Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Pernahkah anda menghadapi situasi seperti ini,
" Malasnya nak pergi kerja hari ni "
" Bosannya hidup macam ni , macam orang tak ada tujuan hidup je"
" Kenapa hidup aku tak senang macam orang lain?"
" Hutang banyak, gaji ciput, bila la nak habis bayar hutang ni"
Inilah situasi yang saya hadapi hampir setiap hari sehingga mendorong saya mengambil keputusan drastik mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan. Dan selama tempoh bercuti itu saya mengambil kesempatan untuk menenangkan diri dan mengumpul kembali semangat dan kekuatan. Di tambah dengan keberkatan Ramadhan, saya akhirnya mendapat kembali tenaga positif yang hampir hilang dalam diri. Dengan semangat baru, saya mulakan pencarian dan menyusun strategi untuk mengubah nasib diri dan keluarga. Namun ternyata ia bukan semudah yang disangka. Banyak rintangan yang perlu diharungi untuk mengorak langkah pertama. Tapi, dengan pertolongan dari Yang Maha Kuasa, sedikit demi sedikit saya kikis sifat negatif dalam diri. Alhamdulillah, saya kembali memulakan tugasan hakiki sebagai penjawat awam dengan lebih positif dan mula bertugas dengan pandangan yang berbeza.
Walaupun begitu, saya tetap meneruskan pencarian untuk mencari pendapatan sampingan kerana saya memang sudah berniat untuk berhenti kerja sebelum sikecil Ilham memulakan alam persekolahan. Terdapat beberapa pilihan yang ada dan saya mencuba hampir kesemuanya. Namun, takdir Allah menentukan segalanya. Rezeki tidak berpihak kepada saya. Saya redha dan pasrah. Ini ujian untuk saya. Dan saya tidak berputus asa. Pada masa yang sama saya masih lagi mengikuti blog Pn Masayu Ahmad dan akhirnya Allah membuka pintu hari saya untuk menghubungi beliau.
Penghujung April 2014, dengan lafaz bismillah, saya menghubungi Pn. Masayu melalui 'private messager' di fb beliau untuk bertanya tentang kelas online yang ditawarkan di Akademi Bekerja Di Rumah yang diasaskan oleh beliau. Setelah berbincang, beliau menyarankan agar saya mengambil kelas bisnes dengan yuran sebanyak RM200. Setelah pembayaran dibuat, akhirnya pada awal Mei 2014 saya mengorak langkah baru dengan menjadi pelajar online di ABDR dan diperkenalkan dengan guru online saya, Pn Anys Idayu Zakaria dan bermulalah sesi pembelajaran saya bersama ABDR melalui kelas Belajar Asas Blog dan Fan page.
Betullah orang kata, belajar dengan guru ni , lebih mudah. Melalui ABDR, saya belajar membuat email, membina blog sendiri dan seterusnya belajar membuat fan page di fb bagi tujuan mempromosi produk. Jadual belajar yang fleksibel- ikut masa kita sendiri, berhubung dengan guru online hanya melalui pm di fb, tunjuk ajar yang jelas, terang dengan adanya slide2 contoh yang disediakan, guru online yang sentiasa bersedia menjawab seribu satu pertanyaan, akhirnya saya berjaya menghasilkan blog saya sendiri. Gembiranya hati hanya Allah yang tahu. It's like a dream come true. Dan semua ini saya belajar hanya dalam tempoh sebulan. Menarik bukan?
Oleh kerana saya tiada produk sendiri untuk memulakan bisnes secara online, saya dilantik sebagai pengurus online akademi. Tugas mudah sahaja. Saya hanya perlu mempromosikan produk-produk akademi yang terdiri daripada kelas-kelas online, produk digital eBook dan juga sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang Akademi juga ada menyediakan produk makanan sunnah, pek nasi Arab, serunding, kurma dan kismis juga telekung solat. Produk sudah ada, saya hanya perlu promosi di blog dan juga di fb sahaja.
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pengasas ABDR, Pn.Masayu Ahmad dan guru online saya yang sentiasa 'disana' Pn Anys Idayu Zakaria. Terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan insan-insan baik hati ini dalam hidup saya. Walaupun tak pernah bersua namun ukhuwah yang terjalin sangat utuh. SYUKUR ALHAMDULILLAH.
Akhir kata, doakan perjuangan saya, insan kerdil yang sedang cuba mengubah diri kearah yang lebih baik. InshaaAllah.