari malam yang penuh keberkatan ini pada 10 malam terakhir Ramadhan. Ya Allah, temukanlah kami dengan malam yang penuh barakah dariMu, malam Lailatul Qadar. Amin.

#sedikit perkongsian daripada saya. rasa macam selfish pula kalau tak share dengan orang lain.
#sedang dalam rangka menyusun strategi baru. doakan saya agar bertemu jawapannya.


Sabtu, 12 Julai 2014

Always A Traveller - Reclaim Your Heart

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Anda semua kenal dengan Mizz Nina? Alhamdulillah, syukur dengan perubahan beliau setelah menunaikan haji tahun lepas (kalau tak silap saya).

Minggu lepas, saya ada menonton sebuah travelog Mizz Nina yang bertajuk Always A Traveller- Reclaim Your Heart. Travelog ini berkisarkan tentang pencarian Mizz Nina tentang Islam dan kehidupan. Pengembaraan beliau bermula setelah membaca buku Reclaim Your Heart yang membawa beliau ke bumi New Zealand untuk bertemu dengan penulis buku tersebut, Ustazah Yasmin Mogahed.

Sedikit perkongsian dari program ini:
Ustazah Yasmin dalam sesi ceramahnya menyatakan bahawa kita adalah pengembara dan dunia ini adalah satu persinggahan kita dalam menuju ke kehidupan abadi iaitu Jannah. Untuk itu, kita seharusnya mempunyai bekal secukupnya dalam perjalanan kita sebagai persediaan untuk menghadapi hari Akhirat.

Memang benar, kita cuma pengembara sahaja di dunia ini. Tiba masanya kita akan sampai ke destinasi akhir kita, Akhirat. Untuk itu, kita perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai ujian dan dugaan dalam perjalanan yang semestinya penuh dengan onak duri. Persediaan yang cukup amat perlu agar perjalanan akhir kita dapat dilalui dengan mudah.

Travelog ini mempunyai beberapa siri, berdurasi selama 30 minit (termasuk iklan) setiap siri dan boleh diikuti setiap Sabtu dan Ahad jam 5.30 petang.

#Reclaim Your Heart dah masuk dalam 'book wishlist' saya
#mood gila buku dah datang

Kelas Online ABDR I

Assalamualaikum wbt.

Adakah anda berminat untuk mempunyai blog anda sendiri? Di Akademi Bekerja Di Rumah, kami menawarkan kelas-kelas online yang anda boleh ikuti dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.


Kelas- kelas Yang Ditawarkan ABDR
  1. Kelas Asas Blog Dan Penulisan
  2. Kelas Asas Blog Fanpage Mula Bisnes
  3. Kelas penulisan kreatif
  4. Kelas penulisan ebook pertama
  5. Kelas Akaun WAHM SAHM SOHO Bisnes Kecil
  6. Kelas asas wordpress
  7. Kelas beriklan mudah.my
  8. Tempahan blog bisnes - 5 hingga 7 hari siap
  9. beriklan di sohodirectory dengan pautan hampir 800 blog

Matlamat utama
  1. Memberi pencerahan dan ruang kepada suri rumah yang baru mengenal dunia online terutama tentang blog, fan page dan sebagainya.
  2. Kelas Asas Blog dan Fan page, khusus kepada mereka yang 'zero knowledge' tentang urusniaga online. Sebagai permulaan awal, membina Kedai online dan latihan urusniaga. Selepas boleh berdikari dengan belajar dengan pakar-pakar pemasaran yang lain yang lebih meluas dan membina rangkaian bisnes sendiri. ABDR adalah sebagai trek pemula, sebagai langkah awal bagi mereka yang benar-benar zero tentang bisnes dan urusniaga online.
  3. Kelas Asas Blog dan Penulisan pula untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian Google.

Bagaimana Kelas ini dijalankan
  1. Tutorial dijalankan sepenuhnya secara online. Oleh itu, kelengkapan yang perlu ada ialah komputer/ laptop/ tablet/ smartphone dan talian internet.
  2. Komunikasi adalah secara one to one ( personal coaching) dengan guru online. Sebarang pertanyaan dan rujukan boleh diajukan melalui pm di Facebook atau melalui group kelas.
  3. Jadual adalah fleksibel - ikut kelapangan masa masing-masing.
  4. Nota dan tutorial bergambar disediakan.
  5. Bonus 4  eBook rujukan.
Kelas ini dimana?
  • Kelas dijalankan hanya secara online. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.
Saya bekerja, tak ada masa
  • Kelas ini dijalankan secara fleksibel iaitu mengikut masa setiap protege itu sendiri.
  • 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.
Saya tak ada produk sendiri
  • Produk disediakan oleh pihak akademi. Boleh join Rakan Niaga Akademi.
  • Jika sudah mempunyai produk sendiri, anda boleh belajar untuk menaikkan jualan.
Bila boleh pandai?
  • Bergantung kepada berapa anda boleh siapkan tugasan yang diberi. Ada pelajar yang boleh siapkan tugasan dalam masa hanya 10 hari, 3 minggu, sebulan malah ada lebih lagi. Semuanya bergantung kepada usaha setiap pelajar itu sendiri. Lebih cepat tugasan disiapkan, lebih cepat boleh menjana pendapatan daripada blog, Facebook dan fan page.
Apa lagi manfaat dari ABDR?
  • Jaringan dan perhubungan dengan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah dan suri berkerjaya.
  • Boleh berkenalan dan bertukar pandangan
  • Mempunyai kumpulan sokongan untuk mendapat semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya.
  • Juga pertukaran jaringan antara blog boleh menarik aliran trafik ke blog kita.
Siapa yang boleh menyertai kelas ini
  • Surirumah
  • Suri berkerjaya yang ingin mencari pendapatan sampingan
  • Juga terbuka kepada kaum Adam













# Anda boleh pilih mana-mana kelas yang sesuai untuk anda
# Untuk sebarang pertanyaan boleh email kepada saya atau pm saya di fb (semua maklumat ada di petak sebelah kanan page)









Jumaat, 11 Julai 2014

Pray For Gaza

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Sejak awal Ramadhan lalu, kita sudahpun mendengar berita sedih tentang saudara-saudara kita di Gaza, Palestin. Mereka diuji untuk kesekian kalinya dan kali ini dugaan lebih berat memandangkan sekarang adalah  bulan Ramadhan. Sekeras-keras hati ini, menitis juga air mata mengenangkan mereka yang sedang bertarung nyawa di sana. Apa dosa mereka sehingga mereka diperangi sedemikian rupa. Kejamnya Israel, sudahlah menjajah tanah orang, ingin menghapuskan terus penduduk negeri itu.

Apabila mengetahui satu-satunya pintu keluar dari Rafah, Mesir ditutup untuk rakyat Palestin mendapat bantuan sedangkan pintu untuk Israel terbuka luas, sudah boleh mengagak, betapa rapuhnya umat Islam disana. Bantuan untuk sesama saudara seIslam tidak diberi sedangkan umum mengetahui keadaan yang runcing di Gaza. Betapa saya terkilan.

Palestin sangat istimewa untuk kita umat Islam. Disitulah terletaknya Masjid Al-Aqsa. Di Baitul Maqdis, tempat terbukanya pintu langit semasa peristiwa Israk Mikraj dan juga di situlah tempat lahir beberapa nabi kita. (tolong betulkan saya andai ada kesilapan)

Namun,saya sangat kagum dengan penduduk Palestin. Cemburu juga ada. Mereka tidak gentar menghadapi serangan musuh. Begitulah tingginya kepercayaan dan penyerahaan diri yang sepenuhnya kepada Allah. Sungguh, bantuan Allah akan datang apabila tiba waktunya. Saya cemburu kerana mereka disana mendapat peluang untuk mati Syahid. Siapa yang tidak ingin mati dalam kemuliaan, dalam keadaan menegakkan agama Islam. Sungguh saya juga teringin untuk mendapat Syahid.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua untuk berdoa untuk keselamatan penduduk Gaza dan bumi Palestin. Bantulah saudara-saudara kita disana melalui sumber-sumber yang ada. Semoga sempena Ramadhan yang penuh berkah ini, doa kita semua akan dimakbulkan. Amin.

Bantuan dari segi material juga boleh disalurkan. Setahu saya ada dua pertubuhan yang aktif membantu penduduk Gaza iaitu Aqsa Syarif dan Aman Palestin. Bolehlah kalau anda semua ingin menyalurkan bantuan anda kepada mereka disana. InshaaAllah, semoga dengan bantuan kita yang sedikit ini mampu untuk meringankan beban mereka disana. Semoga Allah merahmati sekalian yang murah hati menyalurkan pelbagai bantuan kemanusiaan untuk saudara kita disana.

Moral of the story, bersyukur kita berada dalam keadaan yang aman. Masih diberi rezeki yang melimpah ruah. Masih boleh ketawa bergembira bersama keluarga tersayang. Syukur Alhamdulillah.

Ya Allah, Kau tabahkanlah seluruh penduduk Gaza menghadapi dugaan ini,
Ya Allah, bantulah kami untuk membantu mereka,
Ya Allah, semoga bantuan dan doa kami ini mampu untuk meringankan beban mereka,
Sesungguhnya hanya padaMu lah kami berserah. Amin.

Keep praying for our brothers and sisters in Gaza. Allahuakbar!

#maaf, entri kali ini sedikit emosi

Selasa, 8 Julai 2014

Azam 10 Ramadhan

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Sejekap saja masa berlalu. Pejam celik, hari ni  dah 10 Ramadhan. Terasa baru semalam mula berpuasa. Dan sesungguhnya masa yang berlalu itu tidak mungkin akan kembali lagi. Oleh itu, kuatkan semangat, rebutlah peluang yang ada sementara masih diberi kesempatan oleh-Nya.

Setiap permulaan hari yang baru, kita seharusnya mempunyai matlamat yang ingin dicapai pada hari itu. Saya juga begitu. Namun, sebagai manusia biasa, kita juga tidak boleh lari dari dihambat pelbagai cabaran yang kadangkala membuat kita hampir putus asa.

Terus terang saya katakan, saya mempunyai banyak perancangan untuk masa depan. Kita merancang, Allah juga merancang. Dan sebaik-baik rancangan tentulah daripadaNya Yang Maha Mengetahui.  Di beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. 

Saya baru saja menghabiskan bacaan novel 'Contengan Jalanan' tulisan penulis kegemaran saya, Hlovate. Entah kenapa saya tiba-tiba ingin mengulang membaca buku itu. Ini adalah Kali kelima atau keenam saya membaca buku itu. 'Contengan Jalanan' bukan novel biasa. Ia adalah sebuah contengan pengalaman perjalanan mencari Tuhan. Tentang manusia yang ingin berubah. Saya akan berkongsi intipati buku ini pada entri seterusnya, InshaaAllah. Apa yang boleh saya katakan buku ini banyak memberi kesedaran kepada saya serta mengingatkan saya tentang matlamat sebenar yang saya telah setkan di minda dan hati saya. Sekali lagi menggambarkan bahawa saya seorang hamba yang lemah dan pelupa. Hanya pada Dialah tempat memohon pertolongan dan mengadu. 

Hari ini, saya menulis dengan azam baru. Saya ingin berkongsi dengan anda semua apa yang telah, sedang dan akan saya baca dan pelajari. Kata orang 'sharing is caring'.

Saya seorang yang cetek ilmu. Apa yang saya tulis datang dari pembacaan, pengalaman dan pemerhatian juga ilham yang diberi oleh Allah SWT kepada saya. Andai ada salah dan silap tegurlah saya. Lumrah manusia tiada yang sempurna. Semoga kita semua diberkati oleh-Nya dan mendapat rahmat serta kasih sayang dari-Nya.

Doakan saya semoga sentiasa positif dalam menjalanani liku-liku kehidupan yang masih bersisa ini dan semoga kita semua sempat bersedia untuk membawa bekal secukupnya untuk bertemu dengan Yang Maha ESA kelak.

Selamat menjalani ibadah puasa. Salam 10 Ramadhan.


Isnin, 7 Julai 2014

Motivasi Pagi

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt. Salam 9 Ramadhan.




Setiap orang menginginkan kejayaan. Tiada siapa yang mahu hidup susah dan miskin. Namun setiap orang sudah ditentukan nasib hidup mereka. Tapi adakah kita tidak boleh mengubah nasib hidup kita? Sudah tentu boleh. Tapi ada syaratnya. Apa syaratnya? Mestilah kena berusaha keras, rajin, berdisiplin dan tidak mudah berputus asa. Disamping terus-terusan berdoa kepada Ya Razzaq, Maha Pemberi Rezeki. Hanya pada Dialah tempat kita bergantung dan berserah kerana hanya Dialah sebaik-baik penolong.

Selamat pagi semua. Semoga hari ini membawa kejayaan dan kebahagian untuk kita semua. 
#entri semangat untuk diri sendiri

.......................................................................................................................................
Bagi yang sedang menghadapi masalah seperti ini
*Mahu berniaga modal yang ada sedikit sahaja.
*Mahu berbisnes online tapi seolah gelap gelita jalannya.
*Tak tahu pilih produk sesuai untuk dropship
AKADEMI BEKERJA DI RUMAH, telah buka peluang untuk kalian sertai mana-mana kelas bisnes berikut untuk mula bisnes 
1. Pengurus online akademi (kelas online/ bengkel, ebook)
2. Borong runcit telekung solat
3. Bisnes makanan sunnah
4. Bisnes projek duit raya
>>Hanya yuran SEKALI SAHAJA dilaburkan.
>>Produk sedia ada.
>>Kami tunjukkan cara buat blog mesra carian google.
>>Kami masukkan dalam satu group untuk berkongsi tips bersama.
PALING PENTING :
Apa syarat yang perlu ada:
>> Laptop/komputer / tab / gadget phone
>> Talian internet
SYARAT UTAMA:
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN & KESUNGGUHAN
Bagi yang sedang mencari peluang, kami sediakan bantu kalian untuk bermula.
pm saya untuk mendaftar




Ahad, 6 Julai 2014

Doa Dhuha

Teks: Norafiza Abdul Aziz

" Ya Allah, sesungguhnya
   Waktu Dhuha, waktu Dhuha-Mu,
   Cahayanya, cahaya-Mu,
   Keindahannya, keindahan-Mu,
   Kekuatannya, kekuatan-Mu,
   Ya Allah, sekiranya rezekiku ada dilangit,
   Kau turunkanlah,
   Jika ada di bumi, Kau keluarkanlah,
   Jika jauh, Kau dekatkanlah,
   dan jika ada hampir maka Kau permudahkanlah
   dengan kebenaran Dhuha-Mu,
   Cahaya-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan-Mu dan Kesucian-Mu,
   Berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
   Ya Allah, cucuri rahmat ke atas penghulu kami
   Nabi Muhammad SAW dan  atas keluarga
   serta para sahabat baginda kesejahteraan,
   dan segala puji bagi Allah seru sekalian alam.

Saya tertarik untuk berkongsi doa ini kerana ia berkaitan dengan rezeki. Sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Kita disuruh untuk berusaha mencari rezeki yang halal dan berkat untuk keluarga kita. Sekiranya memang sudah ditakdirkan bahawa rezeki itu memang untuk kita maka bersyukurlah. namun sekiranya tidak, bersabar dan terus berusaha. 

Rezeki yang kita dapat tidak semestinya berupa wang ringgit semata-mata. Ramai yang keliru apabila mengaitkan rezeki itu hanya dalam bentuk material semata-mata. Kesihatan, kebahagian, ketenangan hati dan fikiran juga adalah rezeki. Keluarga yang bahagia, sahabat-sahabat setia juga adalah rezeki daripada Allah untuk kita. 

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama bersyukur dengan semua nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semalam, hari ini dan seterusnya. Semoga kita semua terus mendapat kasih sayang dan rahmat dari Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

#semoga Allah terus membuka pintu rezekiNya untukku, keluargaku dan para pembaca blog ini. Amin.
# pendaftaran untuk kelas-kelas online berikut masih dibuka:
   1. makanan sunnah dan borong telekung
   2. makanan sunnah dan projek raya
   3. makanan sunnah dan produk islami    

Khamis, 3 Julai 2014

Motivasi Pagi

Teks: Norafiza Abdul Aziz




Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah,masih dipanjangkan umur untuk sehari lagi. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Semoga perjalanan ke penghujung hari ini dipermudahkan oleh-Nya.

Ya Allah, terima kasih kerana masih memberi peluang untuk menghirup udaraMu lagi pada hari ini,
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku pada hari ini,
Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang lebih baik pada hari ini,
Ya Allah, berilah kekuatan dan kesabaran untukku menghadapi segala ujian dan cabaran,
Ya Allah, berilah keberanian untukku memohon maaf dan memberi maaf,
Ya Allah bukalah pintu rezekimu untukku dan seluruh umat Islam,
Ya Allah, jadikan aku, keluargaku serta sahabat-sahabatku orang-orang yang beriman dan bertakwa,
Ya Allah,berkatilah usaha kami pada hari ini dan hari hari seterusnya.

* maaf,entri macam tak sesuai dengan gambar. Tapi saya suka dengan kata-kata sebelah gambar tu. 

* Ingin mempunyai blog sendiri? 
Serta jemaah kami di Akademi Bekerja di Rumah. Selain dapat belajar bina Blog, anda juga berpeluang untuk menjana pendapatan dari rumah sebagai agen dropship ABDR.
Maklumat lanjut boleh dilihat di 




Ebook 101 Idea Home Based Bisnes


Kandungan ebook ini:

Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula bisnes tanpa modal
Bab 3: Rancang, sasar matlamat
Bab 4: Strategi pemasaran online
Bab 5: Strategi pemasaran offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi pemasaran gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia bisnes Siti Khatijah
Bab 11: Pengalaman usahawan sukses

Ebook ini boleh dimiliki pada harga RM50 melalui tempahan di
Lain-lain ebook di ABDR boleh didapati di
http://norafizaabdulaziz.blogspot.com/2014/06/pakej-ebook-abdr.html

E-book Panduan Mula Bisnes Butik Online dan Offline



Ebook ini mengajar langkah demi langkah memulakan bisnes butik secara online dan offline. Terdapat juga perkongsian dua usahawan yang sudahpun berpengalaman dalam perusahaan butik.

Kandungan:

Bab 1: Pengenalan bisnes
1.1: Ringkasan bisnes butik
1.2: Rangkaian industri butik
1.3: Ciri-ciri butik

Bab 2: Kemahiran
2.1: Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2: Kemahiran dalam bisnes
2.3: Ambil peluang bisnes secara online
2.4: Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun

Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan
3.1: Fokus produk (niche)
3.2: Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3: Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4: Panduan produk dan khidmat pelanggan

Bab 4: Modal
4.1: Modal untuk bisnes skala kecil
4.2: Contoh kaedah kumpul modal
4.3: Strategi pengurusan modal
4.4: sumber pinjaman

Bab 5: Siapa pelanggan/ sasaran
5.1: Mengenalpasti sasaran pelanggan
5.2: Panduan khidmat pelanggan
5.3: Kemahiran khidmat pelanggan
5.4: Cara menjual kepada setiap pelanggan

Bab 6: Pendaftaran Bisnes

Bab 7: Pengurusan bisnes
7.1: Pentadbiran
7.2: Operasi - pengendalian stok, pameran dibutik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan kewangan
7.4: Panduan pengurusan Profesional

Bab 8: Harga Tawaran
8.1: Kaedah penentuan harga
8.2: contoh penentuan harga
8.3: Mempelbagaikan jualan - konvensional dan online

Bab 9: Promosi/ Pemasaran
9.1: Kaedah promosi dan pemasaran
9.2: Strategi promosi butik
9.3: Strategi promosi butik
9.4: Tip promosi dan pemasaran

Bab 10: Organisasi/ badan berkaitan
10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
10.2: Jaringan usahawan - forum online, persatuan
10.3: Organisasi yang perlu disertai usahawan

Bab 11: Pengalaman bisnes
11.1: Alasan perlu buka butik
11.2: Pengalaman bisnes 1: Abaya Elegan - Norhaniza Taib
11.3: Pengalaman bisnes 2: Elly Suhaili Punari
11.4: Kisah inspirasi Butik Al-Ikhsan

Bab 12
12.1: Kelangsungan bisnes
12.2: Aliran pendapatan berganda
12.3: Lapan prinsip sukses
12.4: Tip bisnes orang Cina

Bonus 1: Pengalaman usahawan bisnes Butik Abaya
Bonus 2: Motivasi bisnes

Ebook ini boleh dimiliki pada harga RM50 dengan membuat tempahan di:
http://norafizaabdulaziz.blogspot.com/2014/05/borang-tempahan_3664.html
Lain- lain ebook dari ABDR boleh dilihat di sini:
http://norafizaabdulaziz.blogspot.com/2014/06/pakej-ebook-abdr.html

E-book Super WAHM Super Mom


Apa yang menarik dalam e-book ini

E-book ini adalah kesinambungan dari e-book Jana Wang Di Rumah. Sangat penting untuk mengetahui setakat mana cabaran bekerja atau bisnes dari rumah. Soalan seperti dibawah seringkali diajukan,

    " Bagaimana saya mahu mula, saya tidak pernah mengusahakan bisnes?"
    " Bolehkah saya berhenti kerja dan mula berjualan online?"
    " Bagaimanakah pendapatan saya setelah berhenti?"

Kandungan :

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho

Bab 2: Mengambil keputusan bekerja dari rumah
2.1: Sudah tidak ada hati bekerja
2.2: Persediaan asas
2.3: Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4: Puan M berkongsi dilema

Bab 3: Kisah inspirasi wahm,soho
3.1: Norhanita Bahrom, Gobok Boutique
3.2: Fauziah Ahmad
3.3: Farah Hafizah
3.4: Norazizah Ruslan - Business and health advisor
3.5: Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6: Faziatun Nisa - Chocville Online Choc Boutique
3.7: Durra Mohamed Jamri
3.8: Hani Arziana - SoHoIbU
3.9: Noor Hidawati
3.10: Harlinda Halim - Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11: Nadzura Sabry

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
4.1: Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2: Urus stress dengan super gembira
4.3: Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.4: Norhafizah Madzlan - cabaran mengurus enam anak
4.5: Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.6: Norain Kanafi

Bab 5: Tips sukses urus masa
5.1: Pengurusan masa untuk wanita
5.2: Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3: Urus masa keluarga
5.4: Sibuk yang fleksibel

Bab 6: Tips urus tenaga super mama
6.1: Tenangkan diri, jangan stress, stress!
6.2: Fokus kepada matlamat
6.3: Rawat dan rehat

Bab 7: Tips urus rumahtangga
7.1: Mengawal semangat yang teruk
7.2: Perlukah pembantu rumah?
7.3: Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.4: Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
8.1: Setiap orang ada satu kisah
8.2: Bekerja dengan jiwa
8.3: Mengekalkan momentum motivasi
8.4: Kisah teladan sepanjang zaman

E-book ini boleh dimiliki dengan harga RM25
Klik sini untuk tempahan:
http://norafizaabdulaziz.blogspot.com/2014/05/borang-tempahan_3664.html
Lain- lain e-book dari ABDR klik sini:
http://norafizaabdulaziz.blogspot.com/2014/06/pakej-ebook-abdr.html

Rabu, 2 Julai 2014

The Power of Zikrullah

Teks: Norafiza Abdul Aziz

Assalamualaikum wbt.

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, hari ini sudahpun masuk hari ke 4 kita berpuasa. Syukur masih diberi peluang untuk merebut pahala yang berlipat ganda Ramadhan ini.

Kebelakangan ini, saya sering gelisah. Apa yang dibuat serasa ada saja yang tidak kena. Kadangkala hampir berputus asa. Adakah saya akan dilanda penyakit kemurungan untuk kesekian kalinya dalam hidup saya? Ya Allah, tolonglah jauhi saya dari penyakit itu lagi. 

Hati yang tidak tenang, seringkali berasa gelisah, mudah berputus asa, panas baran adalah antara tanda-tanda penyakit hati. Teringat satu tajuk dalam program Tanyalah Ustazah di tv9 baru-baru ini, Vitamin Hati. Mungkin hati saya kekurangan vitamin. Sebab itulah saya sering gundah gulana. 

Semenjak saya mula untuk berniat untuk melakukan transformasi diri, saya sudah tetapkan dalam hati bahawa saya perlu melakukan perubahan secara menyeluruh termasuklah muzik yang menjadi halwa telinga saya. Jadi, sebagai langkah pertama saya mula memuat turun lagu-lagu ketuhanan dan juga zikir-zikir dari pelbagai artis dalam dan luar negara.

Selalunya, saya akan memasang zikir-zikir ini untuk menemani saya sepanjang perjalanan pergi balik dari kerja. Perjalanan yang memakan masa lebih dua jam memang akan diisi dengan lagu-lagu zikir dan nasyid. Dan mestilah saya akan turut 'berkaraoke' dalam kereta mengikut alunan zikir dan nasyid tersebut.

Adakah anda fikir saya ingin mengatakan bahawa saya seorang yang sangat baik kerana selalu berzikir dalam kereta? Oh, tidak! Itu baru mukadimah saja. Apa yang saya ingin tekankan disini ialah tentang kekuatan zikrullah.

Baru-baru ini, 'USB connecter' kereta saya rosak. Jadi, tak ada lagi lagu-lagu zikir yang menemani perjalanan saya. Saya hanya mendengar siaran radio sahaja. Pada mulanya, saya tak rasa apa-apa. Seronok juga kadang-kadang mendengar celoteh penyampai-penyampai radio yang pelbagai ragam. Namun, lama-kelamaan saya sering rasa mengantuk semasa memandu. Dan menjadi semakin parah apabila saya akan mengantuk setiap kali dalam perjalanan. Perangai saya juga mula berubah. Saya jadi lemah dan mudah putus asa. Sedikit demi sedikit sikap negatif mula merajai diri. Saya seolah-olah hilang punca. Hilang semua kekuatan diri yang saya bina selama ini. Puas saya fikir, kenapa tiba-tiba saya jadi macam ni ? Kemana hilangnya semua sifat positif dalam diri? Saya seolah-olah hanyut dalam diri sendiri. 

Ternyata ini ujian dari Allah yang ingin menduga hambaNya. Dan Dia masih menyayangi saya. Hanya pada Dialah tempat mengadu dan bergantung. Mungkin ini petunjuk dariNya, saya tersedar dan berkata kepada diri, mungkin ini akibat dari kelalaian saya sendiri. Benarlah apabila diberitahu bahawa salah satu ubat penyakit hati adalah zikrullah. Tanpa saya sedari itulah salah satu punca kekuatan saya selama ini. Lagu-lagu zikir yang sering menemani saya itulah yang memberi ketenangan dalam diri. Subhanallah, Allahuakbar. Maha Suci Allah. Betapa saya telah lalai dari mengingatinya. Akhirnya saya tenggelam dan hampir lemas. Terima kasih Ya Allah, kerana memberi peringatan ini. Terima Ya Allah kerana masih menyayangi diri ini. Sesungguhnya ternyata kita amat kerdil disisiNya. Dan tanpa kasih sayang dan belas kasihan dariNya, siapalah kita.

Selepas ini, saya perlu mula mencari alternatif agar hati saya sentiasa mendapat vitamin yang secukupnya supaya kejadian ini tidak berulang lagi. Jaga diri, Jaga hati.

* Ini adalah catatan pengalaman saya sendiri. Jika ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan sesiapa saya mohon maaf. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman.

* Jom sertai jemaah ABDR melalui pendaftaran kelas-kelas yang ditawarkan di Akademi. Dapat pengalaman baru dan kawan-kawan baru.